Thursday, May 19, 2011 | By: sHamiLa...

Tabiat Mengumpat@gosip









SIKAP suka mengumpat atau menceritakan keburukan dan kelemahan orang 
lain dilaknat oleh Allah.

Mereka yang bersikap demikian, secara disedari atau tidak mencela dan 
mengaibkan orang lain yang hukumnya berdosa besar.

Ketika berbual, sama ada secara sengaja atau tidak, mereka menceritakan 
keburukan ketuanya, jiran, saudara mara dan orang yang lalu di hadapan 
mereka.

Firman Allah bermaksud: "Hai orang yang beriman, kalau datang kepada 
kamu orang jahat membawa berita, periksalah dengan saksama supaya kamu 
jangan sampai mencelakakan suatu kaum yang tidak diketahui, kemudian kamu 
menyesal di atas perbuatanmu itu." (Surah al-Hujurat, ayat 6)

Sabda Rasulullah saw seperti yang diriwayatkan oleh Al-Thabrani 
daripada Abu Hurairah bermaksud: "Yang paling dikasihi Allah antara kamu ialah 
mereka yang baik akhlaknya, merendah diri, suka pada orang dan disukai 
orang. Dan yang paling dimarahi Allah ialah mereka yang membawa fitnah, 
mencerai beraikan di antara sesama saudara dan mencaci orang yang tidak 
bersalah."


Imam al-Ghazali ada menyebut enam perkara yang mendorong seseorang itu 
mengumpat;

1. Ingin memuaskan hati disebabkan kemarahan yang memuncak hingga 
sanggup mendedahkan keaiban dan kesalahan orang lain. Jika kemarahan tidak 
dapat dikawal, ia boleh menimbulkan hasad dan
dendam;

2.Suka mendengar dan mengikuti perbualan orang yang menyerang peribadi 
dan kehormatan seseorang;

3.Mahu bersaing dan menonjolkan diri dengan menganggap orang lain bodoh 
dan rendah;

4..Disebabkan dengki, dia iri hati dengan orang lain yang lebih 
beruntung dan berjaya, seperti dinaikkan gaji dan pangkat;

5..Bergurau dan suka melawak untuk mencela dan mengatakan kelemahan dan 
kecacatan hingga mengaibkan orang lain; dan

6.Sikap suka mengejek dan mencela disebabkan rasa bongkak dan sombong 
kerana memandang rendah orang lain.

Sehubungan itu, Imam al-Ghazali menyarankan lima perkara untuk 
menghentikan sikap suka mengumpat, antaranya ialah;

#Harus sedar dan insaf mengumpat dan memburuk-burukkan orang lain itu 
berdosa besar;

#Sedar dan membetulkan kesalahan sendiri daripada menyalahkan orang; 
dan

#Hendaklah berasa malu apabila memperli kecacatan orang lain. Ini 
kerana mencela kecacatan fizikal seolah-olah mencerca Tuhan yang 
menciptakan.




‎"Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya"(Hadis Riwayat Muslim)


Sama2 kita hindari dan jauhi^^,

0 comments:

Post a Comment