Saturday, March 24, 2012 | By: sHamiLa...

penangan autocad

Assalamualaikum n very good day utk shbt2.. lama juga xupdate, bukan berhabuk lagi blog ni, besawang suda org sabah cakap ;)

perkongsian sedikit mengenai kepentingan ilmu & bagaimana mencari peluang.

alhamdulillah, walaupun ilmu yang saya dapat di ump tidak la seberapa, tapi ada juga la yg bermanfaat.
rezki yg Allah bagi. dapat tempat praktikal ni kilang yg satu2 ada dekat rumah, walaupun suda uzur cikit, tp alhamdulillah masih beroperasi spt kilang yg lain.

1st dtg kat kilang tu, takut, nervous,mcm2 lagi. spt biasa, sy akan mendaftar dan dibawa berjumpa staf dan supervisor. tapi yg peliknya, sy pun kena jumpa mill manager kat kilang.budak praktikal yg lain x pula, tp xtau la kalau yg tahun sblmnya.  xpala, sy pun masuk ja dlm ofis manager. dlm keadaan yg sedikit gusar, buat muka yakin ja.

mcm2 yg di katakan oleh manager, yg pelik lagi, sy diberi pilihan section mana yg sy nak pergi, n bos tidak kisah kalau sy xbuat kerja2 maintenance. tp sy diminta bt asngmnt buat flow chart proses kilang.

dlm 2 minggu keluar masuk kilang tgk mesin2, bgamana diproses dan proses mula & berakhir di mana. akhirnya siap flow chart, sy di minta present depan manager, tp mgkn manager time tu bz, jd sy xsempat nk present, cuma bg tgk lukisan & jwb soalan2 yg dia tnya. alhamdulillah semua ok.


then lepas berapa hari, sy tertumpu pada drawing. update drawing star delta switch board. 
sy pun teringat yg manager pernah kata, kalau ada apa2 idea yg ingin disumbangkan. sy fikir2.. tengok mcm drawing plant kilang dah lama, n banyak yg suda d ubah. jadi lebih baik, kita bantu dari segi drawing2. 
sy pun start drawing. plant perumahan, kilang dan bermacam lagi.


sebenarnya drawing perumahan ni 3D, tp sy mmg xpernah bljr, bljr kt UMP  2D seja,  itupun yg basic2 seja.
tp sy dapat idea utk lukis gunakan teknik tekap. ;p ambil gambar drawing yg lama, then paste kt screen autocad tu, mulalah draw, dengan background lukisan yg lama.

dari section osh ada juga yg meminta bantuan utk drawing sign2 safety.

alhamdulillah juga, hasil boring2 dpn autocad, idea dtg nak lukis katun. ;) tp yg simple2 seja.

 


  sy pasti yg lain juga mesti dapat buat yg lebih baik, jika kita ada kemahuan yg kuat dan gigih.
 dulu masa kt UMP tahun kami, autocad belum dijadikan 1 subjek, tp hanya sub subjek lab. tp dalam cuti berapa bulan sy explore ckt2 drawing, dlm kelas ajar ckt2 ja, yg pntg kena rajin explore. insyaAllah mesti ada manfaatnya. Ingat. "Allah tidak lihat result akhir, tp satu persatu usaha yg dilakukan" & "gunalah masa yg terluang dengan baik, agar di satu masa kita kan ada peluang yg baik juga"

dan nasihat kepada yg akan ber"LI" kalau boleh, pastikan tempat yang dipilih tu tahu betul2, dan sejauh mana potensi utk mengaplikasikan ilmu yg ada. takut nnti salah pilih tempat di arah2 lakukan perkara2 yg xda kena mengena dengan kita, susah. nnti nak convert tempat tu lagi 1 hal.kan. so decide betul2, cari maklumat/profile company sebanyaknya. ok ;)

-ikhlaslah dalam menuntut ilmu, sesungguhnya cgpa tu hanya filter pertama sahaja, yg akan di bawa dan digunakan sepenuhnya adalah attitude/sikap yg baik-

wallahu'alam
Wednesday, March 21, 2012 | By: sHamiLa...

Sewaan LCD Projector RM100 per day

0Acer X1161P Projector

Kami menawarkan sewaan LCD Projector utk majlis-majlis perkahwinan,
presentation, tengok bola, majlis khatam quran, majlis perasmian di hotel/tempat
lain, training center yang tiba-tiba kehabisan LCD dan sebagainya.

Projektor :

Acer X1161P Projector

PC 3D Ready Projector

Brightness (Lumens) :2700 ANSI
Eco-Mode (Lumens):2160 ANSI
Contrast (Full On/Off) :4000:1
Variable Iris:No
Audible Noise:     **
Weight:4.9 lbs
Size (inches) (HxWxD) :3.1 x 10.6 x 7.6
Std. Lens:Focus:
Manual
Zoom:Manual, 1.10:1

Sewa: RM100 per projektor untuk sehari.
RM190 per projektor untuk dua hari.

Pakej termasuk (untuk setiap set):
i. portable white screen (6 kaki x 6 kaki)


Sila tempah sehari-dua sebelum event untuk kemudahan bersama. Sekian.

Hubungi syakila: 0145107391
              shamsul: 0138707490
Tuesday, February 21, 2012 | By: sHamiLa...

kisah cabut gigi (makcik pelipin)

"yeah.. i'm the winner".. jerit kecilku sementara menunggu giliran untuk masuk ke bilik doktor,sempat lagi aku bermain word puzzle bersaing dengan suamiku, dan inilah pertama kalinya aku menang.seronok dapat kalahkan dia ;p


"nur syakila".. suara nurse yg memanggilku


"na.. giliran ila sudah".. sambil menarik tangan suamiku
"aik.. ila satu orang ja boleh masuk sana".. menarik tanganku semula
"ala.. iyaka".. jawabku. suami ku hanya tersenyum melihat wajahku merajuk


jantung berdegup2..


"baring sini"doktor menunjukkan tempat utk ke menghadap lampu kekuningan tu.


"adih.. ada patung2 lagi diikat dekat lampu ni, iyala, org2 tua mcm aku ni pun payah2 mau p cabut gigi, apa lagi budak2" bisik hati ku.


dipercepatkan cerita, setelah medapat bius dari doktor aku diarahkan untuk duduk di ruang menunggu yg disediakan.selepas beberapa minit, datang seorang mkck yg kelihatan sedikit uzur duduk disebelahku.


terdetik hati untuk bercerita dengannya.


"mkck... cabut gigi juga kan? gigi gerham ka mkck?"tanyaku sambil tersenyum padanya


"iya..mau cabut 3 gigi. sini,sini..sini"jawabnya 


"Allah.. mesti sakit kena bius tadi kan"balasku, terkejut mendengar. 3 gigi sekaligus. aku yg 1 gigi ni puas suami ku pujuk.


"sakit juga, tp mkck lagi nda tahan sakit gigi ni" 


"iya jugakan,cabut gigi sakitnya sekejap seja daripada sakit gigi tu berbulan-bulan"


tersenyum mkck mendengar kata ku, kami berdua hanya menahan kebas mulut yg mula terasa.ku teruskan pertanyaan


"mkck orang sini ka?"


"nda..mkck dari tamparuli, susah bah mkck mau cabut gigi dihospital sebab mkck pakai pasport seja"


"oh,,iyaka.. jadi mkck asal mana?"


"mkck dari pelipin..pulau(forgot the name)"


"oh..patutla, ayah sy cakap, bapa atok saya dari pelipin juga, tp ndatau area mana.. mkck kenapa datang malaysia?"


"mkck dtg sini,sebab ditempat mkck tu semua islam ada berperang. ndatau kenapa tempat kami kena serang.banyak kapal datang. orang kena tembak sana sini, dorang nda kira lelaki,perempuan,budak2,org tua,semua dibunuh.dinegara yg ada bukan islam macam manila nda kena serang. org2 islam kena serang"jawabnya semangat


"Allahuakbar"..


"nur syakila..sini" sekali lagi nurse memanggilku. waktu gusi dan gigi ku berpisah telah tiba.


setelah selamat perpisahan yang dilakukan dengan doktor.


dalam fikiran ku bermain2 perkara yg diceritakan oleh mkck tu yang mengingatkanku syria negara yg sedang bergolak sekarang, palestin negara yg baru2 ini orang awam tidak henti2 menjadi manga kezaliman, lalu aku teringat artikel yang pernah ku baca dahulu.tentang pembunuhan beramai-ramai org2 islam dengan kezaliman. aku terduduk terkedu selepas membacanya. sebak & betapa sakitnya rasa ini, mendengar kekejaman yg dilakukan.alhamdulillah, aku tidak menyangka Allah pertemukan ku dengan org yg mengalami peristiwa2 yg selama ini yg ku baca.

http://nursyakilajamal.blogspot.com/2011/11/allahuakbar.html 


sakitku rasa dihati ini, teringat kata2 mkck itu, mereka tidak tahu apa2 tiba2 saja diserang,dibunuh begitu saja. walhal itu tidak wajar!saudara2 kita dibunuh begitu sahaja. bayangkan anak2 kecil yg comel masih tidak mengerti, tidak tahu membaca, tapi dibunuh dengan kejam. apa salah mereka? mereka mencuri harta2 kamu ka wahai org2 yg zalim?mereka menampar anak2 mu ka wahai org yg zalim. tidak ada. sama sekali tidak ada salahnya. 




iya. di malaysia kita aman damai, tidak ada kedengaran bom, tidak ada periuk api di mana2,tidak ada peluru2 yg dilepaskan di sana sini.tapi sedarkah kita, sedarkah kita yg masih terlena ini, yang kita negara yg kononya canggih dengan teknologi yg serba moden, kita diserang. pemikiran kita ini diserang, dengan hiburan2 yg melampau,melalaikan,meghayalkan, permainan2 yg mengasyikkan, shoping complex yg besar2 cantik, leka on9 facebook, mendengar lagu2 jiwang,mengingati masa2 lalu yg menghalang untuk kita sedar, kenyang makan-makanan yg sedap2. sibuk bermaksiat,mgumpat org sini sana....sedang kita lupa saudara kita yg lain,bermati2an memerangi kezaliman mempertahankan hak mereka. anak2,ibu bapa, mati didepan mata,hancur, hilang nyawa,kaki,tangan.pernahkah kita rasa, apa yg mereka rasakan? pernah kita rasa perasaan mereka betapa pedih & sedihnya kehilangan org2 yg mereka sayang tanpa sebab,tanpa salah apa2,merayu macam mana pun tidak dihiraukan,malah dibunuh! malah kita semakin lena..tidak pernah terfikir, bagaimana jika kita disitusi mereka, ibu & ayah kita ditembak sesuka hati,adik kita dipijak hidup2,abang kita dipukul kesakitan,kakak kita dirogol depan mata lalu dibunuh dengan kejam!

apa yg kan kita jawab di akhirat nanti? apa yg telah kita orang terlena ini lakukan untuk mereka? 


memang, satu perkara yg mustahi untuk kita pergi ke sana, bersama membaling batu ke atas serangan kereta kebal.


cuma, apa yg perlu kita lakukan ialah sedar.. kepentingan kita ini seorang muslim memertabatkan agama kita, jauhi perkara2 yg dilarang oleh ALLAH, lakukan amal2 kebajikan,amar makruf nahi mungkar, solat 5 waktu, menutup aurat, tidak derhaka pada ibu bapa.itu yg sepatutnya kita lakukan. kalau tidak, malulah pada diri, yang islam hanya pada nama, sedang saudara kita yg lain, berjuang menegak agama. 


ku kagumi ketabahan saudara2 kita disana. walau bagaimana pun terseksanya kamu saudaraku, tapi diakhirat kau hidup aman & damai, tidak disentuh api neraka.sedang aku dan saudara2 mu dinegara aman damai ini, tidak pasti,dan tidak tentu akan tidak disentuh api neraka. "doa kami sentiasa bersama kamu"


"adakah hati kamu tidak bergelora melihat kekejaman yg berlaku sehingga tiada satu kaum pun yg bangkit menyatakan kemarahan kerana Allah-Allahyarham syeihk Ahmad Yasin


"..Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya)"al-maidah;5




Seorang wanita mencari anak gadisnya
yg hilang dalam timbunan puing2 bangunan runtuh
 peluru bersimpang-siur berdesir ditelinganya
dia terus menjerit dan meraung


wanita itu berlari tanpa arahmencari
anak lelakinya yg masih kecil yg terlepas
dari pautan tangannya dan dilihatnya dicelah-celah gelimpangan
mayat2 ada sekujur mayat kanak2
yg masih memegang permainan ditangannya
itulah anaknya..


selawat dan salam ke atas Rasulullah SAW yg dahulunya telah berjuang menegakkan agama ini, semoga kami termasuk dalam golongan yg menyambung perjuanganmu Ya Rasulullah.. Ampunkan & maafkanlah kami yg telah terlena ya Allah..


Sunday, February 19, 2012 | By: sHamiLa...

Escape dari Kilang

berlegar2 di ruang pejabat kilang, berfikir untuk mencari alasan yang sesuai utk dimaklumkan pada SV industri. sementara yang lain bersiap untuk perhimpunan pagi.

setiap pagi kilang akan mengadakan perhimpunan utk memberi makluman2 penting kpd pekerja2 dan report daily production quality.

kelihatan barisan2 dipenuhi warga2 adam..
hawa? 1 baris seja, dan dalam 1 baris tu lah diri ini tertapuk-tapuk.

"insyaAllah, SV ni baik & senang berurusan, Ya Allah bantulah hambaMu" detik hatiku..

aku pun mengambil handset utk send mesej dgn SV, "hi, sir, maf mengangu. bolehkah sy keluar pukul 11pg nanti, sy ada urusan di sekolah bengkongan"

berpeluh-peluh menunggu balasan.

selepas berapa minit "oh,ok" ayat yg ringkas & padat mesej yg direply. alhamdulillah, baru lega sikit hati ni,
tapi.. ada 1 lagi masalah. xkan pakai kasut safety boot  pegi usrah?..
ku biarkan saja persoalan itu.

terkadang badan terasa penat asyik duduk dan menghadap autocad. assignment yg di bagi SV kena lukis balik drawing circuit transformer kilang yg mempunyai 18 drawing (T T)

sebelum keluar kena siapkan 1 drawing, tanpa membuka facebook ;)

alhamdulillah siap, dan shbt yg lain sudah berada di depan pintu..

dan tibalah di sekolah bengkongan dengan selamatnya, tidak jauh dari kilang tu, berapa minit seja.
dan berbunyi hentakan yg agak kuat sedikit di lantai kayu sekolah disebabkan safety boot yg agak berat & kalau terpijak kaki orang lain memang sakit, kerana tapaknya begitu keras. dan aku terasa pelik dengan penampilan itu, tapi xpa, yang penting tutup aurat ;)

usrah dimulakan oleh shbt yg agak pandai siko, dan adik2 pun tersenyum mendengar kata2nya, sementara aku berfiki2 apa nak cakap dengan adik2 ni usrah pertama ni??
tiba2 shbt tadi, berhenti seketika utk berjumpa adik muslimin, dan aku diminta utk meneruskan.

"alamak, nak cakap apa ni.. masih blur2 lagi insyaAllah boleh" bisik hati..

ku mulakan dengan senyuman pada adik2, "adik2 semua sihat??" adik menjawab dengan semangat "sihat..... dengan muka2 ceria"

"alhamdulillah.. ada yg sakit gigi ka sini?"

mereka ketawa dan ada juga tersenyum malu, dan aku masih xtahu nak cakap apa..

ku teruskan saja.

"kalau ada sakit gigi cepat2 pegi cabut gigi, nanti kalau bengkak susah suda tu"

mereka semakin tersenyum dan ada yg menunjuk2 kawan yg mgkn memang sakit gigi.

alhamdulillah, shbt tadi dah habis dan menyambung siko nya.

adik2 usrah di bahagi2kan mengikut kumpulan, "dyg, sarah, epy, juriani, faridah, nurul nama adik2 usrah dikumpulan ku, yg semuanya adik2 tingakatan 2.

topik yg aku ingin smpaikan pada mereka "mengenal Allah, insyaAllah akan kenal diri sendiri"

soalan2 yg ku ajukan pada adik2, "berapa alam yg manusia tempuh sebenarnya adik2?"

majoriti adik2 tu jawab "2 alam ja kak"

ish2.. adik... kita ada 5 alam sebenarnya.. terkejut adik2 tu. kesian adik2 ni, banyak ilmu2 asas masih tidak diketahui.

memang selalunya jawapan yg aku dengar, ialah "hanya 2 alam" yg menunjukkan adik2 masih tidak mengenal dirinya dan kemana, dari mana, dan apa tujuan hidup di alam dunia.

http://halaqah.net/v10/index.php?page=292


soalan yg agak menyedihkan, "adik2 solat 5 waktu x?"
semuanya mengeleng2 kepala.. "kenapa x solat adik2?"
"xhafal lagi kak"
Allah.. umur adik2 sudah berapa tahun..
14 tahun suda kan... anak2 yg berumur belasan  tahun macam adik2 ni dibolehkan merotan jika x solat.
Rasulullah pernah bersabda : Perintahlah anak-anak kamu dengan sembahyang ketika berumur 7 tahun dan rotanlah mereka jika tidak sembahyang apabila berumur 10 tahun….

sekali lagi mereka agak terkejut mendengar.

adik2.. azab xsolat ni banyak...

mereka tertunduk..

tiba2 shbt memanggil. masa dah time. aku terpaksa menghabiskan kata2 terakhirku.

insyaAllah minggu ni akan ku jumpa lagi adik2 ini.

sama2 la kita berusaha mengubah generasi2 kita.
kalau rosak generasi2 ini,
siapa yg akan memimpin negara akan datang dengan baik.

wallau'alam


lampiran: Antara azab bagi mereka yang meninggalkan solat:
Dunia
1. Allah SWT menghilangkan berkat dari usaha dan rezekinya.
2. Allah SWT mencabut nur orang-orang mukmin (soleh) daripada (wajah) nya.
3. Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.
Sakaratul Maut
1. Ruh dicabut ketika ia berada didalam keadaan yang sangat haus.
2. Dia akan merasa amat azab/pedih ketika ruh dicabut keluar.
3. (su’ul khatimah)
4. Dia akan dirisaukan akan hilang imannya.
Alam Barzakh
1. Dia akan merasa susah (untuk menjawab) terhadap pertanyaan (serta menerima hukuman) dari Malaikat Mungkar dan Nakir yang sangat menggerunkan.
2. Kuburnya akan menjadi cukup gelap.
3. Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang-tulang rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari)
4. (Siksaan binatang-binatang bisa seperti ular, kala jengking dan lipan)
Hari Qiamat
1. Hisab keatasnya menjadi sangat berat
2. Allah SWT tersangat murka kepadanya.
3. Allah SWT akan menyiksanya dengan api neraka

Tuesday, January 31, 2012 | By: sHamiLa...

Tips2 Kahwin Muda (PART 1)






                                                       Bismillahhirahmannirahim.. 

Assalamualaikum buat pembaca2 yg tertunggu  ;)

(maf la bahasa sabah memang xboleh lari sudah ;p)
Ok.. sebelum sy bagi tips.. mau bagi dulu lah pendapat tentang kahwin muda ni.
 kahwin muda memang impian mostly anak muda..  sebab semestinya banyak memberi manfaat kepada kita yg sering kesorangan.
Antaranya, satu kelebihan perkahwinan, yg Allah sebutkan dalam Al-Quran yg bermaksud:

dan kahwinkanlah orang - orang bujang [ lelaki dan perempuan ] dari kalangan kamu dan orang - orang yang soleh dari hamba - hamba kamu , lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin , Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah swt Maha Luas rahmat dan kurniaNya lagi Maha Mengetahui .

An Nuur : Ayat 32

Dan ini, memang betul lah ya.. rezki selepas kahwin ni kadang2 tidak dijangka ;) subhanAllah..

Tapi…  sometimes ikut situasi kita jugalah.
Macam saya yg pernah lalui zaman kegelapan(jahil) dulu, sudah tempuh juga zaman tu, dan sy menginginkan perubahan dalam hidup sy untuk menjauhi zaman kegelapan , jadi sy beranikan diri utk mmbuat keputusan ini, yg sedikit sebanyak ingin mengtubah “style” kahwin kampong yg “agak menyusakan” dengan adat yg “agak memberatkan” daripada kita ikut betul2 ajaran ISLAM yang telah digariskan
.
So, point disini ialah.. kalau kita ni insyaAllah masih lagi terjaga hati, suci tanpa sebarang cinta2 palsu tu, teruskan lah berjihad menjaga hati, sampailah dah ada kerja, ok sudah, baru fikir pasal kahwin. Iya. Itu baik juga.

Tapi, bagi yg “agak mampu” tu apa salahnya.. daripada bergelumung dalam maksiat.. tup2 dok jadi gok(bhsa klate) dgn couple or pasangan yg dah 8-10 tahun bercinta. Kan rugi…

Baiklah.. sy mulakan dengan tips “sebelum”


1st yg paling penting bagi kamu2 yg disana itu, ialah memilih pasangan yg betul2 insyaAllah dapat membimbing kepada jalan yg diredhai Allah, sy percaya.. sejahat mana manusia itu. Pasti dia nak juga yg baik2 kan.. itu memang fitrah kita ;)
Jadi..mcm mana nak dapat yg baik2 ni?? Ha…. sebelum cari yg baik2 ni, jadilah yg terbaik dulu.. barulah yg baik2 ni datang..  ok..

Bagi yg sudah ada calon2 tu, buat la solat istikharah, minta pendapat ustaz2/ustazah2 yg tempat berdamping, Tanya pndapat ibu bapa,shbt2 yg baik2..  bila kita sudah yakin, dapat petunjuk dari Allah.. insyaALLAH teruskan lah step seterusnya ;)


2nd is.. bagaimana kita nak yakinkan pada ibu bapa kita, yg kita ni nak mendirikan rumah tangga pada usia muda. Disini sy kira usia muda itu(18-30tahun) lah ya.. kalau ke umur yg ke atas tu lain cerita pula…;)
2nd step ni lah yg sering jadi persoalan dan point penting bagi mereka yg berhajat khwn muda.

Begini….

 sy pasti, ramai rakan2 yg malu dengan ibu bapanya sendiri utk menyatakan hasratnya. Mungkin banyak kemungkinan respon2 yg dibayangkan jika hasratnya ini dikhabarkan pada ibubapa. Haa… ini namanya mainan sociology.

Sy pernah terdengar kata2 dr fadzilah kamsah yg mengatakan “ada orang yg takut dengan risiko yg akan di hadapinya,sedangkan dia belum mnghadapi atau berdepan dgn risiko itu, dan orang2 yg begini ada something wrong, kenapa? Sebab.. dia belum tempuh lagi sudah takut, apa lagi bila dia menempuhnya, yg sebaliknya dia perlu ransang minda utk berani menghadapi apa shja yg bakal dihadapi” begitulah lebih kurang dr. fadzilah katakan.

Kenapa kita nak malu dengan ibubapa sendiri?? Sedangkan ibubapa tu yang besarkan kita dari kecik. Sepatutnya kita lebih malu dengan Allah jika diri kita ni duk bergelumung maksiat.

Jadi.. kena yakinkan apa yg kita hasratkan ini betul di sisi ISLAM dan insyaAllah akan bermanfaat dengan diri kita dan pasangan yg akan dikahwini. Yang bermanfaat macam mana?  Contohnya jika kita seorang pelajar, yakinkan ibu bapa insyaAllah selepas khwin, pelajaran kita semakin baik,kerana kita akan lebih diberkati tidak seperti sebelumnya kita ini asyik pening fikir mak we n pak we padahal xada apa lagi.. buang masa ja. Otak serabut fikir nak dating, nak makan sama, nak tgk pawagam, xdapat apa. DOSA2 ja banyak. Bukannya xtahu, tahu tapi buat xtahu! Dan rasa diri kita ni akan lebih mgkhianati impian ibubapa yang ingin kita melihat dengan kejayaan sebenar. Bukannya dengan datang kelas,main2. Buat assignment,report semua main copy paste ja. Bila time test/exam, nak tiru sana sini. Xfokus langsung, xfikir langsung  nak serius,ditambah lagi dengan jmpa pula awek cun kat kampus. Allah…

Nauzubillah…

Persoalan seterusnya… semestinya bagi pihak lelaki..  terkadang persoalan mampu atau tidak untuk memberi nafkah pada bakal isteri, terkena pula bakal isteri yg suka shoping sana,shoping sini. Ha.. hati2 lelaki dalam memilih calon, dan utk pmpuan2 pula, latih la diri shoping2 la yg perlu saja. K

Seperti yg sy tulis d 1st entry sy selepas khwin, kita insyaAllah adalah golongan yg sedar, kepentingan mengamalkan ISLAM dalam kehidupan. Ada orang yg hanya ikut ISLAM time majlis perkahwinan dan hari raya shaja. Tapi ISLAM time mjlis perkahwinan tu pun ada “slack” juga.


Lelaki dikenakan hantaran yg agak “debomb” puluh2/ratus2 ribu, sebab takut mulut orang lain canang sini sana sbb wang hantaran rendah? Sedangkan Rasulullah pernah bersabda perkahwinan yg paling baik,adalah paling rendah mas kahwinnya”
Iya..bagi yg memang kaya, xapa la.. tapi bg yang kurang kaya, bagaimana? Ada yg terpaksa berhutang semata2 utk memenuhi permintaan pihak perempuan, tapi kesannya selepas berkahwin anak wanita itu terpaksa menanggung padah, disebabkan suaminya itu menanggung hutang. Jadi, itu kah yg diinginkan oleh ibubapa wanita? Allahuakbar..

Walimah/majlis Perkahwinan yg disandarkankan dalam ISLAM sepatutnya tidak perlu ada penindasan,pembaziran,perjudian,majlis tari menari yg melampau, mempelai kena lah tidak berlebihan tabbaruj,seharusnya menjaga waktu solatnya dan yg sepatutnya.

Rakan2 pernah dengar x nikah khitbah? Boleh rujuk di sini :


insyaAllah  akan bersambung lagi….
*sy berkongsi ilmu yg ada, bukan bermaksud sy ni lebih baik dari kalian, sedangkan semakin bnyk yg sy kongsi/katakana semakin itu kalian tahu kelemahan sy. Sekadar perkongsian bagi yg perlu dan memperbaiki diri sy.

Wallau’alam