Wednesday, December 22, 2010 | By: sHamiLa...

Kisah Pernikahanku..



Hm..telah lama aku ingin menulis..tapi belum smpai wktu agaknya..kerna biasanya aku hnya akan menulis d sebuah buku oren yg ku beli bersama kak nurul shbt baikku yg juga ku anggap seperti kakak sndiri sewaktu outing d Pahang..
Ku mulakan penulisan ku tentang hari bersejarah yg penuh makna buat ku.. orang kata “raja sehari”.. ahh.. tidak peduli, aku raja atau tidak penghambaanku pdNya adalah lebih penting..

2 mnggu sblm hari bersejarah.. aku yg sedang asyik menatap laptop kesayangan di kejutkan dgn bnyi telefon dari bakal suami ku.. ku sambut, spt biasa aku akan tunggu dia akan bersuara dahulu..tapi slps bberapa minit..dia masih membisu.. hatiku bertnya “knpa dgn dia, msti ada ssuatu” kerna ku tahu, dia seorang yg peramah jarang sebegitu..

Tiba2 aku tdengar dia seolah menyapu air matanya… “kamu knpa?”

Dia menarik nafas pnjg.. “sbnrnya lama suda aku mahu bgtau..tapi aku rsau kalau aku bgtau kmu d sana, stdy kmu akan tergangu”dengan suara plhnnya..
“bgtau jala..manatau aku dpt bntu”..

Cerita d pendekkn kerna pkra tu hnya org tertntu shja tau..=P

Diteruskan cerita, slps dia menceritakan hal itu air matanya terus menerus mengalir..dan aku hnya menahan sebak di dada..

“sabarla..Allah mguji kmu… kmu jga sllu cakap kn, jgn mengeluh dgn hnya sdkt ujian..lihat lah contoh terbaik kita, nabi Muhammad SAW yg penuh dgn cbrn dn dugaan dlm hidupnya..” hatinya sedikit tenang.. telefon d matikan.. terlalu bnyk pgorbanan yg dilakukan utk kluarganya, ayah,ibu,kakak2 dan adik2nya…jiwanya sungguh murni..Aku tahu dia seorang yg tabah, aku prcaya dn yakin dia mmpu mghadapinya..kerna ujiannya itu sgt berat, masakan dia menangis sbegitu.. air mata ku mgalir d pipi.. Ya Allah permudahkn urusan kami, aku tahu dan yakin Kau akan mmbantu hamba2MU…


Ujian yg lain lagi datang mengolak jiwa.. “knpa atok bgtu??” aku brtnya kpd ibuku dgn pnuh hampa dgn kptsn yg di ubah slps smuanya d persetujui.. “entahla atokmu tu… susah jga mau d lawan ckpnya..” ibu ku mnjawab sambil menundukkn kepalanya lalu beralih pergi kerna suda jemu memujuk atok utk tdk mengubah kpstnnya..tapi malangnya atok tetap dgn kata2nya.. “aku mahu dia nikah ada pelamin, ada keramaian, bunyi2, menari2..tidak ada keturunan kita bgtu nikah d masjid..” hati ku trguris teringatkan slps ibu menceritakn pada ku.. atok adalah orang kedua terkuat yg masih kekal mengamalkn adat istiadat di kampong.. manakala bagi ku pula..adat2 yg sllu d amalkan banyaknya hnya meyusakan shja.. tapi jikalau betul2 mgikut ajaran islam semua sangat mudah…. 


Tapi ku redakan hati, fikirku, ialah..atok tdk faham dgn prinsip2 islam..apatah lagi dalam menerapkan islam dlm kehidupan..aku trpaksa akur… padahal hatiku sangat memberontak dengan kptsnnya..sedih..meyelubungi hatiku..kerna aku menginginkan pernikahan ku penuh dgn rahmat dgn rdhaNYA tnpa bercampu prkara2 yg halal dan haram.. aku menyepikan diri..menenangkn fikiran…


Di hari yg ku tunggu2…
Di saat ini, ujian terhadap kesabaran ku mendadak tinggi…
Keputusan atok telah pn dilaksanakan, pelamin, telah siap d pasang, nasib la aku yg memilihnya, kerna tidak Nampak terlalu berlebih lebihan… cukupla utk ku mgambil potret kenangan bersamanya serta kluarga dn shbt2 yg lain.. setelah pelamin siap d pasang, hati ku berdebar2..apalah akan terjadi keesokknya…
Aku berlegar-lengar d ruang biliku...kerna tidak di benarkan membuat kerja2, “raja sehari” perkataan tu ke dengar lagi.. terpksa akur.. tibalah 1 saat, dimana tiba2 adik sepupuku datang memberi tahu ku..
“adik… atok mau panggil band!! Nanti mesti ada main judi!!!”
Aku terkejut..kerna perkara itulah yg sangat2 aku tidak inginkan d mjls pernikahanku..ku amat takut..keredhaaNya akan pudar, malah kemurkaanNya yg akan datang..."knpa bgtu...?atok ckp dulu nda perlu lah..tapi knpa skg dia ckp lain..??” kesabaran ku diuji.. “cukupla dgn kptsn yg lain tu…aku meguncikan diri di bilik..menagis,sedih,kecewa.. knpa atok bgtu…. Knpa..knpa.. air mata deras mengalir… kerna ku tahu, dgn kehadiran band yg kebiasaannya d lakukan di kmpung.. tapi aku adalah generasi yg ingin mengangkat martabat islam..yg ingin megembalikan syiarnya..

bukan hnya semata2 dgn kebiasaan yg sbnrnya salah d sisi agama tapi di pandang enteng oleh org2 kmpg..terutamanya bila perut wanita itu berisi baru kalang kabut utk dikahwinkan..(terus terang dikatakn perkara ni sgt bnyk berlaku, termasuk kluarga sndri) ..sedih memikirkan nya…apa nak jd dgn generasi akan dtg kalau perkara itu di pandang enteng, sedangkan pekara yg benar lg baik di sisiNya sangat pelik dan janggal dimata org kampong.. inilah yg ingin ku lakukan..agar org2 kmpg mmbuka mata, berfikir..lakuakn anjakan paradigm..wlpn hnya dgn sekecil perkara.. manakala perkara yg tdk sihat sbgtu tdk spttnya berterusan.. kita generasi msa hadapan, patut membanteras,mghalang,meberhentikan perkara haram tapi jd kebiasaan...wlpn aku di pandang sinis, dgn kutukan2,kejian, ahh.. kata2 mu tdk sedikit mmbuat ku gusar utk meneruskn pernikahan ku.. agar generasi ku akan datang, tahu yang pernikahan sahaja lah yg menghalalkn hbgn percintaan,kasih syg antara adam dn hawa dan aku telah memecahkan tradisi keluarga ku yg tidak pernah menjalankan pernikahan d masjid, dgn mjls yg sederhana..kerna kluargaku org2 yg dikenali ramai.. aku menangis..menangis dan menagis..sehingga aku melelapkan mata..





Aku disedarkan oleh kaka sepupuku.. aku tahu yg mataku bengkak, kerna terlalu menangis sehingga terlelap.. “knpa matamu bengkak?kau menagis ka?..tnyanya smbil megusap kpla ku.. aku tunduk dgn brkata “tiadala kak, sedih ckt ja..” “em..sudahla..cepat cuci muka.. besiap la, nda lama mau p msjd suda ni..” dia memujukku, lalu aku trsnyum.. akur dgn arahannya..
Ujian demi ujian d waktu2 emas…
“dudukla sni, aku c mekap kau”kata kak sepupuku “alahai…mekap?ndamau… bedak ckt2 mau la” hati ku bermonolog..
Tapi aku tidak mahu mengecilkan hatinya..dari jauh datang dengan kelengkapan mekap yg aku x tahu nama2nya.. “em..boleh kak, tapi jgn tebal betul ya..ckt2 ja..he”kataku dengan harapan dia berbuat sedemikian.. 
Setelah beberapa minit..
“Mcm tebal ja bedak ni…”hatiku berbisik.. melihat dia khusyuk merata2kn bedak d muka ku.. “lepas d c mekap ni, kau nda boleh tgk cermin..nanti seri muka hilang….”katanya sambil menyusun brg2 mekapnya yg bertaburan..
“Ya Allah..mcm mana la ni… nda boleh tgk cermin??”..tapi seriously aku tdk pcya gn smua tu..he
Siap shja aku dimekapkn, aku melihat cermin.. “ya Allah..ini bukan aku ni…” terkejut melihat warna2 di muka yg mnjadikan muka ku kelihatan sangat pelik.. aku myambar tisu, lalu ku lap kn seluruh muka.. “ha..baru lega.. tapi bgtu masih tdk selesa kelihatan bgtu.. sbr jala.. pujuk diriku..
Tibala waktu utk bertolak ke msjd.. aku sudah menaiki kereta ayah..tp keadaan d ruma kecoh, kerna atok tdk mahu sama2 ke msjd… air mata dpt ku tahan..ku biarkan shja..kerna aku telah agak itu akan berlaku..
Disaat lafaz sakinah… hati berdebar2, tdk pernah segusar bgtu.. rasanya ingin pitam shja..kerna aku la watak utama dlm msjd, kerna semunya memandangku.. aku cuba buat selamba.. tiba2 mata ku beralih pandangan dgn melihat kelakuan adik ku yg comel..ijam… dia berabis megejek2 ku, dgn mmbuat muka2 yg lucu tapi comel.. he..aku xtahan utk ketawa.. shngga la hbs akad yg dilafazkn aku msh menahan ketawa melihatnya.. hujan semakin lebat ketika itu… ini la rahmatNYA..hati berbisik.. ke tenangkn hati…melihat ke kiri dn kanan..
Suara suami ku tdk kedengaran di sebabkn hujan lebat.. yg aku tahu, lafaz yg pertama salah dan dia perlu mengulanginya.. setelah itu kedengaran saksi2 tu berkata “sah2..sah..”
Tiba2 timbul satu perasaan yg sgt lain, dn tiba2 pula aku teringat..”berapalah pointerku ni..analog2…”aku bermonolg lagi.. ku lihat dia tersenyum..ku sambut senyuman itu..tapi trus ku alih kn pandangan..tesipu malu… 

Alhamdulillah…


Wlpn bgtu bnyk cubaan dariMu,,tapi aku prcya pasti ada hikmahnya.. yg penting pandanganMu ku utamakan.. kini aku bergelar isteri..yg aku sendiri, rasa masih bermimpi.. kuliah2 jgn lupa.. apalagi tgjwb dakwahku telah bertambah dgn kehadiran ku d kluarga baru.. InsyaALLAH….

Tuesday, December 21, 2010 | By: sHamiLa...

Perkongsian : Bagaimana Menyeimbangkan Dakwah & Akademik

Setiap mereka yang mengucapkan dua kalimah syahadah, maka dia merupakan seorang da’i ataupun pendakwah. Tiada pengecualian. Berdakwah bukanlah tanggungjawab golongan pelajar sekolah agama, ustaz, ulama’ serta mufti sahaja. Semua muslim sebenarnya dibebankan dengan tanggungjawab untuk berdakwah, mengajak umat manusia kepada Islam. Hanya dengan jalan ini sahajalah Umat Islam akan meraih kembali kemuliaan dan keagungan yang pernah digenggam suatu ketika dahulu. Bersesuaian dengan firman Allah S.W.T:

Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka; di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.
[Q.S. Ali ‘Imran, 3 : 110]

Study adalah subset kepada Dakwah


REALITI DA’I
Sebagai pelajar, kita juga tidak terlepas daripada tanggungjawab untuk berdakwah. Bahkan, medan yang terbaik untuk berdakwah adalah dalam kalangan remaja yang rata-ratanya adalah pelajar. Para pelajar atau mahasiswa merupakan golongan yang mempunyai kelebihan dari segi masa, tenaga kerja dan sasaran dakwah yang paling efektif. Penyebaran dakwah yang dilakukan oleh golongan mahasiswa ini biasanya sangat cepat berkembang kerana mereka rata-ratanya adalah remaja yang sifatnya sangat bersemangat.

Namun kini timbul pula masalah. Ada mereka yang bersungguh-sungguh dalam berdakwah. Setiap malam berusrah. Hujung minggu tidak pernah lekat di kampus, ada sahaja program dakwah yang disertainya. Namun begitu, keputusan akademiknya tidak begitu memuaskan, malah ada yang tidak mencapai pointer minimal. Lalu mereka ini dijadikan buah mulut oleh ramai orang. Yang paling menyedihkan, masyarakat kampus mula memandang serong terhadap golongan-golongan da’i ini. Ada yang mengatakan, 

Itulah, nak berdakwah, tapi study tak jaga. Buat malu orang Islam saja,” 

Ada juga yang mengatakan, 

Itulah kau, kenapa soleh sangat?” 

Dan bermacam-macam kata-kata yang 'memanaskan' telinga yang boleh didengari.

Mengapa ini semua terjadi? Adakah benar apabila kita bergiat dalam dakwah, kita telah memandang enteng masalah akademik dan kuliah? Sudah pasti tidak. Malah kita amat yakin bahawa Allah memerintahkan kita agar menyeimbangkan ukhrawi dan duniawi, sebagaimana firman-Nya:

Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerusakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerusakan.
[Q.S. Al-Qasas, 28 : 77]

Maka apakah masalah kita para da’i ini sebenarnya? Bagaimanakah kita boleh berdakwah dengan mantap dan pada masa yang sama juga dapat berjaya dengan cemerlang dalam akademik? Inilah yang akan kita bincangkan dalam artikel ini, Insya-Allah.

Setiap masalah pasti punya penyelesaian

DAKWAH MAPAN AKADEMIK PERKASA
Slogan di atas kelihatan begitu ideal. Tetapi ia tidak mustahil. Para salafusoleh dan ilmuan-ilmuan Islam dahulu juga telah membuktikan yang mereka berjaya dalam semua aspek. Mereka pakar perubatan, sains falsafah. Tetapi pada masa yang sama tetap berdakwah dengan cemerlang sehinggga Islam tersebar ke seluruh dunia. Dan jika diperhatikan di sekeliling kita, ada juga mereka yang berdakwah namun akademik mereka tetap mantap. Semuanya adalah bergantung kepada individu. Bagaimana setiap individu itu menguruskan kehidupannya sebagai seorang da’i dan juga penuntut ilmu. Berikut adalah beberapa aspek yang perlu dijaga.

Pengurusan Masa
“Masa itu ibarat pedang. Jika kamu tidak memotongnya maka ia akan memotongmu.” Kata-kata pujangga ini amat penting untuk dijadikan panduan. Sebagai pelajar dan pada masa yang sama seorang da’i, kita harus bijak dalam menguruskan masa yang ada. Masa kita tidak seperti kawan-kawan kita yang lain, yang masanya sangat-sangat banyak sehingga boleh dibazirkan. Antara virus-virus pengurusan masa adalah menangguh.



Menangguh Kerja
Sebagai da’i, kita akan sentiasa mempunyai program-program dakwah yang perlu diuruskan seperti usrah, seminar-seminar, ceramah-ceramah dan sebagainya. Dan biasanya masa hujung minggu bukan milik kita, tetapi milik dakwah kita. Kita terpaksa mengorbankannya untuk menyebarkan dakwah kepada umat. Oleh itu, setiap tugasan kuliah hendaklah diselesaikan secepat mungkin, tanpa perlu ditangguh-tangguh ke waktu yang lain, walaupun tarikh tamatnya masih lambat. Kadang-kadang kita boleh berbaring-baringan di atas katil, melayari laman-laman web yang tidak begitu penting dan berborak-borak mengenai perkara yang tidak perlu, sedangkan masih ada tugasan yang belum diselesaikan. 

Ini merupakan sifat malas yang sentiasa menghalang kita untuk berjaya. Biasanya kita akan berfikir,“Nanti aku buatlah,” atau “Nantilah dulu, tunggu ada bila ada mood baru aku buat.” Kebiasaan berfikir seperti ini tidak boleh ada pada diri seorang da’i. Biasakan diri apabila dapat sahaja apa-apa tugasan, catatkan dalam buku nota atau di mana-mana yang senang dilihat (dalam dompet, di tapak tangan dan sebagainya) agar kita tidak lupa. Kemudian selesaikannya satu demi satu. Jangan senang duduk selagi masih ada kerja bertangguh. Apabila kita tidak menyelesaikan perkara-perkara kecil ini dengan segera, malah menangguh-nangguh kerja, maka apabila sampai masanya kita diarahkan oleh dakwah untuk melakukan tugasan-tugasan dakwah, kita akan memberi alasan. Menangguh-nangguh kerja ini adalah sifat buruk yang datang daripada syaitan.

Menangguh-nangguh ini juga sering berlaku dalam sesi kuliah, di mana kita tidak memahami apa yang disampaikan oleh pensyarah. Biasanya kebanyakan pelajar akan membiarkan sahaja dirinya tidak faham tanpa mengambil langkah segera untuk memahami pelajaran itu. Biasanya setiap topik akan berkait antara satu sama lain. Akibatnya, semakin banyak pelajaran yang tidak difahami. Dan pelajar biasanya akan berfikir untuk mengatasi masalah ini apabila ada masa lapang dan yang paling teruk, meletakkan semua beban belajar dalam ‘study week’. Ini juga adalah tabiat yang buruk dan sangat-sangat perlu dielakkan.

Penangguhan adalah 'pembunuh' masa lapang

Mulakan dengan dewan kuliah. Pastikan sebelum kita datang, kita sudah mempersiapkan minda kita untuk menerima semua yang disampaikan oleh pensyarah. Bawa buku nota khas bagi setiap subjek untuk mencatat apa yang disampaikan. Hadir ke kelas beberapa minit lebih awal untuk untuk mempersiapkan diri dan mengambil tempat duduk yang sesuai. Pastikan tumpuan kita adalah 100% terhadap kuliah yang disampaikan. Wajibkan diri kita untuk memahami setiap apa yang hendak disampaikan. Mengulangkaji pelajaran yang akan diajar sebelum kelas akan sangat-sangat membantu. Andai kata kita masih tidak dapat memahami apa yang hendak disampaikan, segera berjumpa dengan pensyarah dan bertanya. Selesaikan segala keraguan itu secepat mungkin, sebaik-baiknya sebelum sesi kuliah yang seterusnya. Jika tidak sempat berjumpa pensyarah, pastikan kita memahaminya dengan bantuan rakan-rakan lain ataupun melalui bacaan-bacaan serta latihan.

Memahami sahaja tidak mencukupi. Melalui kajian yang dilakukan berkenaan daya ingatan manusia, kita akan kehilangan 90% apa yang dipelajari dalam masa 24 jam tanpa pengulangan. Oleh itu Kita perlu mengulang subjek-subjek yang telah dipelajari itu secepat mungkin. Tidak perlu lama, mungkin 5-10 minit. Buka semula nota, baca sekali lalu sambil mengimbas kembali apa yang disampaikan oleh pensyarah. Lakukan pada hari itu juga. Jangan sesekali memberi alasan tidak ada masa, untuk makan sahaja kita selalu lebih daripada 30 minit.

Tidak Merancang Jadual Mengulangkaji
Dalam apa jua keadaan kita tidak boleh lari daripada merancang. Merancang merupakan sesuatu yang amat penting bagi kehidupan seorang pelajar, lebih-lebih lagi bagi seorang da’i. Kepentingan merancang ini disebut oleh Allah dalam kitab-Nya:

Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat), dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.
[Q.S. Al-Hasyr, 59 : 18]

Sesiapa yang tidak merancang, maka sesungguhnya dia merancang untuk gagal. Merancang bukanlah sesuatu yang susah sebenarnya. Ramai di antara kita yang menolak apabila dicadangkan membuat jadual mengulang kaji. Sebenarnya dengan adanya jadual, kita akan lebih teratur dalam membuat persediaan untuk ujian dan lebih mudah memahami pelajaran.

Mulakan dengan menyenaraikan semua subjek-subjek yang dipelajari dan sub-sub topiknya. Dengan adanya senarai ini, semua topik yang akan dipelajari akan lebih terarah. Mulai menguasai topik demi topik. Dengan ini tiada topik yang akan tertinggal. Kemudian, mula menetapkan hari untuk setiap topik itu untuk diulang. Dalam jadual itu pastikan ada masa untuk mengulangkaji sekurang-kurangnya sejam sehari. Tidak semestinya sejam itu berturut-turut. Boleh jadi 20 minit setiap sesi ataupun 30 minit. Jika berpeluang pastikan lebih masa diperuntukkan. 2-3 jam sehari adalah cukup baik. Jangan biarkan ada hari yang kita lalui tanpa mengulangkaji pelajaran. Rancang jadual dengan teliti, dan kemudian disiplinkan diri untuk mematuhinya.

Merancang itu suatu tuntutan

Semangat Berusaha
Walaupun banyak perkara yang telah kita rancang, namun yang paling payah adalah untuk meneruskannya. Dalam erti kata lain untuk mengekalkan momentum belajar atau keistiqomahan dalam belajar. Sememangnya, keistiqomahan bukan perkara yang mudah. Rasulullah sahaja apabila diturunkan ayat untuk istiqomah ini, beruban rambutnya.

Maka tetaplah kamu pada jalan yang benar, sebagaimana diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang telah tobat beserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.
[Q.S. Hud, 11 : 112]

Tetapi untuk istiqomah bukanlah sesuatu yang mustahil. Banyak cara yang boleh kita gunakan untuk mengekalkan semangat untuk berusaha. Berikut beberapa cadangan.

Membayangkan Apa yang Akan Dicapai
Dalam sehari, dapatkan satu waktu khas untuk kita membayangkan masa depan kita dalam dakwah dan akademik. Biasanya sebelum subuh, selepas solat tahajjud. Bayangkan apa yang akan kita capai dalam dakwah. Bayangkan dengan keputusan akademik yang cemerlang itu, lebih ramai mad’u yang akan kita tarik ke dalam dakwah. 

Bayangkan dengan teliti, di mana sahaja kita pergi semua orang mengamalkan Islam dengan syumul. Semua muslimah bertudung labuh menutup aurat. Semua muslim amat menjaga akhlaq dan berperibadi mulia. Bayangkan semuanya dengan terperinci. Lakukan dalam masa 2-3 minit. Kemudian untuk 2-3 minit seterusnya bayangkan bagaimana kita akan mencapai kesemua itu. Bayangkan bagaimana kita akan melalui sepanjang hari tersebut. Bayangkan setiap kuliah yang akan kita hadiri, wajah-wajah yang akan kita temui, buku-buku yang akan kita baca dan perasaan kita ketika melakukannya. Gambarkan. Ketika sedang membayangkan, bernafaslah dengan dalam, sambil bertekad dengan kuat di dalam hati untuk merealisasikan kesemuanya. Insya-Allah, kita akan merasai semangat itu sepanjang hari. Semakin terperinci apa yang kita bayangkan semakin bagus kesannya.

Menggunakan Ayat-Ayat Motivasi
Banyak kata-kata yang boleh digunakan untuk memotivasikan diri. Ayat-ayat Al-Quran sahaja sudah cukup untuk membuat kita bersemangat. Pilih ayat-ayat yang memberi kesan yang dalam kepada diri kita, tulis di atas kertas atau printkan daripada komputer lalu tampalkan di tempat belajar dan lain-lain tempat yang strategic seperti almari, cermin muka dan sebagainya.

Antara kata-kata yang disarankan ialah:

Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan atau pun merasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.
[Q.S. At-Taubah, 9 : 24]

Jika kita menghayati ayat ini nescaya dalam keadaan apapun kita akan tetap bersemangat melaksanakan jadual yang telah ditetapkan. Kita akan memahami, walaupun kita dalam keadaan letih, sakit, ataupun sibuk, kita akan tetap berusaha bersunguh-sungguh.

Bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah bahwa Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.
[Q.S. Al-Baqarah, 2 : 233]

Mana mungkin kita akan malas apabila mengetahui setiap amal kita diperhatikan oleh Allah? Setiap usaha kita melawan kemalasan dan keinginan nafsu akan diberi ganjaran pahala berjihad di jalan Allah. Bersemangatlah!

Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, (yaitu) orang-orang yang khusyuk dalam salatnya, dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna,
[Q.S. Al-Mu’minun, 23 : 1-3]

Orang beriman akan sangat-sangat berjaya. Tetapi hanya mereka yang benar-benar beriman dan beramal dengan sifat-sifat sebenar orang beriman, iaitu menjauhi perbuatan dan perkataan yang sia-sia (lagho). “Campus life is all about dakwah and study. There’s no time to be wasted!” Manfaatkan setiap detik yang ada untuk dakwah atau belajar. Tiada yang ketiga.


Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.
[Q.S. Muhammad, 47 : 7]

Yakinlah dengan janji Allah ini. Da’i adalah mereka yang berusaha bersungguh-sungguh untuk membela agama-Nya. Insya-Allah, jika kita berusaha dengan bersungguh-sungguh dengan disertai keyakinan, keikhlasan serta keimanan maka pertolongan Allah pasti datang.

Kesimpulan : BERUSAHALAH WAHAI PARA DA’I
Kesimpulannya, untuk menyeimbangkan dakwah dan study, kehendak dan disiplin yang tinggi untuk berjaya perlu diterapkan. Yang penting adalah berusaha. Allah yang menentukan. Yakinlah, Allah pasti akan menunjukkan jalan bagi mereka yang bersungguh-sungguh mencari keredhaan-Nya.

Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan Kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik.
[Q.S. Al-Ankabut, 29 : 69]

Di Jalan Dakwah Aku Menikah

Dauroh Wida' Ikhwah-Akhwat UMS di Negeri Di Bawah Bayu, membawa saya kepada sebuah forum. Forum yang saya rasakan bukanlah saya selayaknya menjawab soalan-soalannya. Kerana saya tiada pengalaman. Lagikan pula, semua yang berada di hadapan adalah mereka yang sudah 'berdua', kecuali saya! Baik daripada moderator forum, panel pertama dan panel ketiga, semuanya sudah berumah tangga. Sayalah seorang yang terkontang-kanting hilang tingkah di hadapan para ikhwah serta akhwat di sana.

Oh ya, terlupa pula. Tajuk forum ini adalah : Di Jalan Dakwah Aku Menikah & Beginilah Dakwah Mengajarkan Kami. (Saya perform di tajuk kedua tu je. [^_^] )
Soalan pertama diberikan kepada Panel 1, Dr. Hj. Mohd. Hizul Azri b. Mohd. Nor. Berkenaan bagaimana beliau melalui proses pernikahan, bermula daripada lobi nikah sehingga menjejaki jinjang perkahwinan sebagai seorang Da'i. Alhamdulillah, perkongisian beliau cukup hidup dan para ikhwah serta akhwat kelihatan amat berminat. Lepas ni ramailah yang hantar resume nikah nampaknya. (^_^)

Lalu tibalah giliran saya.

"Baiklah, untuk Akhi Umair pun ada soalan juga. Kita nak dengar pendapat daripada seseorang yang belum menikah, mungkin ada sudut pandangan yang berbeza." Akhi Syafiq meneruskan bicaranya.

Aduh..Syafiq, tolonglah jangan bagi soalan yang mengarut-ngarut.

"Jadi Akh Umair, Sebagai seorang yang banyak menyampaikan bahan dan pengisian, apakah peranan seorang akhwat dalam membantu dakwah suaminya?" Semua hadirin yang ada tertawa. Termasuk semua ahli panel.

Cis, dia mula dah. Soalan apa ni? Aku belum menikahlah!

Saya terdiam seketika, memikirkan bagaimana hendak dijawab soalan ini.

"Er, soalan lain takde ke?"

Nampaknya si moderator ni masih nak meneruskan soalan mengarutnya. Apa boleh jadi, nasib badan. Bismillah jalan~

"Soalannya ialah, apakah peranan seorang akhwat dalam membantu dakwah suaminya. Terus terang ana katakan, ana memang tidak layak menjawabnya. Ana belum bernikah dan langsung tiada pengalaman yang boleh dikongsikan. Memandangkan soalan ini tetap perlu dijawab, maka ana akan menjawab berdasarkan teori-teori semata."


Nafas dihela dalam.

"Dalam menjalani jalan dakwah ini pelbagai cabaran dan dugaan yang akan dihadapi oleh seseorang da'i ini. Sebagai seorang lelaki ataupun perempuan yang remaja, perkara yang paling banyak mengganggu adalah gejolak jiwa yang tidak tenteram. Gangguan yang dihembuskan oleh syaitan terhadap fitrah semulajadi dalam diri kita. Allah berfirman:

Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga).
[Q.S. Ali 'Imran, 3:14]

"Dalam ayat ini Allah mengisyaratkan bahawa wanita di tempat pertama dalam tahapan kecintaan syahwat manusia. Dapat juga difahami di sini bahawa manusia itu fitrah semulajadi nafsunya akan amat tertarik kepada lawan jenisnya. Opposite Attract. Lelaki akan amat tertarik kepada wanita, dan wanita akan amat tertarik kepada lelaki. Perkara inilah yang sangat mendominasi jiwa remaja kini. Tidak terlepas juga para da'i.
Semua ikhwah akhwat diam mendengar. Saya meneguk air liur.

"Menyangkut soal pernikahan ini, Rasulullah SAW telah berpesan dengan sebuah hadis yang amat popular. Jika kita menyelak mana-mana kitab hadis seperti Sahih Muslim, Sahih Bukhori, Riyadhus Shalihin, di bawah bab nikah, pasti hadis ini akan jadi hadis yang pertama.

“Wahai sekalian para pemuda, barangsiapa di antara kamu yang telah mencapai ba'ah hendaklah segera bernikah, kerana nikah itu lebih menundukkan mata dan lebih menjaga kehormatan diri…

"Ba'ah itu adalah kemampuan untuk memberi nafkah dan melakukan hubungan suami isteri. Ini hanyalah teori.

"Ketika saat-saat melobi nikah kepada mak dan ayah, ana kemukakan hadis ini. Ana sampaikan,

"Mak, saya dah cuba dah berpuasa, tapi hati tetap payah nak jaga. Susahlah. Kena cuba cara lain ni."

Mesejnya nak minta nikahlah.

Hadirin tetawa lagi.

"Kerana sambungan daripada hadis itu adalah:

dan barangsiapa yang tidak mampu maka hendaklah dia berpuasa. Sesungguhnya puasa itu baginya adalah benteng.”

"Tetapi mak ana mengatakan, "Kau jangan ingat nikah tu boleh selesaikan masalah nafsu tu. Belum tentu lagi selesai kalau bernikah."

"Dalam hati, 'Atte mak aku ni, kan ke nabi yang jamin tu.' Tapi itu dalam hati je la.

"Jadi ana tanyakan kepada ikhwah-ikhwah yang telah bernikah, sejauh manakah praktikalitinya. Kebetulan di UTP ada ikhwah-ikhwah yang telah menikah. Setelah bernikah ini bagaimanakah perasaannya? Betulkan masalah nafsu ini boleh selesai?

"Dan jawapan daripada mereka memang ya. Setelah menikah, hati dirasakan lebih tenteram. Interaksi dengan lawan jenis tidak lagi segelabah dahulu. Gejolak jiwa yang sebelum ini datang bagaikan taufan badai di lautan telah surut menjadi lautan yang tenang! (Ini saya tambah ye. Masa jawab forum biasa-biasa je metaforanya.)
"Antum faham gejolak yang dimaksudkan? Kalau antum semua manusia normal pasti antum faham.

Ikhwah-ikhwah tersengih-sengih. Saya tidak tahu bagaimana reaksi akhwat. Saya belum lagi memandang mereka langsung. Jeling-jeling sikit adalah. Bilangan akhwat kelihatan lebih ramai daripada ikhwah.

"Jadi inilah jawapan ana bagi peranan seorang akhwat dalam membantu dakwah suaminya. Menyebabkan derapan langkah seorang mujahid itu lebih tegar dan lebih mantap untuk menapak di jalan dakwah ini, insya-Allah. Begitu juga di pihak akhwat, dengan hadirnya seorang ikhwah sebagai suami, akan lebih tenteram hatinya. Akan lebih tenang dalam berjuang. Lebih terhindar daripada fitnah. Ini jawapan yang pertama.

"Yang keduanya, berdasarkan surah yang ke-24, ayat yang ke 32. Minta seorang tolong bacakan. Hah, Nasir yang kelihatan begitu bersemangat dari tadi! Tolong bacakan.

Saja saya kenakan dia. Memang sangat bersemangat pun. (^_^)

Dan kawinkanlah orang-orang yang sedirian diantara kamu, dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.
[Q.S. An-Nuur, 24:32]

Syaidina Umar Al-Khattab dalam membahas ayat ini mengatakan, "Aku tidak dapat membayangkan jika ada orang yang tidak mahu bernikah dengan alasan takut miskin. Sedangkan Allah telah berjanji untuk membuatkan mereka kaya dengan pernikahan!"

"Antum semua boleh baca kisah ini dalam bukunya Mas Udik Abdullah yang bertajuk, 'Kuliah, Kerja dan Nikah. Asyik Banget!' Kisah ini juga ada diungkapkan dalam buku yang ditulis oleh Cahyadi Takriyawan, Di Jalan Dakwah Aku Menikah.

Kasihmu Amanahku...

Pernikahan menyingkap tabir rahsia
Suami isteri inginkan keluarga yang bahagia
Dan mengharapkan sebuah bahtera indah
Untuk bersama belayar ke muara

Pernikahan, menginsafkan kita
Perlunya iman dan takwa, meniti sabar dan redha
Bila masa senang syukuri nikmat Tuhan
Susah mendatang tempuhi dengan tabah

Isteri janji telah dipateri
Diijab kabulkan dan dirahmati
Detik pertemuan dan pernikahan
Yang dihujani air mata kasih
Demi syurga Ilahi

Suami jangan menagih setia
Umpama Hajar dan setianya Zulaikha
Terimalah seadanya yang terindah
Di lubuk hatimu
Isteri adalah amanah buatmu

Pernikahan mengajar tanggungjawab bersama suami dan isteri

Isteri hamparan dunia
Suami langit penaungnya
Isteri ladang tanaman
Suamilah pemagarnya
Isteri bagai kejora
Suami menjadi purnama
Tika isteri beri hempedu
Suami tabah menelannya

Tika suami terteguk racun
Isteri carilah penawarnya
Sungguh isteri rusuk yang rapuh
Berhati-hatilah meluruskannya

testrr

yrtyfgh