Friday, January 28, 2011 | By: sHamiLa...

BISIKAN MU…

“Agghhhh……” 1 jeritan kuat yg datang dari diriku sendiri…
Ya Allah.. apa yg terjadi ni… saat ku celikkan mataku.. ku lihat  tangan ku penuh dgn darah yg mgalir… air laut yang menyisip di luka2, menambah kesakitan ku… ku cuba untuk bangun dari batu2 pantai yang tajam menusuk2 tubuh..

Kenapa dgn aku ni… aku bertanya sendiri….

 Rupanya,ku tahu.. aku baru saja terjatuh dari anak tangga yang tinggi ke bawah tepi pantai… ku bangun untuk melangkah walaupun dengan kesakitan yang amat.. ku cuba untuk menoleh ke belakang.. 


tiba2….
Aku seperti dalam lamunan.. ku bukakan mata melihat kiri dan kanan.. “kenapa aku seperti dalam penjara…. Aku tidak pernah ke sini…” .. kedengaran tidak jauh dariku ada seseorang lelaki yang wajahnya tidak ku kenali…  
aku semakin resah… kenapa lelaki ni berada di sini bersamaku…  kemana aku nak pergi.. macam mana aku nak keluar ni… tangan ku masih dipenuhi darah yang mengalir..

Lelaki itu datang mendekatiku… lalu berkata.. “kenapa kau kelihatan resah”.. sambil mengerutkan dahinya… “ialah.. macam mana x resah.. kita dimana sekarang ni.. dan kau kenapa di sini..? dengan muka kehairanan..lelaki itu menjawab  “kita kan dah mati… jadi itula kita di sini..tengoklah darah2 yang mengalir ditangan kau…

“haaaa….. mati??  Aku dah mati?? Maknanya selepas jatuh tadi.. aku mati dan di masukkan di sini..?
“em2..” angguk lelaki tu…

Aku bertambah resah…. Ke hulu dan ke hilir memikirkan apa yang terjadi… aku mati?? Meinggalkan dunia…. Dan…tiba2.. wajah suami ku terbayang…. Jauh di sudut hatiku.. mencari2 kelibat suamiku…. “Abang….  ”  
“tak boleh macam ni….. tak boleh…..” ku tahan air mata dari mengalir….
Lelaki tu hanya berdiam diri melihat ku.. dan bertanya.. “kenapa kau cakpa begitu....kita kan dah mati… apa nak risaukan..”



“tak boleh… tak boleh… aku tak jumpa suami aku…. Aku tak beritahu dia aku berada di mana sekarang.. dia mesti risau…. Aku tinggalkan dia begitu tanpa pengetahuannya…. Tak boleh…..tak boleh…aku mesti nak jumpa dia dulu…

aku semakin sebak… wajahnya semakin terbayang2…
Aku duduk tenangkan diri…… sambil menarik nafas panjang… menahan sebak….
“lepas tu, apa kita nak buat… suami kau kat mana…. Kalau aku boleh bantu..aku kan cari dia… kata lelaki tu..
Dalam keresahan ku… tiba2.. kedengaran suara lantang… 

“dalam 10 minit di beri masa..untuk keluar sementara…”
Aku tersentak…. ‘ha…ini peluang aku…’ aku nak cari abang….

Tiba2 aku bukakan mata…. “eh…aku kat supermarket….. ramainya orang.. macam mana aku nak cari, Di mana abang… aku tak punya masa yang banyak..” aku bermonolog sambil mata ku pinar ke sana sini melihat kelibatnya…. Lelaki tadi pun tidak kelihatan…

Dalam kesesakan orang ramai… datang seorang budak kecil yang datang memeluk kaki ku…“akak…. Akak ke mana… lama x jumpa….” Senyum lebar terukir di wajah anak kecil itu…. Tapi aku bagaikan tidak mengenali budak itu… siapa anak kecil ini, apakah aku pernah berjumpa dengannya....  aku tidak punya waktu…  ibu dan ayahnya mengambilnya dariku.. lalu bergegas aku pergi dari situ….
Fikiranku… masih mencari2nya… “abang dimana…..”

“Mak…baju yang ini bah…”…. Ku alihkan pandangan ku…  aku kenal suara itu…  alangkah gembiranya aku..melihat adik bongsuku yang sangat comel dengan gelagatnya yang lucu memilih-milih pakaian kanak2…
Mama…. Kakak..ajin…ayah pun ada….
Ya ALLAH…. Gembiranya aku…..
Tapi dimana suami ku….. kenapa dia tiada berdekatan….





Ku hampiri ayah….”yah… kamu buat apa sini…..” dengan perasaan sungguh sebak… kerana tidak menyangka aku di beri peluang untuk berjumpa mereka..

Ingin ku peluk ibu dan kakak kembarku yang menyerupai wajahku..Cuma dia mempunyai tahi lalat banyak dimuka yang membezakan kami… 

Ku makin hampirkan diri… “eh..siapa ni…. Kita kenal ka?? Tanya kakak dan mama…
Kamu tak kenal aku ka??... ni aku... c adik.... mak..kakak..ayah..ijam..ajin..." ku tahan lagi air mata…. Kenapa dorang tak kenal aku?? Adakah disebabkan aku ni telah mati… 

Tiba2 ku teringat…. Wajah yang mereka lihat itu.. bukan wajah sebenarku. Ya ALLAH…. Luka yang ku rasa.. lagi pedih dari ini…. Semuanya tidak mengenaliku….  Macam mana aku nak jumpa suami ku….



Masa yang ada semakin hampir..

Ku beranikan diri.. untuk bercakap dengan ayah… “ pak cik…. Maaf saya Tanya.. pak cik kenal boboy (nama kampong suamiku)kan…?

Ayahku menjawab…”iya…kenal… itu dia..” sambil menujukan arah jarinya tepat2 pada suami ku…..

“Abang…… Ya ALLAH… abang…….. ku gegaskan diri menuju ke arahnya yang sibuk memilih-milih pakaian… sambil tu hati ku berdetik.. “kenapa wajahnya tidak sedih kehilangan ku… aku baru saja meninggalkannya, abang….“
Kini.. aku betul2 berdiri dihadapannya……. Ya Allah adakah dia mengenaliku…. Ku renung jauh ke dalam matanya… dia hanya diam seketika….

Wlpn keadaan di situ sibuk dan dan sesak dgn orang ramai….
Melihat wajahnya membuatku tenang…. Sunyi..seperti hanya kami berdua berada…



Ku masih merenung ke matanya… mengharapkan kata2 darinya…. 

Tiba2… 1 senyuman yang sangat indah terukir diwajahnya….. “aku tahu…. Ini kamu ila…….abang kenal kamu....”

Air mata yang kini ku tahan…. Mengalir deras dipipiku….
Abang… abang kenal ila??.... ku tahu masaku telah sangat2 hampir…. Ku peluk suamiku…… erat…..
“abang… ila dah nak pergi….. abang tak cari ila…..??

Air matanya mengalir…. Menagis dalam pelukku….

masa ku kini beberapa saat lagi.....


Dibisikkan sesuatu di telingaku…… “Ila…. Jangan risau… nanti kita jumpa disyurga ya…..” air mata ku semakin deras mengalir…. Abang…..abang…...
Semakin erat ku dakap...
Tiba saatnya….Masa ku telah berakhir disitu......
Kini aku pergi dengan tenang…. Senyumannya membuat ku tersenyum….








 “haa…ha…. Ya ALLAH… astagfirullah… apa yang terjadi…..

 Ya ALLAH…Alhamdulillah… Kau masih beri ku peluang….aku masih bernafas…. Rupanya aku bermimpi… hanya mimpi…. memanjatkan ksyukuran yang tidak terhingga....


Namun, teringat bisikan dalam dakapannya.. mmbuatkan ku menangis… menangis sebak…. ku harapkan cinta kami mendapat Rahmat dariMU.. dan berkekalan hingga kesyurga nanti...

 Ya ALLAH… lindungi suamiku.. Engkau Yang Maha perlindung…
Alhamdulillah.. aku di beri mimpi yang sangat bermakna…
Ku rasakan bekalan ku untuk ke sana, masih tidak mencukupi… ku menginsafi diri…. Cukupla kematian itu 1 peringatan yang memberi kesan yang dalam… akanku manfaatkan masa yang ada..... 


Firman Allah (a.w): [Maksud: Dan Dialah (Allah (a.w)) yang mematikan kamu (yakni, menidurkan kita) di malam hari, dan mengetahui apa yang kamu lakukan siang hari. Kemudian Dia (Allah (a.w)) pula akan membangkitkan (membangunkan) kamu di siang hari itu, untuk menyempurnakan ajal (yakni, tempoh umur yang ditetapkan terhadap seseorang) yang telah ditentukan, kemudian kepadaNya kamu dikembalikan lalu memberitahukan kepada kamu semua yang telah kamu kerjakan.] [Ayat 60, Surah al-An’am] .

 Kematian mengingatkan bahwa waktu sangat berharga!!


renungan kosong pada tingkap hostel.....  
bermonolog sendiri lagi.."em...suami isteri....setelah di ijab kabulkan... .bercinta.... untuk mendapat keberkatan dan keredhaanNYA... .. tapi orang yang belum di ijab kabul tu.. bercinta..sebab apa ya..???

2 comments:

Sue Yahya said...

^_^ subhanAllah.... terharu kakak dik...

sHamiLa... said...

he...adk pn xsngka dpt mmpi cm tu kak..
terlalu rndu kot...he

Post a Comment