Sunday, February 19, 2012 | By: sHamiLa...

Escape dari Kilang

berlegar2 di ruang pejabat kilang, berfikir untuk mencari alasan yang sesuai utk dimaklumkan pada SV industri. sementara yang lain bersiap untuk perhimpunan pagi.

setiap pagi kilang akan mengadakan perhimpunan utk memberi makluman2 penting kpd pekerja2 dan report daily production quality.

kelihatan barisan2 dipenuhi warga2 adam..
hawa? 1 baris seja, dan dalam 1 baris tu lah diri ini tertapuk-tapuk.

"insyaAllah, SV ni baik & senang berurusan, Ya Allah bantulah hambaMu" detik hatiku..

aku pun mengambil handset utk send mesej dgn SV, "hi, sir, maf mengangu. bolehkah sy keluar pukul 11pg nanti, sy ada urusan di sekolah bengkongan"

berpeluh-peluh menunggu balasan.

selepas berapa minit "oh,ok" ayat yg ringkas & padat mesej yg direply. alhamdulillah, baru lega sikit hati ni,
tapi.. ada 1 lagi masalah. xkan pakai kasut safety boot  pegi usrah?..
ku biarkan saja persoalan itu.

terkadang badan terasa penat asyik duduk dan menghadap autocad. assignment yg di bagi SV kena lukis balik drawing circuit transformer kilang yg mempunyai 18 drawing (T T)

sebelum keluar kena siapkan 1 drawing, tanpa membuka facebook ;)

alhamdulillah siap, dan shbt yg lain sudah berada di depan pintu..

dan tibalah di sekolah bengkongan dengan selamatnya, tidak jauh dari kilang tu, berapa minit seja.
dan berbunyi hentakan yg agak kuat sedikit di lantai kayu sekolah disebabkan safety boot yg agak berat & kalau terpijak kaki orang lain memang sakit, kerana tapaknya begitu keras. dan aku terasa pelik dengan penampilan itu, tapi xpa, yang penting tutup aurat ;)

usrah dimulakan oleh shbt yg agak pandai siko, dan adik2 pun tersenyum mendengar kata2nya, sementara aku berfiki2 apa nak cakap dengan adik2 ni usrah pertama ni??
tiba2 shbt tadi, berhenti seketika utk berjumpa adik muslimin, dan aku diminta utk meneruskan.

"alamak, nak cakap apa ni.. masih blur2 lagi insyaAllah boleh" bisik hati..

ku mulakan dengan senyuman pada adik2, "adik2 semua sihat??" adik menjawab dengan semangat "sihat..... dengan muka2 ceria"

"alhamdulillah.. ada yg sakit gigi ka sini?"

mereka ketawa dan ada juga tersenyum malu, dan aku masih xtahu nak cakap apa..

ku teruskan saja.

"kalau ada sakit gigi cepat2 pegi cabut gigi, nanti kalau bengkak susah suda tu"

mereka semakin tersenyum dan ada yg menunjuk2 kawan yg mgkn memang sakit gigi.

alhamdulillah, shbt tadi dah habis dan menyambung siko nya.

adik2 usrah di bahagi2kan mengikut kumpulan, "dyg, sarah, epy, juriani, faridah, nurul nama adik2 usrah dikumpulan ku, yg semuanya adik2 tingakatan 2.

topik yg aku ingin smpaikan pada mereka "mengenal Allah, insyaAllah akan kenal diri sendiri"

soalan2 yg ku ajukan pada adik2, "berapa alam yg manusia tempuh sebenarnya adik2?"

majoriti adik2 tu jawab "2 alam ja kak"

ish2.. adik... kita ada 5 alam sebenarnya.. terkejut adik2 tu. kesian adik2 ni, banyak ilmu2 asas masih tidak diketahui.

memang selalunya jawapan yg aku dengar, ialah "hanya 2 alam" yg menunjukkan adik2 masih tidak mengenal dirinya dan kemana, dari mana, dan apa tujuan hidup di alam dunia.

http://halaqah.net/v10/index.php?page=292


soalan yg agak menyedihkan, "adik2 solat 5 waktu x?"
semuanya mengeleng2 kepala.. "kenapa x solat adik2?"
"xhafal lagi kak"
Allah.. umur adik2 sudah berapa tahun..
14 tahun suda kan... anak2 yg berumur belasan  tahun macam adik2 ni dibolehkan merotan jika x solat.
Rasulullah pernah bersabda : Perintahlah anak-anak kamu dengan sembahyang ketika berumur 7 tahun dan rotanlah mereka jika tidak sembahyang apabila berumur 10 tahun….

sekali lagi mereka agak terkejut mendengar.

adik2.. azab xsolat ni banyak...

mereka tertunduk..

tiba2 shbt memanggil. masa dah time. aku terpaksa menghabiskan kata2 terakhirku.

insyaAllah minggu ni akan ku jumpa lagi adik2 ini.

sama2 la kita berusaha mengubah generasi2 kita.
kalau rosak generasi2 ini,
siapa yg akan memimpin negara akan datang dengan baik.

wallau'alam


lampiran: Antara azab bagi mereka yang meninggalkan solat:
Dunia
1. Allah SWT menghilangkan berkat dari usaha dan rezekinya.
2. Allah SWT mencabut nur orang-orang mukmin (soleh) daripada (wajah) nya.
3. Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.
Sakaratul Maut
1. Ruh dicabut ketika ia berada didalam keadaan yang sangat haus.
2. Dia akan merasa amat azab/pedih ketika ruh dicabut keluar.
3. (su’ul khatimah)
4. Dia akan dirisaukan akan hilang imannya.
Alam Barzakh
1. Dia akan merasa susah (untuk menjawab) terhadap pertanyaan (serta menerima hukuman) dari Malaikat Mungkar dan Nakir yang sangat menggerunkan.
2. Kuburnya akan menjadi cukup gelap.
3. Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang-tulang rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari)
4. (Siksaan binatang-binatang bisa seperti ular, kala jengking dan lipan)
Hari Qiamat
1. Hisab keatasnya menjadi sangat berat
2. Allah SWT tersangat murka kepadanya.
3. Allah SWT akan menyiksanya dengan api neraka

0 comments:

Post a Comment