Saturday, April 30, 2011 | By: sHamiLa...

KENAPA dgn coNtaCt LeNs??

CONTACT LENS.. 


bukan lens Zoomer camera DSLR ya....


bukan maksud nak menyinggung sapa2.. =)    


Sekadar PERKONGSIAN.....


Sbb melihat kepada PERKEMBANGAN....


sy dapat dari ILUVISLAM 


Hukum Memakai Kanta Sentuh yang Berwarna Soal:
 Apakah hukum memakai kanta sentuh yang berwarna terutamanya bagi wanita?


 Jawab: Di sini kami suka untuk memetik fatwa dari Syeikh 'Atiyyah Saqr, bekas ketua Lajnah Fatwa al-Azhar: "Saya fikir apabila seorang lelaki menggunakan kanta sentuh, mereka akan menggunakannya untuk tujuan perubatan. Maka tiada sebarang masalah mengenai hukum dalam perkara ini kerana kanta sentuh juga berfungsi seperti kaca mata. 


Apa jua hukum yang jatuh pada kaum lelaki (mengenai hukum kanta sentuh) maka hukumnya begitu juga pada kaum wanita. Walau bagaimanapun, apabila seorang wanita itu menggunakan kanta sentuh untuk tujuan memperlihatkan kecantikan dan menarik perhatian lelaki, maka ia adalah dilarang




Ia merupakan tabiat sesetengah remaja perempuan pada hari ini yang memakai kanta sentuh yang berwarna-warni dan memilih warna hijau untuk menarik perhatian and penampilan diri. Jadi, hukum di sini berdasarkan niat dan tujuan seseorang. Jika tujuan seseorang wanita itu adalah untuk menarik perhatian dan berunsur penipuan. Dalam hal yang demikian, memakai kanta sentuh berwarna adalah dilarang." Syeikh Ahmad Kutty, Imam dan Pengarah Agama di Pusat Islam Toronto, berkata: "Syariah meliputi maslahah manusia melalui 3 bahagian, dharuriyat (tidak dapat hidup tanpanya), hajiyyat (keperluan) dan tahsiniyat (untuk memperelokkan).  -macam belajar dalam II kan? =) 
Hukum-hakam syariah bertujuan untuk merealisasikan kehidupan manusia berdasarkan masalih ini. 


Mengenai hal memakai kanta sentuh berwarna bagi wanita, saya suka untuk mengajukan soalan ini: Adakah ia termasuk salah satu daripada 3 bahagian masalih itu tadi? Saya tidak dapat katakan ia dharuriyat, hajiyyat atau tahsiniyat. Maka saya tertanya-tanya mengapakah mereka perlu melakukan sedemikian rupa? 
Kosmetik moden zaman ini banyak bertujuan untuk mengubah ciptaan Allah pada manusia seperti mengubah warna mata. Allah telah mengurniakan kecantikan kepada wanita dan dia dapat berhias dan mempercantikkan diri di hadapan suami tanpa perlu melampaui batas atau melakukan sesuatu yang dianggap jelik di sisi syariah. Saya tidak kata memakai kanta sentuh berwarna ini adalah haram kerana ia tidak melibatkan sesuatu yang mengakibatkan warna mata itu berubah selama-lamanya. 
Tetapi saya dapat klasifikasikan ia sebagai berlebih-lebihan dalam memperindahkan diri yang mana ia tidak dianjurkan dalam Islam. Islam adalah satu agama yang menganjurkan kesederhanaan tidak menggalakkan perkara sedemikian rupa. Syeikh Saleh Munajjid, seorang pensyarah dari Saudi, pula berkata: "Terdapat 2 jenis kanta sentuh: 
1) Kanta sentuh ophthalmic : Digunakan untuk memulihkan penglihatan. 
Tidak mengapa menggunakan kanta sentuh ini dengan mendapat nasihat dari pakar.
2) Kanta sentuh berwarna : Ia dihukumkan sebagai bertabarruj (berhias). Jika dia memakainya untuk suami, maka tidak mengapa. - macam saya boleh...=) tapi xberani pakai pun sebab takut.. he
Jika dia memakai untuk orang lain melihatnya, maka tidak boleh berlaku sebarang fitnah atau menarik perhatian orang. Ia juga tidak boleh membahayakan si pemakai dan tiada unsur-unsur penipuan. Contohnya, seorang perempuan memakai kanta sentuh untuk berjumpa dengan bakal suaminya.






Sama2 kita AMBIL iktibar ya...=)






http://komuniti.iluvislam.com/topic/1664-hukum-pakai-kanta-lekap-yang-berwarna/

Thursday, April 28, 2011 | By: sHamiLa...

JoM ReciTe MAthurat....^^,

Mathurat..?? apa tu...






Al-Ma'thurat menghimpun sebahagian Asmaul Husna yang sangat diperlukan dalam zikir dan doa-doa yang diambil dari Al-Quran dan juga Doa yang menjadi amalan Nabi Muhammad SAW. Doa-doa ini di susun oleh Imam As-Shahid Hasan Al-Banna.  (http://ms.wikipedia.org/wiki/Hassan_al_Banna)
Bacaan Pagi Dan Petang... At least sehari sekali..^^


Apa KEBAIKAN membaca Mathurat Ni??



Kami membentangkan kepada anda hadis-hadis dari sumbernya yang asal untuk memudahkan anda menghayatinya dan mengetahui kelebihannya sebagaimana yang disebut oleh Rasulullah.
Kelebihan membaca Al Mathurat:

1. Tidak dihampiri syaitan
2. Rumah dan keluarganya terselemat dari perkara yang tidak diingini.
3. Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat.
4. Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga.
5. Selamat dari segala sesuatu.
6. Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya.
7. Allah berhak untuk meredhainya
8. Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat ke atasnya.                                
9. Terhindar daripada syirik.
10. Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun.
11. Dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang.
12. Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat.
13. Sesiapa yang membaca di waktu pagi,akan dipelihara oleh allah hingga ke waktu petang.Dan sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi.
14.Mengamalkannya umpama mengamalkan Sunnah Rasulullah dari sudut zikir dan berdoa, dan berbagai lagi kelebihan.

Nabi SAW merupakan insan yang paling tahu mengenai Tuhannya. Ia telah mengajarkan kepada kita ungkapan-ungkapan yang cukup indah dan mendalam dalam bentuk zikir, doa, syukur, tasbih dan tahmid dalam setiap keadaan, dalam urusan yang kecil, besar, mulia dan hina. Rasulullah (s.a.w.) sentiasa mengingati Allah dalam setiap keadaan. Justeru kami meminta saudara Muslimin supaya mencontohi sunnah nabi, mengamal dan menghafal zikir-zikir yang diajar oleh nabi (s.a.w.) sebagai cara untuk menghampirkan diri kepada Allah.

by adielflitzow on August 9


hA.... banyak manfaatnya... so apa lagi... if anyOne xda mathurat g boleh download kat sini: http://www.scribd.com/doc/465255/AlMathurat

or belilah yang seringgit ni...  ^^ Semoga beroleh manfaatnya..




Sunday, April 17, 2011 | By: sHamiLa...

50 Gambar Cantik Supermoon Seluruh Dunia..

  • Ini adalah koleksi gambar fotografer seluruh dunia sempena fenomena supermoon yang berlaku pada hari sabtu yang lepas (19 March 2011). Diakui peristiwa yang jarang-jarang berlaku ini memberi satu peluang untuk kita melihat kebesaran ciptaan tuhan yang cantik ini. Sayangnya di Malaysia fenomena ini tidak kelihatan begitu mengasyikkan.. 


    1. Logan Airport, Boston

  • 2. The Rockies, Colorado

  • 3. Orlando, Florida

  • 4. Toronto, Canada

  • 5. London, England

  • 6. Sebastian, Florida

  • 7. Newport, Rhode Island

  • 8. Upstate New York

  • 9. The Bronx, New York

  • 10. Viña del Mar, Chile

  • 11. Lillburn, Georgia

  • 12. Miami, Florida

  • 13. Portsmouth, England

  • 14. Portugal

  • 15. Athens, Greece

  • 16. New York City

  • 17. St. Petersberg, Florida

  • 18. Bratenahi, Ohio

  • 19. Essex, England

  • 20. Los Angeles Airport

  • 21. Seattle, Washington

  • 22. Mexico City

  • 23. Colorado

  • 24. Ithaca, New York

  • 25. Mount St. Bruno, France

  • 26. El Paso, Texas

  • 27. Bangalore, India

  • 28. Washington DC

  • 29. Dallas, Texas

  • 30. Stevensville, Maryland

  • 31. Albuquerque, New Mexico

  • 32. New York City

  • 33. Denver, Colorado

  • 34. Detroit, Michigan

  • 35. Lake Superior, Minnesota

  • 36. Pennsylvania

  • 37. Wilmette, Illinois

  • 38. Trondheim, Norway

  • 39. Annapolis, Maryland

  • 40. Northolt, London

  • 41. The Netherlands

  • 42. Germany

  • 43. Williamstown, Australia

  • 44. Brisbane, Australia

  • 45. North Holland

  • 46. London, England

  • 47. Lisbon, Portugal

  • 48. Santa Cantarino, Brazil

  • 49. Columbus, Ohio

  • 50. Lima, Peru

    Source.


    sumber: http://layarminda2.blogspot.com/2011/03/50-gambar-cantik-supermoon-seluruh.html

    p/s: SubhanALLAH.. cantik sungguh ciptaanMU.. pasti semuanya bukan sia2 semata2...




    (Dengan ketentuan yang demikian), matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing.
    Surah Yasin 36:40