Sunday, July 17, 2011 | By: sHamiLa...

Forum “ Menangis Spotan”

16 Julai 2011. Tarikh keramat. Pertama kali di hadapan bersama panel yg agak hebat, manakala diri ini hanya setahun jagung.

Tidak pernah terbayang dek diri yang bercakap kadang-kadang tersasul ini, untuk berforum. Tp itulah dia ketentuan yg Allah berikan.

‘sesuatu kejayaan itu tidak datang dengan tiba2. JIKA tidak bermula menjejaknya’

Mungkin itu adalah salah satu langkah awal utk sy, di atas doa sahabat2 yg lain, yg menginginkan pengalaman sy sendiri dikongsikan bersama.

Kepada yg hadir dan yg terlibat mnjayakan program, terima ksh. Smoga Allah membalas jasa baik anda sekalian. insyaAllah..



“disebalik menangis spotan”

Sepanjang seminggu sebelum hari kejadian bermula, asyik bertanya sendiri “ macam mana hari sabtu ni..”

Fikiran xtenteram. Asyik berfikir shja.... tp kekuatan itu dtg dari ALLAH, hanya padanya perlu dipohonkan, dan semangat setia dari suami tersayang. “beranilah kerana kebenaran”

....



Diwaktu kejadian..

Terkadang menyebut namanya membuat diri ini tersenyum, terkadang hiba..terharu dengan kasih syg yg diberi olehnya....

Tidak tertahan lg air mata sewaktu itu.. lalu hnya mengalir walau diri ini tersangat malu dihadapan ramai.. tp itulah kesannya rahmat kasih syg dari Tuhan. Alhamdulillah ya Allah. Tidak ada terniat utk mengalirkan air mata apatah lagi dikhalayak ramai...

....... sgt merindui dia.......

Saturday, July 2, 2011 | By: sHamiLa...

BerCintA itU bOleH,tp cOupLe itU HARAM sAMa skaLi~

5 SEBAB KENAPA COUPLE ITU HARAM??

PERTAMA: TIDAK MEMPUNYAI NIAT YANG BAIK ATAU SEBALIKNYA

Sesebuah perhubungan ?istimewa” antara seorang lelaki dan wanita seharusnya didasari dengan niat yang baik seperti bertujuan untuk berkahwin. Justeru sebarang perhubungan yang tidak bertujuan seperti tersebut adalah tidak harus seperti bercouple untuk berhibur, bersuka-suka dan sebagainya.

KEDUA: TIDAK MEMATUHI (MELAMPAUI) SYARIAT AGAMA

Lumrah bercouple seakan tidak dapat lari dari aktiviti seperti ber”dating”?, ber”shoping” dan sebagainya hatta ada yang sampai ke peringkat “membonceng”. Tidak kurang juga (tanpa segan silu) menggunakan istilah-istilah yang kononnya menunjukkan sikap “caring” seperti memanggil darling kepada pasangannya. Paling tidak, pasti di dalam pertemuan(dating) akan berlaku pandangan mata yang tidak harus, perbicaraan yang tidak wajar dan seumpamanya. Semua perlakuan ini adalah bercanggah dengan ajaran Islam yang mengharamkan perhubungan bebas di antara lelaki dan perempuan.



KETIGA: MENJATUHKAN MARUAH (PERIBADI) SEORANG WANITA

Apabila pasangan yang bercouple berdating, maka peribadi seorang wanita muslimah akan dipersoalkan. Khalayak tidak akan berbicara tentang si lelaki yang bercouple tersebut, tetapi si perempuan. Masyarakat akan bertanya bagaimana begitu mudah si perempuan tersebut membiarkan dirinya diusung(maaf jika agak keterlaluan) ke sana-sini atau setidak-tidaknya umum akan menganggap bahawa perempuan tersebut telah dimiliki. Kesan buruk yang mungkin dihadapi ialah apabila berlaku perpisahan antara pasangan tersebut. Prasangka-prasangka negatif akan direka dan dihebahkan. Akhirnya berlakulah tohmahan-tohmohan yang menjatuhkan maruah dan kehormatan seorang wanita. Surah Al-Israa’(17) ayat 32:

“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”




Ayat ini memeng cukup popular di kalangan kita. Ramai yang apabila ditegur dengan ayat ini akan menjawab,”Kami tidak berzina. Kami berbual-bual je” , “Kami keluar makan je” dan “Kami main SMS je.” Dan pelbagai 1001 alasan lagi. Para pembaca,sila teliti firman Allah tadi. Dalam ayat ini, Allah melarang kita mendekati zina. Allah menggunakan kalimah ‘walaa taqrobuu’ (jangan hampiri) dan bukannya kalimah ‘walaa ta`maluu’ (jangan melakukan). Ini menunjukkan, walaupun kita hanya mendekati zina, ia sudah pun HARAM! Mungkin ada yang tidak jelas dengan maksud menghampiri di sini. Biar kita ambil contoh, jarak kita dengan dewan adalah 50 meter. Apabila kita melangkah setapak ke arah dewan, jarak antara kita dan dewan adalah 49.8 meter. Inilah dikatakan menghampiri dewan. Jadi, bercinta sebelum kahwin dan ber’couple’ adalah menghampiri zina, dan menghampiri zina adalah HARAM.

KEEMPAT: MEMBAZIRKAN WANG KEPADA PERKARA YANG TIDAK WAJAR

Di dalam budaya bercouple, biasanya pasangan lelaki akan banyak menghabis duit pinjaman PTPTN, JPA, yayasan negeri (bagi mahasiswa IPT) atau duit pemberian ibubapa untuk memenuhi kehendak pasangan wanitanya. Ajak saja dinner, lunch, breakfeast atau bershoping pasti si lelaki yang perlu mengeluarkan duit poketnya. Terdapat juga keadaan di mana si perempuan yang berbelanja si lelaki. Itu belum dikira dengan pembeliaan kad top-up handset yang out of control. Hanya kerana call untuk tanya khabar, dah makan ke belum, ada yang sanggup mentop up handset mereka beberapa kali dalam seminggu. Cuba bayangkan jumlah wang perlu dibazirkan hanya untuk perkara yang sangat remeh dan tidak perlu. Paling menyedihkan, wang tersebut adalah pemberian keluarga yang seharusnya digunakan bagi tujuan pengajian. Begitu juga wang pinjaman PTPTN, ia adalah hutang yang perlu dibayar selepas tamat pengajian. Justeru, penggunaan kedua-dua jenis wang ini kepada perkara yang tidak wajar adalah tidak
harus dan ditegah oleh syarak. Perbuatan membazir dan menyalahgunakan harta juga adalah amalan syaitan.(Rujuk Al-Israa ayat 27)


KELIMA: MEMBUANG MASA KEPADA PERKARA YANG TIDAK SEWAJARNYA

Seperkara yang wajar diprihatinkan di sini ialah penggunaan waktu kepada perkara yang tidak bermanfaat. Lebih malang lagi, masa yang amat terhad sebagai seorang mahasiswa telah diisi dengan perbuatan-perbuatan yang ditegah oleh Allah. Bukankah berdating, berbual telefon secara marathon dan lain-lain aktiviti rutin bercouple merupakan perbuatan yang menyimpang dari anjuran agama. Justeru setiap saat dan minit yang digunakan bagi tujuan tersebut akan dipersoal dan diperbicarakan di hadapan Allah.

Perlu diingat bahawa Islam bukan mengharamkan secara total perkara yang dinyatakan di atas. Islam tidak menghalang perbuatan tersebut, tetapi meletakkan beberapa prasyarat yang perlu dipenuhi. Sekiranya kita gagal mengikut syarat-syarat tersebut, maka status perbuatan tersebut menjadi HARAM serta menjauhkan diri pelaku daripada kasih sayang dan cinta Allah. (Rujuk kitab al-Halal wal Haram Fil Islam, Dr. Yusuf Al-Qardhawi)

sumber:hamba Allah yg istiqamah mencari kebenaran

NIKAH connecting poeple... Jagalah hati,diri dan maruah pada yang HAQ... ;)



JOM like this page :
1. http://www.facebook.com/pages/BerCintA-itU-bOleHtp-cOupLe-itU-HARAM-sAMe-skaLi/123276024372015

2. http://www.facebook.com/home.php?sk=group_123690814373823&ref=notif&notif_t=group_activity#!/pages/Cinta-Selepas-Nikah/119682821398716

3. http://www.facebook.com/home.php?sk=group_123690814373823&ref=notif&notif_t=group_activity#!/Dating.After.Married

4. http://www.facebook.com/home.php?sk=group_123690814373823&ref=notif&notif_t=group_activity#!/Imints.Fasta

Burung Hantu VS girls??

terkadang PELIK.....

ingatkan kaum ADAM ja yg jadi burung hantu dengan DOTA n whatsoever games.
tp kaum HAWA pun ada rupanya.....


bila Malam masih MUDA katanya.... mata bersengkak untuk melihat MOVIE..... kadang ada yang duk mencanag sini sana, baca novel JIWANGS2, apalagi ya..em bgtula...


bila waktu SIANG.....
ngongh.....nghoh....... cbuk buat peta JEPUN pula dah... ;p
SOLAT nya xtau ke mana. MAKAN, YES kena bangun, kejap. THEN sambung lagi..ngohng.........zzzz


ALLAHUAKBAR2.....
alamak.. magrib dah..... Baru dok KALUT nak bangun....


Alahai.....kaum HAWA.. macam mana kaum ADAM nak meminang kalau macam tu..


adalagi yg duk suka buat statement kat FB...


'BOSANnya....' mcm mna x bosan kalau duduk atas katil dengan laptop ja?? hamalak...


cuba ubah ckt status tu "demi masa sesungguhnya manusia kerugiaan, melainkan yg beriman dan beramal SOLEH".. ha.barulah bersemangat ckt nak buat kerja....

lpas tu kuarla ambil oksigen.. terkecuali la time tu sakit, perlu rehat kat bilik...  ok adik2..

dan cubalah utk menjadi wanita solehah... wanita solehah sgt menjaga MASA yg ada. dimana dia sentiasa memastikan diri dia membuat kebaikan dan jauh dari MAKISAT... barulah berebut-rebut ya SOLEH nak meminang kan...

so UTAMAKAN yg UTAMA....

kerana DIRI mu begitu berharga....... ;)