Tuesday, February 21, 2012 | By: sHamiLa...

kisah cabut gigi (makcik pelipin)

"yeah.. i'm the winner".. jerit kecilku sementara menunggu giliran untuk masuk ke bilik doktor,sempat lagi aku bermain word puzzle bersaing dengan suamiku, dan inilah pertama kalinya aku menang.seronok dapat kalahkan dia ;p


"nur syakila".. suara nurse yg memanggilku


"na.. giliran ila sudah".. sambil menarik tangan suamiku
"aik.. ila satu orang ja boleh masuk sana".. menarik tanganku semula
"ala.. iyaka".. jawabku. suami ku hanya tersenyum melihat wajahku merajuk


jantung berdegup2..


"baring sini"doktor menunjukkan tempat utk ke menghadap lampu kekuningan tu.


"adih.. ada patung2 lagi diikat dekat lampu ni, iyala, org2 tua mcm aku ni pun payah2 mau p cabut gigi, apa lagi budak2" bisik hati ku.


dipercepatkan cerita, setelah medapat bius dari doktor aku diarahkan untuk duduk di ruang menunggu yg disediakan.selepas beberapa minit, datang seorang mkck yg kelihatan sedikit uzur duduk disebelahku.


terdetik hati untuk bercerita dengannya.


"mkck... cabut gigi juga kan? gigi gerham ka mkck?"tanyaku sambil tersenyum padanya


"iya..mau cabut 3 gigi. sini,sini..sini"jawabnya 


"Allah.. mesti sakit kena bius tadi kan"balasku, terkejut mendengar. 3 gigi sekaligus. aku yg 1 gigi ni puas suami ku pujuk.


"sakit juga, tp mkck lagi nda tahan sakit gigi ni" 


"iya jugakan,cabut gigi sakitnya sekejap seja daripada sakit gigi tu berbulan-bulan"


tersenyum mkck mendengar kata ku, kami berdua hanya menahan kebas mulut yg mula terasa.ku teruskan pertanyaan


"mkck orang sini ka?"


"nda..mkck dari tamparuli, susah bah mkck mau cabut gigi dihospital sebab mkck pakai pasport seja"


"oh,,iyaka.. jadi mkck asal mana?"


"mkck dari pelipin..pulau(forgot the name)"


"oh..patutla, ayah sy cakap, bapa atok saya dari pelipin juga, tp ndatau area mana.. mkck kenapa datang malaysia?"


"mkck dtg sini,sebab ditempat mkck tu semua islam ada berperang. ndatau kenapa tempat kami kena serang.banyak kapal datang. orang kena tembak sana sini, dorang nda kira lelaki,perempuan,budak2,org tua,semua dibunuh.dinegara yg ada bukan islam macam manila nda kena serang. org2 islam kena serang"jawabnya semangat


"Allahuakbar"..


"nur syakila..sini" sekali lagi nurse memanggilku. waktu gusi dan gigi ku berpisah telah tiba.


setelah selamat perpisahan yang dilakukan dengan doktor.


dalam fikiran ku bermain2 perkara yg diceritakan oleh mkck tu yang mengingatkanku syria negara yg sedang bergolak sekarang, palestin negara yg baru2 ini orang awam tidak henti2 menjadi manga kezaliman, lalu aku teringat artikel yang pernah ku baca dahulu.tentang pembunuhan beramai-ramai org2 islam dengan kezaliman. aku terduduk terkedu selepas membacanya. sebak & betapa sakitnya rasa ini, mendengar kekejaman yg dilakukan.alhamdulillah, aku tidak menyangka Allah pertemukan ku dengan org yg mengalami peristiwa2 yg selama ini yg ku baca.

http://nursyakilajamal.blogspot.com/2011/11/allahuakbar.html 


sakitku rasa dihati ini, teringat kata2 mkck itu, mereka tidak tahu apa2 tiba2 saja diserang,dibunuh begitu saja. walhal itu tidak wajar!saudara2 kita dibunuh begitu sahaja. bayangkan anak2 kecil yg comel masih tidak mengerti, tidak tahu membaca, tapi dibunuh dengan kejam. apa salah mereka? mereka mencuri harta2 kamu ka wahai org2 yg zalim?mereka menampar anak2 mu ka wahai org yg zalim. tidak ada. sama sekali tidak ada salahnya. 




iya. di malaysia kita aman damai, tidak ada kedengaran bom, tidak ada periuk api di mana2,tidak ada peluru2 yg dilepaskan di sana sini.tapi sedarkah kita, sedarkah kita yg masih terlena ini, yang kita negara yg kononya canggih dengan teknologi yg serba moden, kita diserang. pemikiran kita ini diserang, dengan hiburan2 yg melampau,melalaikan,meghayalkan, permainan2 yg mengasyikkan, shoping complex yg besar2 cantik, leka on9 facebook, mendengar lagu2 jiwang,mengingati masa2 lalu yg menghalang untuk kita sedar, kenyang makan-makanan yg sedap2. sibuk bermaksiat,mgumpat org sini sana....sedang kita lupa saudara kita yg lain,bermati2an memerangi kezaliman mempertahankan hak mereka. anak2,ibu bapa, mati didepan mata,hancur, hilang nyawa,kaki,tangan.pernahkah kita rasa, apa yg mereka rasakan? pernah kita rasa perasaan mereka betapa pedih & sedihnya kehilangan org2 yg mereka sayang tanpa sebab,tanpa salah apa2,merayu macam mana pun tidak dihiraukan,malah dibunuh! malah kita semakin lena..tidak pernah terfikir, bagaimana jika kita disitusi mereka, ibu & ayah kita ditembak sesuka hati,adik kita dipijak hidup2,abang kita dipukul kesakitan,kakak kita dirogol depan mata lalu dibunuh dengan kejam!

apa yg kan kita jawab di akhirat nanti? apa yg telah kita orang terlena ini lakukan untuk mereka? 


memang, satu perkara yg mustahi untuk kita pergi ke sana, bersama membaling batu ke atas serangan kereta kebal.


cuma, apa yg perlu kita lakukan ialah sedar.. kepentingan kita ini seorang muslim memertabatkan agama kita, jauhi perkara2 yg dilarang oleh ALLAH, lakukan amal2 kebajikan,amar makruf nahi mungkar, solat 5 waktu, menutup aurat, tidak derhaka pada ibu bapa.itu yg sepatutnya kita lakukan. kalau tidak, malulah pada diri, yang islam hanya pada nama, sedang saudara kita yg lain, berjuang menegak agama. 


ku kagumi ketabahan saudara2 kita disana. walau bagaimana pun terseksanya kamu saudaraku, tapi diakhirat kau hidup aman & damai, tidak disentuh api neraka.sedang aku dan saudara2 mu dinegara aman damai ini, tidak pasti,dan tidak tentu akan tidak disentuh api neraka. "doa kami sentiasa bersama kamu"


"adakah hati kamu tidak bergelora melihat kekejaman yg berlaku sehingga tiada satu kaum pun yg bangkit menyatakan kemarahan kerana Allah-Allahyarham syeihk Ahmad Yasin


"..Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya)"al-maidah;5




Seorang wanita mencari anak gadisnya
yg hilang dalam timbunan puing2 bangunan runtuh
 peluru bersimpang-siur berdesir ditelinganya
dia terus menjerit dan meraung


wanita itu berlari tanpa arahmencari
anak lelakinya yg masih kecil yg terlepas
dari pautan tangannya dan dilihatnya dicelah-celah gelimpangan
mayat2 ada sekujur mayat kanak2
yg masih memegang permainan ditangannya
itulah anaknya..


selawat dan salam ke atas Rasulullah SAW yg dahulunya telah berjuang menegakkan agama ini, semoga kami termasuk dalam golongan yg menyambung perjuanganmu Ya Rasulullah.. Ampunkan & maafkanlah kami yg telah terlena ya Allah..


0 comments:

Post a Comment