Saturday, April 9, 2011 | By: sHamiLa...

SeLepas KeSuKaran Ada KEmudAhan...

Sesungguhnya setiap kali ALLAH mendatangkan kesusahan, pasti ALLAH mendatangkan kemudahan sesudahnya. Ini kerana ia sudah menjadi sunnatullah 
yang berlaku terhadap makhlukNYA.

ALLAH berfirman dalam surah al-INSHIRAH AYAT 5 hingga AYAT 6 yang bermaksud: “Kerana sesungguhnya sesudah kesusahan itu, ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesudahan itu ada kemudahan.”


Boleh jadi pelbagai kesukaran dan kesulitan itu membuatkan seseorang hamba itu tertekan jiwanya, namun pasti ada jalan keluar di sisi ALLAH yang diperolehinya. Mungkin sahaja seseorang yang menghadapi saat kesukaran dan dirasakan tidak dapat memperoleh penyelesaian, tiba-tiba terbuka dihadapannya jalan keluar daripada kesukaran yang tidak pernah ia terfikir sebelumnya.

Orang yang terkena bencana musibah, hakikatnya sedang menanti kesenangan dan 
orang yang sedang dalam kesenangan, hakikatnya sedang menanti musibah.

Wallahu’alam.


p/s: statement dipetik daripada salah satu artikel dalam buku solusi. Saya memesan pada shbt2 disana, jangan lepaskan setiap siri solusi yang diterbitkan, kebanyakkan isi2 artikel solusi memang terkena batang hidung sendiri. Of course xrugi lebih malah banyak untung. Teringat adik2 dn sahabat di sabah(terutama pedalaman). Bagi mereka bukan mudah mendapat buku2 ilmiah yg kontemporari ni. By then, Sedih melihat manusia2 yang peluang dan ruang ilmu dunia akhirat terbentang luas depan mata tapi xambil cikit pun manfaat. So sad… So, jgn kita 
merugikan diri sendiri. Piqi’a2 la naa..

saya melihat artikel ni terkena batang hidung sendiri, sebab selepas terjadinya episode2 kehilangan yang berlaku di sekeliling. Sama ada kehilangan jiwa raga, harta benda, perasaan dan sbgnya. benarlah kata orang dulu2.. berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ketepian... bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian... satu pepatah yang banyak aplikasinya...

saya juga sendiri telah kehilangan barang berharga…..

Besar nilai dan maknanya…..

Tapi itulah dunia….

Sifat redha dan tawakal perlu ada….

Kerana…. Apa…

Kerana….

Apa shaja yang ada….

Bukan milik kita…..

Milik Sang Pencipta dan Yang Maha Memiliki…

Dalam kenangan…



5 comments:

Post a Comment