Tuesday, January 31, 2012 | By: sHamiLa...

Tips2 Kahwin Muda (PART 1)






                                                       Bismillahhirahmannirahim.. 

Assalamualaikum buat pembaca2 yg tertunggu  ;)

(maf la bahasa sabah memang xboleh lari sudah ;p)
Ok.. sebelum sy bagi tips.. mau bagi dulu lah pendapat tentang kahwin muda ni.
 kahwin muda memang impian mostly anak muda..  sebab semestinya banyak memberi manfaat kepada kita yg sering kesorangan.
Antaranya, satu kelebihan perkahwinan, yg Allah sebutkan dalam Al-Quran yg bermaksud:

dan kahwinkanlah orang - orang bujang [ lelaki dan perempuan ] dari kalangan kamu dan orang - orang yang soleh dari hamba - hamba kamu , lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin , Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah swt Maha Luas rahmat dan kurniaNya lagi Maha Mengetahui .

An Nuur : Ayat 32

Dan ini, memang betul lah ya.. rezki selepas kahwin ni kadang2 tidak dijangka ;) subhanAllah..

Tapi…  sometimes ikut situasi kita jugalah.
Macam saya yg pernah lalui zaman kegelapan(jahil) dulu, sudah tempuh juga zaman tu, dan sy menginginkan perubahan dalam hidup sy untuk menjauhi zaman kegelapan , jadi sy beranikan diri utk mmbuat keputusan ini, yg sedikit sebanyak ingin mengtubah “style” kahwin kampong yg “agak menyusakan” dengan adat yg “agak memberatkan” daripada kita ikut betul2 ajaran ISLAM yang telah digariskan
.
So, point disini ialah.. kalau kita ni insyaAllah masih lagi terjaga hati, suci tanpa sebarang cinta2 palsu tu, teruskan lah berjihad menjaga hati, sampailah dah ada kerja, ok sudah, baru fikir pasal kahwin. Iya. Itu baik juga.

Tapi, bagi yg “agak mampu” tu apa salahnya.. daripada bergelumung dalam maksiat.. tup2 dok jadi gok(bhsa klate) dgn couple or pasangan yg dah 8-10 tahun bercinta. Kan rugi…

Baiklah.. sy mulakan dengan tips “sebelum”


1st yg paling penting bagi kamu2 yg disana itu, ialah memilih pasangan yg betul2 insyaAllah dapat membimbing kepada jalan yg diredhai Allah, sy percaya.. sejahat mana manusia itu. Pasti dia nak juga yg baik2 kan.. itu memang fitrah kita ;)
Jadi..mcm mana nak dapat yg baik2 ni?? Ha…. sebelum cari yg baik2 ni, jadilah yg terbaik dulu.. barulah yg baik2 ni datang..  ok..

Bagi yg sudah ada calon2 tu, buat la solat istikharah, minta pendapat ustaz2/ustazah2 yg tempat berdamping, Tanya pndapat ibu bapa,shbt2 yg baik2..  bila kita sudah yakin, dapat petunjuk dari Allah.. insyaALLAH teruskan lah step seterusnya ;)


2nd is.. bagaimana kita nak yakinkan pada ibu bapa kita, yg kita ni nak mendirikan rumah tangga pada usia muda. Disini sy kira usia muda itu(18-30tahun) lah ya.. kalau ke umur yg ke atas tu lain cerita pula…;)
2nd step ni lah yg sering jadi persoalan dan point penting bagi mereka yg berhajat khwn muda.

Begini….

 sy pasti, ramai rakan2 yg malu dengan ibu bapanya sendiri utk menyatakan hasratnya. Mungkin banyak kemungkinan respon2 yg dibayangkan jika hasratnya ini dikhabarkan pada ibubapa. Haa… ini namanya mainan sociology.

Sy pernah terdengar kata2 dr fadzilah kamsah yg mengatakan “ada orang yg takut dengan risiko yg akan di hadapinya,sedangkan dia belum mnghadapi atau berdepan dgn risiko itu, dan orang2 yg begini ada something wrong, kenapa? Sebab.. dia belum tempuh lagi sudah takut, apa lagi bila dia menempuhnya, yg sebaliknya dia perlu ransang minda utk berani menghadapi apa shja yg bakal dihadapi” begitulah lebih kurang dr. fadzilah katakan.

Kenapa kita nak malu dengan ibubapa sendiri?? Sedangkan ibubapa tu yang besarkan kita dari kecik. Sepatutnya kita lebih malu dengan Allah jika diri kita ni duk bergelumung maksiat.

Jadi.. kena yakinkan apa yg kita hasratkan ini betul di sisi ISLAM dan insyaAllah akan bermanfaat dengan diri kita dan pasangan yg akan dikahwini. Yang bermanfaat macam mana?  Contohnya jika kita seorang pelajar, yakinkan ibu bapa insyaAllah selepas khwin, pelajaran kita semakin baik,kerana kita akan lebih diberkati tidak seperti sebelumnya kita ini asyik pening fikir mak we n pak we padahal xada apa lagi.. buang masa ja. Otak serabut fikir nak dating, nak makan sama, nak tgk pawagam, xdapat apa. DOSA2 ja banyak. Bukannya xtahu, tahu tapi buat xtahu! Dan rasa diri kita ni akan lebih mgkhianati impian ibubapa yang ingin kita melihat dengan kejayaan sebenar. Bukannya dengan datang kelas,main2. Buat assignment,report semua main copy paste ja. Bila time test/exam, nak tiru sana sini. Xfokus langsung, xfikir langsung  nak serius,ditambah lagi dengan jmpa pula awek cun kat kampus. Allah…

Nauzubillah…

Persoalan seterusnya… semestinya bagi pihak lelaki..  terkadang persoalan mampu atau tidak untuk memberi nafkah pada bakal isteri, terkena pula bakal isteri yg suka shoping sana,shoping sini. Ha.. hati2 lelaki dalam memilih calon, dan utk pmpuan2 pula, latih la diri shoping2 la yg perlu saja. K

Seperti yg sy tulis d 1st entry sy selepas khwin, kita insyaAllah adalah golongan yg sedar, kepentingan mengamalkan ISLAM dalam kehidupan. Ada orang yg hanya ikut ISLAM time majlis perkahwinan dan hari raya shaja. Tapi ISLAM time mjlis perkahwinan tu pun ada “slack” juga.


Lelaki dikenakan hantaran yg agak “debomb” puluh2/ratus2 ribu, sebab takut mulut orang lain canang sini sana sbb wang hantaran rendah? Sedangkan Rasulullah pernah bersabda perkahwinan yg paling baik,adalah paling rendah mas kahwinnya”
Iya..bagi yg memang kaya, xapa la.. tapi bg yang kurang kaya, bagaimana? Ada yg terpaksa berhutang semata2 utk memenuhi permintaan pihak perempuan, tapi kesannya selepas berkahwin anak wanita itu terpaksa menanggung padah, disebabkan suaminya itu menanggung hutang. Jadi, itu kah yg diinginkan oleh ibubapa wanita? Allahuakbar..

Walimah/majlis Perkahwinan yg disandarkankan dalam ISLAM sepatutnya tidak perlu ada penindasan,pembaziran,perjudian,majlis tari menari yg melampau, mempelai kena lah tidak berlebihan tabbaruj,seharusnya menjaga waktu solatnya dan yg sepatutnya.

Rakan2 pernah dengar x nikah khitbah? Boleh rujuk di sini :


insyaAllah  akan bersambung lagi….
*sy berkongsi ilmu yg ada, bukan bermaksud sy ni lebih baik dari kalian, sedangkan semakin bnyk yg sy kongsi/katakana semakin itu kalian tahu kelemahan sy. Sekadar perkongsian bagi yg perlu dan memperbaiki diri sy.

Wallau’alam