Monday, August 29, 2011 | By: sHamiLa...

hanya 1 Pinta ku.. padamu SAHABATku..

SAHABAT…


Jauh ku termenung.. di senja hari.
Teringat ketika ku di sekolah dulu, aku seorang yg sangat pendiam, takut dengan orang ramai..

Tp itulah kenangan.. dulu..kini. lain.   

Setiap manusia punya persepsi, maknanya sendiri dalam menilai persahabatan.
Iya. Walau aku telah bersuami, tp sahabat tetap sahabat2 ku seperti dulu.
Tetap sama di hatiku.

Aku tidak mengira berapa banyak mesejmu,
Aku tidak melihat manisnya senyummu padaku,
Aku tidak mengukur eratnya pelukanmu,
Aku tidak menunggu panggilan2 manjamu,
Aku tidak menginginkan mesranya layananmu,    
Aku tidak menantikan hadiah mahal darimu,

Segalanya2.. xda yg ku perlukan dan nantikan dari sahabat2 ku..
Hanya 1…
Hanya 1…

Adakah aku dalam setiap DOA2 mu??
Hanya itu yang ku mahukan darimu..

Hanya itu sahabat2 ku…


Thursday, August 18, 2011 | By: sHamiLa...
Airport. KLIA. 4.44pm.
10/8/11

 Memandang ke kiri, sesekali ke kanan, depan, belakang. Lagi dan lagi. Begitulah..

Xkenal sapa pun disini. Em..

Adapun org sblh kiri rombongan org2 kemboja agaknya. Meriah betul.

Iya...sebentar lagi aku akan masuk ke perut burung besi. Rutin setiap tahun.

Tp untung juga aku dari kawan yg lain, xdapat balik raya. Kesian juga. Semoga dorg tabah. Macam aku. Raya 1st kat perantauan.kelantan.banyak mercun... dengar takbir kat bilik dengan kembar kesayangan. Itupun nasib ada kembar.ada kawan. Alhamdulillah..

Ada masa. Termenung. Menilai hitam putih kehidupan.

Di sini ku lihat berbagai warna kulit,pangkat, darjat, gaya, ragam.

Saiz rendah, tinggi, ada berpakain tertutup. Sejuk mata memandang. Ada berpakaian open ckt. Ish.. silau. Astagfirullah..

Ada berlari.ada duduk tidur, flght malam agaknya. ada yg berjalan penuh kemegahan.

Iyala, tempat grand ramai orang kaya2, org putih, tandas pun canggih flash sendiri pula tu, makanan mahal, brg mewah2.... wow..

Tp bagi ku... xda apa yg perlu dibanggakan..

Semuanya ciptaan yg sementara. Dan aku sendiri tidak tahu bila kah waktu ku....

Hurm.. lama menunggu kaunter check in ni buka. firefly xda self check in lagi. So, have to wait... sementara tu baik kita mengaji dan membaca tafsir mengisi waktu yang ada...

Jam d hp menunjukkkan pukul 5 petang, aku segera memeriksa papan pemberitahuan. Yeah. It’s open now. Tarik bagasi, pikul beg belakang dan hand carry budybeg UMP.. skema kan..

Sampai di kaunter.. “aik, kenapa masih kaunter untuk p sarawak ni? Aku salah tengok ka salah or salah kaunter”? tp tengok org2 ramai d tepi ku ni macam muka orang sabah ja dengan muka binggung2, mungkin dorg pun macam aku juga. Tiba2 aku teringat.. “oh.. iya sepatutnya flight jam 10 malam pula, tapi di awalkan ke jam 7, maybe sbb inilah di kaunter ni nda tukar nama flight p sabah...” membebel sorg2.

“cik.. flight KK ka?” ku beranikan diri untuk bertanya..

“iya. Yang ramai2 ni pun sama juga” dia reply..

“oh.. bah.. mgkn buli suda ni masuk kaunter, sbb kita punya flight kan kena c awal.. naa tinguk.. memanggil-manggil suda tu org di kaunter. “ aku reply lg.

“aik, iyakan. Bah marilah.” Pak cik tu pun melangkah masuk p kaunter, aku pun apa tunggu lagi masuk seja...terus org2 ramai2 tu pun ikut..

Naa..betul la ni kaunter p Kk yg di belakang ku kedengaran suda sakapan dia. ;;rindu dengar cakap sabah;;

Selesai urusan check in dan bagasi yang di tarik2 tu pun dah xda..ringan sikit beban tangan.. pegi la balai berlepas.. gate no 9.

“jauh betul juga kalau MAS punya balai berlepas ni... ai semput siya.....” sambil berjalan sorg2.. tengok kiri kanan..

Sedang berjalan... terlalu mesin air tin.... brek sekejap.. terlebih suda langkah.. undur balik.. tengok harga setiap tin, RM 2.00..” boleh la ni bikin buka puasa, jimat lagi drpd beli dalam flight RM 4.00. sandik...” sambil check duit syling. “alamak tiada pula ni tau... macam mana ni..”binggung suda. Sekali ternampak kaling sebelah mesin tu.

“kak, ada tukar duit syling x 2rnggit” yang 50sen.”? Memang nda malu bertanya demi utk kejimatan.

“oh..xdala dik.. nak beli air tin ke? “ sedikit kecewa mendegar jawpannya..

“iya kak..”jawapan ku mencari harapan. kampungan betul juga aku..

“ini xperlu 50sen shja, duit syling lain pun boleh” dengan keyakinan tinggi dia memberiku harapan.

“oh..iyaka.. saya xtahu.xpernah beli kat mesin macam ni, mungkin ada tapi dah lupa”.. he.. malu..kampungan betul juga aku..

Alhamdulillah..dapat jimat duit.. trma kasih kpd kakak yg beri tunuk ajar. Ilmu baru tu..;)

Jalan demi jalan...

“Ha.. sampai suda gate 9. Tapi.. kenapa tiada orang ni.. bah aku salah tengok ka lagi, cek tiket, betullah gate 9” kelihatan hanya ada 2 orang cina yang duduk dikerusi luar..

“sorry, your flight numbers is bla..bla...”msti speaking ni..bila lagi, mana tau org negara china..

“oh..sorry, our flight to sibu.. this gate still closed, what time is your flight?” dengan senyuman manis dia membalas.

“oh.. at 7 pm..” sambil menunjukkan tiket kpdnya.

“its to early to being here, now is 6 pm, just wait for a minutes..bla..bla..” panjang la cerita kami.. tapi ternyata kenampakan aku ni nda sabar balik maklumlah RAYA FIRST BERSAMA SUAMI (kasi caps lock ;p).. orang lain rilex ja, belum sampai lagi gate 9..

Duduk dululah.. em mcm2 kisah dalam airport dari first sem sampai sekarang. Dengan sesatnya, kena tipu harga tambang,salah masuk balai berlepas, c kaka tertinggal IC..mcm2 ada.. itulah pengalaman..yg xsemua org kan dpt..

Dipendekkan cerita... setelah beberapa minit masuk balai berlepas.. sambil baca buku “satu rasa, 2 hati dalam tajuk masjid rumah tangga” dan melihat gambar suami tersayang..

Tiba2.. aku dikejutkan oleh sabri, budak UMP yg juga ingin pulang ke Sabah..

“Assalamualaikum kak...” senyum2 dia..

“wa’alaikumsalam..eh sabri.. bla..bla...” panjan juga cerita dengan dia...

Bagus budak sepanggar ni..hormat org yg lebih tua.... jarang2 di jumpa begini.. bisik hatiku selepas bercerita2 dgnnya. Alhamdulillah..

Dengar pengumunan untuk org2 duduk belakang kena gerak dulu, dengan happy aku bergegas-gegas ke pintu flight. Seat 15.

Duduk ja dlm flight.. “kalau boleh ada benda lain aku dapat naik p sabah selain kapal terbang ni kan bagus.. tapi naik kapal laut lagi nda sanggup.. hurm..nda suka naik flight... bikin berdebar-debar jantung... tula selalu tengok air crash investigation tu..tapi yang penting tawakal ja.. nda kira naik apa pun, kalau suda ajal maut di situ..tapi sebaiknya minta mati dalam keadaan baik...insyaAllah.. baca doa banyak2, zikir.. jangan membazir duit dalam flight..rilex seja, budak kecil pun lari2 dalam flight dengan gembira..” motivate diri sendiri..

Kapal pun terbang tinggi.. merentasi awan-awan dilanggit...

Kedengaran pengumuman berbuka puasa oleh kapten pilot..

baca doa..makan kurma...minum air tin yg aku beli tadi...

Dan.. sejurus itu..aku akan berusaha melelapkan mata selama mungkin... (sebab tdk mau membazir duit)

Setelah berjam-jam dalam flight.. tengok tepi tingkat....

“ yeah.. i can see the light..... just a few time, we will arrive.. tiba2 speaking.. tanda kegembiraan.. cantik pemandangan bandar KK, dengan cahaya lampu2 ketika malam..

subhanAllah..masyaAllah... hebatnya ciptaanmMU.. otak dan akal manusia yg begitu agung Kau beri untuk berfikir menerangi gelap malam di muka bumi...

kelihatan kecil dan comel seperti mainan kereta2 sedang sesak di jalan raya.. Ya Allah.. bagaimana setiap hati2 manusia ini Kau ketahui segalanya, padahal begitu banyaknya manusia di pelosok dunia..SubhanAllah..

“Ya Allah.. smoga kami mendarat dengan selamat..hanya Kau tempat ku memohon.. Amin..”

Kapal medarat dengan laju dan kuat.kedengaran suara orang menjerit kerana terkejut dengan hempasan kapal di atas landasan .Aku memegang kerusi dengan kuat. Ku pejam mata. Kapal berusaha untuk berhenti pada tempat yang betul.

Akhirnya.... kapal terhenti.... alhamdulillah..alhamdulillah.. Aku masih diberi peluang untuk berbakti lagi di negeri ku.. tapi hatiku berdebar-debar.... kenapa ni....

Selesai mengambil bagasiku..ku tarik perlahan.. tarik nafas sedalam-dalamnya... kenapa aku semakin berdebar-debar ni.... mungkin inilah saat terindah bagiku. Selamat sampai dan disambut oleh insan yang ku tunggu2 selalu....

Keluar sahaja dari balai ketibaan.... aku mencari kelibatnya.. tp kontrol lagi..nampak gelabah pula..

Pandangan ku terhenti... “oh..itu dia.. betul2 tepi pintu masuk...”tiba2 aku tersenyum sorang2.. sambil menarik bagasiku..

‘ish..kenapa aku senyum2 ni..” terasa malu sendiri.. tanda kegembiraan ketara betul... cover2...

ku lihat dia dari jauh..juga tersenyum dengan baju selangor warna ungunya itu menunjukkan baru shja selesai dari solat terawih terus menungguku di situ...

“alhamdulillah..” dia menyambutku.. lalu ku salam tanggannya...

Tiba2 datang seorang mak cik menghampiri kami berdua.. “ assalamualaikum..nak, maf tanya ya. Kamu dari mesir ka?”

“Allah.. Wa’alaikumsalam..nda cik, dari KL ja ni... “ aku membalas dengan senyuman.

“oh..iyaka. maf la, sebab mak cik tunggu anak mak cik dari mesir dari tadi..”

“maf la cik, kami ndatau pula.. cuba mak cik tunggu lagi sekejap mungkin dia tengah tunggu bagasi dia” balasku lagi.

“iyalah.. terima kasih nak... maf mengangu..assalamualakum..” mesra kelihatan

“iya..ndapa cik..wa’alaikumsalam” balas kami berdua dan tersenyum..

“kesiannya mak cik tu kan..” sambil melihat wajahnya yg masih tersenyum-senyum..

“iya..”balasnya ringkas menarik bagasi ku, lalu di genggam erat tangganku... ;))))

HABIS.... ;p




















Sunday, August 7, 2011 | By: sHamiLa...

~ ♥ TIPS MENCARI JODOH TANPA ''COUPLE'' ♥ ~



..........(¯`v´¯)
...........`•.¸.•´ ~ ♥ TIPS MENCARI JODOH TANPA ''COUPLE'' ♥ ~
.........(●̮̮̃•̃)..(●̮̮̃•̃)
......... /█\ ♥/█\

...❤✫•°*”☀”*°•✫❤✫•°*”☀”*°•✫❤✫•”☀”*°•✫❤✫•°*”☀”*°•✫❤

(`'•.¸ "Habis nnt macam mana nak cari isteri?"
bab nak mencari bakal isteri ni apa susah~
berserah sahaja kepada Allah~
bila MASA sudah sampai~ dapatlah~

(`'•.¸ "Bukan kita kena USAHA ke?"
memanglah kena usaha
tak akan saya nak duduk rumah tunggu orang msk meminang pulak kan?
tapi COUPLE is WRONG
baik kumpul duit~ persiapkan diri dgn tanggungjawab~
pergilah meminang seseorang yang berkenan di HATI

(`'•.¸ "Nanti kena REJECT macam mana?"
dah nak REJECT..nak buat apa?
fikir positif lah~ maybe ada yg lebih baik buat kita
Allah kan tahu apa yg terBAIK buat hambaNYA
kita kenalah REDHA dengan ketentuanNYA

(`'•.¸ "Kalau dah berkenan dkt hati macam mana?"
lagi senang kalau mcm tu~ dah cukup duit & persiapan~
teruslah masuk meminang @ lagi best kahwin terus~
tak payah nak berCOUPLE bagai~ buat maksiat sahaje apa guna~
korang nak masuk SYURGA ke NERAKA r?
kalau belum cukup lagi tu~
simpan lah dalam hati~ cuba test berpa lama korang leh suka kat bdk tu?
maybe perasaan korang tu just CRUSH only~

(`'•.¸ "Eleh~ budget ko baik sangat r? Ramai jer yang couple. Boleh jer aku tgk."
Ye~ Saya tak kata saya baik. Korang yang menilai diri saya ini.
Macam mana korang NILAI or pandang..itu terpulang~
yang penting PANDANGAN Allah terhadap saya nanti bagaimana?
sbb nanti akhirat saya yang kena soal~
kenapa saya tak sedarkan kamu semua?
kenapa saya tak halang or nasihat rakan-rakan saya?
sekarang~ I have DONE my job~
nnt itu antara kamu dan Allah ek~

(`'•.¸ "Mak & ayah restu lah."                                          
Memanglah mak & ayah restu~
tapi Allah restu ke tak ea?
korang FIKIRlah sendiri~
semua diberi AKAL untuk berfikir
saya yakin korang pandai menilai apa yang baik & buruk
ingat lah~ niat tidak memBENARkan cara~

(`'•.¸ perkahwinan tu satu benda yang SUCI
tapi manusia yang mengotori ikatan ini
oleh sebab terlalu mengukut budaya barat
semua benda yang HARAM pun boleh jd HALAL

(`'•.¸ fikirlah wahai RAKAN
kita ni umat akhir zaman
kiamat tu PASTI
kenapa korang tak SEDAR lagi
or korang tahu just buat2 tak tahu saje?
fikir-fikirkan lah~
✿♫•*¨*•.¸¸❤ ✿♫•*¨*•.¸¸❤

❤✫•°*”☀”*°•✫❤✫•°*”☀”*°•✫❤✫•”☀”*°•✫❤✫•°*”☀”*°•✫❤
http://www.facebook.com/home.php?sk=group_169146763107944&ap=1#!/home.php?sk=group_143538852376352&ap=1