Thursday, May 19, 2011 | By: sHamiLa...

Tabiat Mengumpat@gosip









SIKAP suka mengumpat atau menceritakan keburukan dan kelemahan orang 
lain dilaknat oleh Allah.

Mereka yang bersikap demikian, secara disedari atau tidak mencela dan 
mengaibkan orang lain yang hukumnya berdosa besar.

Ketika berbual, sama ada secara sengaja atau tidak, mereka menceritakan 
keburukan ketuanya, jiran, saudara mara dan orang yang lalu di hadapan 
mereka.

Firman Allah bermaksud: "Hai orang yang beriman, kalau datang kepada 
kamu orang jahat membawa berita, periksalah dengan saksama supaya kamu 
jangan sampai mencelakakan suatu kaum yang tidak diketahui, kemudian kamu 
menyesal di atas perbuatanmu itu." (Surah al-Hujurat, ayat 6)

Sabda Rasulullah saw seperti yang diriwayatkan oleh Al-Thabrani 
daripada Abu Hurairah bermaksud: "Yang paling dikasihi Allah antara kamu ialah 
mereka yang baik akhlaknya, merendah diri, suka pada orang dan disukai 
orang. Dan yang paling dimarahi Allah ialah mereka yang membawa fitnah, 
mencerai beraikan di antara sesama saudara dan mencaci orang yang tidak 
bersalah."


Imam al-Ghazali ada menyebut enam perkara yang mendorong seseorang itu 
mengumpat;

1. Ingin memuaskan hati disebabkan kemarahan yang memuncak hingga 
sanggup mendedahkan keaiban dan kesalahan orang lain. Jika kemarahan tidak 
dapat dikawal, ia boleh menimbulkan hasad dan
dendam;

2.Suka mendengar dan mengikuti perbualan orang yang menyerang peribadi 
dan kehormatan seseorang;

3.Mahu bersaing dan menonjolkan diri dengan menganggap orang lain bodoh 
dan rendah;

4..Disebabkan dengki, dia iri hati dengan orang lain yang lebih 
beruntung dan berjaya, seperti dinaikkan gaji dan pangkat;

5..Bergurau dan suka melawak untuk mencela dan mengatakan kelemahan dan 
kecacatan hingga mengaibkan orang lain; dan

6.Sikap suka mengejek dan mencela disebabkan rasa bongkak dan sombong 
kerana memandang rendah orang lain.

Sehubungan itu, Imam al-Ghazali menyarankan lima perkara untuk 
menghentikan sikap suka mengumpat, antaranya ialah;

#Harus sedar dan insaf mengumpat dan memburuk-burukkan orang lain itu 
berdosa besar;

#Sedar dan membetulkan kesalahan sendiri daripada menyalahkan orang; 
dan

#Hendaklah berasa malu apabila memperli kecacatan orang lain. Ini 
kerana mencela kecacatan fizikal seolah-olah mencerca Tuhan yang 
menciptakan.




‎"Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya"(Hadis Riwayat Muslim)


Sama2 kita hindari dan jauhi^^,

Wednesday, May 4, 2011 | By: sHamiLa...

Hari2 ku Bersama Ayu.....





HARI PERTAMA……

Suasana hening selepas kepulangan sanak saudara yang memeriahkan lagi majlis pernikahanku yang serba sederhana bersama pasanganku AYU…Ringkas namanya,comel,cerdik,baik,tulus,ramah… sungguh sempurna untukku...
terlihat dia sedang asyik bergurau senda bersama rakan-rakannya yang masih belum meniggalkan majlis, entah apa yang dicoletehkan, gembira nampaknya… sementara aku…hanya memerhatikan dari jauh sambil memungut pinggan- pinggan kotor yang bersepah di ruang utama majlis, ku teruskan langkahku untuk ke dapur rumah melakukan tugas-tugas kebiasaanku. satu persatu sanak snudara menghalangku untuk meneruskan membasuh pinggan mangkuk tersebut, itu kebiasaaan yang tidak menjadi apa-apa masalah untukku. “haa… bersusun-susun pinggan mangkuk..Alhamduillah.. semoga mereka yang makan makanan tadi sihat hendaknya….”doaku untuk tetamu-tetamu yang hadir ke majlis pentingku.. walaupun ini adalah majlis bahgia ku bersama Ayu, aku tidak sedikit  rasa kekok. Ayu menghampiriku… sedang aku asyik membasuh pinggan mangkuk, Ayu mengenggam tangganku.. “Abang..sudahla..biarlah orang lain basuh..Ayu tahu abang sangat.. rajin, sampai pinggan mangkuk pun abang nak basuh sorang2..tapi xboleh la macam ni sayang.. Ayu tahu..abang xmakan dari tadi kan?” aku tertunduk malu, wajahku bertukar kemerah-merahan. “kenapa muka abang merah.?..Ayu saja mengusikku, sedang dia tahu aku seorang yang pemalu, malah untuk pertama kalinya aku dipanggil “sayang” “err.. em baiklah..kita pergi makan sekarang”..sambil menahan malu..Ayu menarik tangan ku ke ruang makan.
sepinggan nasi yang penuh dengan lauk pauk terhidang di hadapan dengan sebuah sudu. setelah ku bacakan doa bersama, Ayu merata-rata nasi dengan lauk-pauk yang ada, tersenyum ku melihatnya.. “Ayu suap makanan ni.. abang makan dulu ya..” “eh..xpala..Ayu makan dulu,Ayu pun dari tadi xmakan lagi kan..” sebenarnay menutup malu yang bertambah-tambah. ni kan pula untuk pertama kalinya seorang wanita duduk dihadapan dan makan bersamaku.. terasa waktu itu hanya kami berdua shja..walhal… sanak saudara yg berada disitu tersenyum-senyum melihat gelagat kami berdua…

HARI KEDUA…

Pagi yang sungguh indah buatku dengan Ayu.. seperti biasa..aku yang tak boleh duduk diam ingin saja tangan ini membuat kerja..lalu aku ke dapur…
Sambil memikirkan apa yang hendak ku siapkan sarapan untuk Ayu… Ayu datang menghampiri.. “Abg buat apa tu?” “em..abg nak sediakan sarapan untuk Ayu, sebab Ayu kena sarapan awal, nanti gastric. kan?”Ayu tersenyum… “terima kasih abang..em..abang pandai masak?..Ayu mengujiku.. “masak? Alhamdulillah.. pandai masakan kampong saja Ayu.. itu pun ibu angkat abang yang ajar masak..” aku menjawab dengan nada suara yg rendah.. “wah…abang pandai masak..so selalunya abang masak apa?” teruja Ayu… “Abang selalu masak ayam kicap kampong..mungkin Ayu tak pernah makan masakan tu..” segan untuk ku mengatakannya..tapi biarlah aku jujur dalam setiap perkara.. walau terdapat jurang perbezaan ku bersama Ayu..
“macam sedap ja bunyinya abang..Ayu nak juga rasa..”sikap rendah diri ayu menyerlah.. Tiba-tiba.. Ayu membisikkan sesuatu.. “Abang.. Ayu tak pandai masak,kalau abang ajar Ayu masak boleh?”Gelajat manjanya mula kelihatan.. “boleh Ayu..apa salahnya.. abang faham keadaan Ayu..insyaALLAH nanti Ayu pandai juga masak sedap-sedap macam abang..” berguaru senda bersama Ayu.. dihari kedua selepas akad berlangsnug.. “Alhamdulillah..akhirnya ada juga orang yang sudi ajar Ayu masak. kalau macam tu kita pergi pasar beli bahan masakan boleh? riang suara Ayu.. “Boleh.. tapi Ayu kena sarapan dulu..”nasihatku untuk Ayu.. saling kenal-mengenal,faham-memahami antara satu sama lain..
setibanya di pasar, Ayu teruja melihat suasana pasar. kerna jarang sekali Ayu menjejakkan kaki, apatah lagi membeli belah. “Ayu nak beli halia la bang..”   “halia? Em.. ayu nak berapa?” “ayu nak 2 plastik?”.. tersenyumku melihat gelagat isteriku.. “ayu..halia xkira ikut plastic.. ayu nak berapa ikat halia?” tertunduk malu dicampur manja wajahnya “em..mana ayu tahu……malunya dengan abang..” “he… xpala ayu.. ayu kan sedang belajar sekarang..jom kita g beli..” aku memujuknya.
Setelah selesai membeli bahan-bahan yang diperlukan, kami berlalu pergi untuk pulang ke rumah, terlihat sebaris ikan-ikan yang di jual di pasar tersebut…
Aku sahaja ingin mengujinya pula.. “ayu..suka makan ikan yang digoreng kan? Ikan yg mana 1 tu?” sambil memberhentikan langkah.
Ayu berfikir sejenak.. “em.. itu… yang warna merah2 sikit…” dengan yakin ayu menjawab.. aku tertawa kecil… “ayu… itu ikan khas untuk dibakar sahaja… orang xgoreng ikan tu….”
Sekali lagi kelihatan wajah manjanya..  “em…abang saja ja… nak kenakan ayu…”
“he… dahla… ha..lain kali ingat ya.. yang itu ikan untuk dibakar shja..xleh goring tau..” ku megusiknya lagi.. “baik abang..em…”..
Sungguh riang hari yang dilalui sepanjang mengajar isteriku memasak bersama.
Banyak perkara baru dia belajar dengan ku… ku lihat dia seorang yang patuh..cepat memahami…. Ku mula menilai sikap2nya lebih dalam…. Ayu….

Pada malam harinya… keheningan angin membungkus diriku.. kelihatan ayu lena dalam tidurnya.. ku biarkan dia terus lena.. manakala aku terus membasahkan diri ku dengan wuduk, ingat berbicara bersama Cinta Agungku..
Ku hamparkan sejadah, bermunajat padaNya membuatkan ku lebih tenang..
Bermacam-macam yang ku luahkan PadaNya yang mengurniakan ku isteri pendampingku.. Bersyukur atas segala kurniaaNya… ku bermunajat sehingga tibalah waktu subuh.. selesai solat subuh..

Tiba2, ayu memanggilku… “Abang…..”
Aku merasa hairan.. risau mendengarkan suaranya..seperti lemah tidak terdaya….
“ayu kenapa…?” aku menghampirinya…
“ sejuk sangat….” Aku khuatir, rasanya ayu demam panas, ku hilangkan rasa malu dan seganku untuk menggenggam tangannya.. ternyata tekaan ku betul.. badannya terasa sangat panas.. “ayu… badan ayu ni panas sangat..ayu demam… abang ambilkan kain basah untuk letak kat dahi ayu ya…” ku mula gusar melihatnya….
“ayu xnak… ayu nak abang ada disisi ayu…” ha.. jantungku berdebar-debar…
Ya Allah.. aku masih tidak berani untuk menyentuhnya lagi.. ku luahkan lagi perasaan ku padaNya.. tapi ayu perlu aku disisinya… demi kasih saying untuk ayu..
“hm..baik ayu.. abang peluk ayu ya?” malu.. ku sungguh malu.. tapi melihat keadaan isteriku… air mata seperti ingin mengalir..
Perlahan-lahan ku dakap ayu… ayu masih menahan sakit kepalanya yang teramat… dingin terasa walau suhu badannya panas.. pertama kali untukku mendakap isteri… “smoga ayu sembuh cepat..lepas ni kita boleh main masak2 lagi..” ku bisikkan di telinga… ayu kelihatan tersenyum.. lalu terus memejamkan matanya..lena….
Aku juga lena dalam pelukan bersama ayu… ku tesedar selepas teringat yang aku harus menyediakannya sarapan agar dia boleh sembuh dengan cepat dan baik..
Ku pandang wajahnya…“ayu….  Bangun ayu… abang nak sediakan Ayu sarapan..” tanpa sedikit tindak balas dari ayu….
Aku semakin risau… “ayu… ayu dengar abang x? ayu..” sambil ke belai lembut rambutnya….
Tiba2 aku merasakan….
“ayu….. ayu jangan tinggalkan abang ayu…”
Ku periksa denyut nadinya… tiada terasanya… nikan lagi hembus nafasnya….
Terhenti…..
Ayu….. air mata desar mengalir di pipiku…. Ku panggil2 nama itu.. namun tiada sahutan…

Suasana sepi…. Ku keseorang lagi….
Ayu… gadis yang ku kenal dengan sifat rendah dirinya yang tinggi, walaupun seorang anak bangsawan, berkelulusan tinggi,dikenali ramai dengan ketulusan hatinya… dan aku hanya seorang penjaga anak yatim.. dan aku juga salah satu dari mereka…di mana tempat ayu sering berkunjung untuk bersama-sama anak2 yatim yang lain.. aku sering melihatnya bermain riang bersama anak2 yatim, sementara dia sering memerhatikan ku ketika ku mengajar saudara2 ku kalam Allah..
Wajahku tidak seberapa jika dibandingkan dengan lelaki lain.. mungkin sikapku yang perihatin pada kanak2 menarik perhatiannya…
Ku teringat sewaktu rombongan pinangannya datang ke rumah anak2 yatim.. aku bagai orang yg hilang arah… terkejut, malu,gembira… kenangan terindah buatku… dari mu ayu….
Ku rindu saat2 bersama ayu.. walau hanya 2 hari bersamanya…. Banyak kenangan manis….
Halia… rupa2nya ubat terpenting utk ayu… ku tersenyum sendiri mengenangkan tika itu….
Rindu bertandang….
Ayu…. Ku damba ksih sygmu… aku dahagakan kasih syg… sejak ku kecil hingga dewasa ku kekurangan kasih seorang ibu dan ayah.. kini ku inginkan kasih syg darimu.. senyumnya bermain difikiranku….xsempat kata2 ini ku luahkan bersama ayu….. namun Allah lebih menyayangimu ayu…. Semoga kau damai di sana…. Doa ku untukmu…
Ya Allah… jika rindu ini boleh dibuktikan dengan nilai… mungkin xkan terbeli kerna tinggi harganya..
Jika rindu ini dapat ditimbang, xkan termampu.. kerna beratnya xterkira..
Jika rindu ini diukur dengan panjang..xkn tersukat kerna juah panjangnya…
Dan jika rindu ini diukur dengan segala2nya…maka kesempurnaa adalah milikMu ya Allah..
Sampaikan lah salam dan rindu ini hamba pada isteri tercintaku.. ayu….
Semoga berada dibawah rahmatNya..
Jadikan dia bidadari syurga FirdausMu…
Ya Rabbana…. Sesunggunya hanya Engaku tempat ku mengadu….
Ayu.. tunggu ku dipintu syurga….

 DONT TRY THIS AT HOME^^ ALLOWED ONLY FOR WHO ALREADY GET MARRIED

P/s: rekaan semata-mata.. bukan xda kerja... ada tapi luang masa juga untuk menulis walau xpandai... bahawa pentingnya cinta selepas nikah.. segala2nya.. indah.. ^^, 

Monday, May 2, 2011 | By: sHamiLa...

Desginer FAShion/GayA/TrenD..


FAShion/GayA/TrenD..

Dakwah Dengan Fesyen



Banyak cara yang boleh dilakukan umat Islam untuk mendakwahkan Islam. Sebagai pereka fesyen, Melih Kesmen melakukannya melalui baju-baju rekaannya yang kini menjadi trend, bukan cuma di kalangan anak muda tapi juga orang-orang dewasa di Jerman.


Melalui gaun dan jaket kasual rekaannya, Kesmen ingin mengatakan pada dunia bahawa Islam sepadan dengan nilai-nilai yang berlaku di Barat dalam hal toleransi dan kebebasan berfesyen. Islam juga mampu lebih trendy dan moden sesuai perkembangan zaman. Di gaun dan jaket buatannya, Kesmen mencantumkan tulisan-tulisan yang mempromosikan Islam, contohnya "Hijab. My right. My choice. My life" atau "Terrorism has no religion".


Kesmen, Muslim Jerman berketurunan Turki ini mencuba idea kreatifnya pada tahun 2006, saat dimana ramainya umat Islam melakukan protes di seluruh Eropah terhadap surat khabar Denmark yang menyiarkan kartun-kartun yang menghina Rasulullah Saw. Kesmen merasa muak dengan stereotaip dan sikap anti-Muslim yang muncul bersamaan dengan maraknya aksi protes itu. Ia kemudian mendapat idea untuk mengungkapkan perasaannya itu melalui rekaan fesyen yang dibuatnya.


"Pertama, saya membuat baju panas untuk saya sendiri dengan mencantumkan slogan 'I love My Prophet' di baju itu untuk menunjukkan diri saya sebagai seorang Muslim yang memiliki sikap toleransi dan mencintai perdamaian," ungkap Kesmen yang berusia 34 tahun.


Tanpa diduga, baju panas yang dipakainya menarik perhatian ramai orang. Ketika dia sedang berjalan di luar dan mengenakan baju panasnya itu, orang selalu menghentikan langkahnya dan bertanya dimana ia membeli baju tersebut. Kesmen lalu menyedari ada peluang pasaran dakwah yang boleh dia manfaatkan. Bersama isterinya, Yeliz, Kesmen membuat baju-baju kasual dengan menyematkan tema-tema Islamik.

..::The Journey::..



Melih Kesmen 









MEnaRIKKAN? so siaApa2 Yg MInat n teringin nak JADI MCm 


Melih Kesmen 
boleh JA..
KEna ada usaha lA ya...
INSYAALLAH...^^