Monday, March 21, 2011 | By: sHamiLa...

Perpisahan.dan..Pertemuan...

Bila Waktu Tlah Berakhir

Artist: Opick
Bagaimana kau merasa bangga
Akan dunia yang sementara
Bagaimanakah bila semua hilang dan pergi
Meninggalkan dirimu
Bagaimanakah bila saatnya
Waktu terhenti tak kau sadari
Masikah ada jalan bagimu untuk kembali
Mengulangkan masa lalu

Dunia dipenuhi dengan hiasan
Semua dan segala yang ada akan
Kembali padaNya               
Bila waktu tlah memanggil
Teman sejati hanyalah amal
Bila waktu telah terhenti
Teman sejati tingallah sepi   
Ya Allah... hanya engkau mengetahui.. adakah esok utk ku... yang ku pasti.. perpisahan dan pertemuan.. pasti kan terjadi...
Tuesday, March 15, 2011 | By: sHamiLa...

Bicara Hati....

Dingin bertiup angin pagi...
menyusuri lembut...
membawa daun2 yg gugur..
Jauh......

Jauh....
renunganku.... kosong...
hatta terpukau melihat keindahan ciptaanMu..



Kuhirup segar bayu...
Tingginya rasa syukur padaMu..
Ya Rabbana... Alhamdulillah...
Masih Kau beriku peluang dan ruang...
dalam segenap nikmatMu...

perlahan-lahan...demi pergerakan...
kupejamkan mata...
Satu persatu....
Wajah2 kesayangan dan kerinduaan..
hadir... dalam rentas fikiran...

Ibu....
Ayah...
Abang...
Kakak....
Ijam.....

Bersilihganti raut wajah....
Terkadang ku senyum...
namun....Pedih...                              
menahan rindu....
Ahh....ku tahan titis air mata...

Ibu.....
7bulan... kau bawa ku kesana sini....
Malah... ku tak keseorang...
ku berteman... kami seiras..
dia hadir terdahulu dariku...
tika itu....
kau tersiksa... melihatku kelemahan...
ditusuk jarum2 sekitar tubuh...
siang malam tidur mu..
kau korbankan....
ibu...
lenguh tangan kananmu.. tangan kiri pula kau hanyunkan..
bahkan..
semua wang yang ada..
kau habiskan untuk ku..
manakan tidak...
semuanya perlu dikongsi..
kerna ku berteman...
begitulah rutin harianmu....
perit manis di lalui bersama...
walau dinegeri asing tanpa sanak saudara...

Ayah...
kewibawaanmu mendorongku...
kepayahanmu... penat lelahmu....
mengajarku... tnpa kau sedar...
tiba saat..ku teringat....
sewaktu ketika dulu...
kau sedih....kecewa...
melihat..anakmu ini....
meraung-raung meminta-minta...
ais krim yg cuma berharga 20sen...
kau tak mampu memberiku...
kau tdk mmpunyai sesen pun tika itu..
disitu..kau tanamkan tekad...
ku tersenyum lagi...
terimbaw masa lalu...
kau membawa ku..dgn kembar seiras ku..
bersiar2...
dengan basikal tua....
kerna keasyikan suka riangmu kau tidak sedar...
kembarku jatuh dari bakul belakang..
disebabkan keuzuran basikal itu...
kembarku hanya terdiam...
mungkin teruja...
melihat ayahnya..
dengan penuh semangat..
mengayuh basikal tua...
ku terpaku....
tersentuh hatiku...
tanpaku sangka...
dari ketegasanmu rupanya terselit kelembutanmu...
berjujuran air mata menitis..
tika melihat sepohon doa yang kau tulis..
utkku dan kembarku...

ku tinggalkan ibu dan ayah....
jauh.....
berjuta saat kuhilang...
menatap kerut2 diwajahmu...
meninggalkan beribu makna bagiku...                     

ahh..ku tewas lagi...
air mata mngalir deras....
Ya Allah.. tabahkan ku..
ajarkan ku erti pengorbanan sebenar..
agar ku hidup bersama keredhaanMU....

ku redakan hati....
kelihatan lagi.... kelibat wajah itu....
Abang.....

bersambung.... =p

Monday, March 7, 2011 | By: sHamiLa...

Siapakah Yang Selamat (Dari Azab Allah) Akibat Perlantikan dirinya Sebagai Amir / Pemimpin?

Dikeluarkan oleh At-Tabrani daripada Abu Wail Shaqiq bin Salamah sesungguhnya Umar bin Al-Khattab r.a telah melantik Bashar bin Asim r.a untuk memungut zakat penduduk Hawazin. Bashar telah melewat-lewatkan pemergiannya lalu beliau telah ditemui oleh Umar r.a. Umar r.a telah bertanya kepadanya: “Apakah yang menyebabkan kamu terlambat? Adakah kamu tidak mendengar dan taat kepada arahan kami?” Bashar berkata: “Tidak, melainkan aku telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Barangsiapa yang menjadi ketua bagi sesuatu urusan ke atas kaum muslimin, maka dia akan datang pada hari kiamat sehingga dia akan berdiri di atas sebuah jambatan neraka. Jika beliau telah melakukan kebaikan, dia akan selamat. Jika telah melakukan kejahatan, jambatan itu runtuh lalu beliau terjatuh ke dalam api neraka tersebut selama tujuh puluh tahun.”




Abu Zar r.a. telah berkata kepada Umar bin Al-Khattab r.a.:Adakah kamu mendengar sesuatu daripada Rasulullah s.a.w.?” Umar r.a. pun menjawab: “Tidak.” Abu Zar r.a. berkata: “ Sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Barangsiapa yang bertanggungjawab ke atas urusan kaum muslimin, beliau akan datang pada hari kiamat sehingga dia akan berdiri di atas sebuah jambatan neraka. Jika beliau melakukan kebaikan dalam pentadbirannya, dia akan selamat. Jika sebaliknya, jambatan itu akan roboh dan beliau akan terhumban ke dalam neraka itu selama tujuh puluh tahun dan neraka itu amat gelap dan hitam.” Maka hadis yang mana satukah lebih menggetarkan hatimu?” Umar r.a. menjawab: “Kedua-duanya. Oleh itu adakah sesiapa yang mahu mengambil jawatan khalifah ini?’ Abu Zar r.a. pun berkata: “Hanya orang yang hidungnya telah terpotong dan pipinya telah dilekapkan di atas tanah yang akan mengambil alih jawatan ini. Adapun aku tidak mengetahui melainkan jawatan khalifah ini baik untuk kamu. Kerana jika kamu memberikan jawatan khalifah ini kepada seseorang yang tidak berlaku adil, kamu juga akan berkongsi dosa dengannya.”




Sebagaimana dalam At-Targhib. Dikeluarkan juga oleh Abdul Razak, Abu Nu’aim, Abu Sa’ed An- Naqoshi, Al-Baghowi dan Ad-DarulQutni dari galur Sawid sebagaimana dalam Al-Kanz. Dikeluarkan oleh Ibnu Abi Syaibah dan Ibnu Mundah dari selain galur sawid sebagaimana dalam Al-Isobah.






Sumber: As-Sheikh Muhammad Yusof Al-Kandahlawi. 1994. Hayatus Sahabah (Kehidupan Para Sahabat Rasulullah S.A.W jilid 4). Kuala Lumpur : Darul Nu’man, m.s 149-150, http://www.arabmykrk.com/artikel/siapakah-yang-selamat-dari-azab-allah-akibat-perlantikan-dirinya-sebagai-amir-pemimpin.html

BuatMu....

Salam buat mereka yang nun jauh di seberang sana.....
terutama Ayah,mama,kaka,ijam,ajin,botak,org2 tawau, org2 KM, mak cik2,atok,nenek,abg2 spupu,kaka sepupu,Geng2 kmpg ranau,babu2,jiran di kilang kayu, restoran, shbt2, adik2, anak2 buah, anak angkat dan the speacial one... shams... he...






Dari hujung kaki hngga hujung rambut... saya,:adik,kila,syakila,mak lang,bini boboy =p
memohon maaf..... sebab xdapat nak msj, or kol gan kerap sejak2 akhir ni n masa akan datang.... 


walau macam mna pun... u all semua tetap dalam hati bah juga... he


utk adik2, mgkn kaka nda dapat balik lama nanti... nda dapat la kita begambar2 lagi...T T


utk shbt2 yg disayangi terutama yg rajin msj banyk2 tu smpai fon memory full..he  trma ksh bnyk2.... rndu sgt gn semua... kdg2 mau ngis ingat kenangan kita... jgn olok adik blur2 lagi ar... he harap2 dapat jumpa nnti kan..


adik harap semuanya sihat dan semoga dalam lindunganNya.. serta dijauhkan dari prkara2 yg tidak baik.... =)


insyaALLAH....  Kalau ada manuk dihidang, boleh kita mangan2 lgi, kalau ada umur yg pnjg, blh kita setemu lagi.... ^^,


khas buat shbt...


selngkah ke alam perjuangan bererti selamanya dalam kepahitan...
biarlah menangis,terluka,kecewa dan ditinggalkan..


semua itu lebih baik daripada mati terkambus tanpa mujahadah..
kita tak sanggup selamanya terluka, tapi ingat lah...


tiap titisan darah dari luka dan air mata, 
itulah mahar kita ke syurga.


bila ditanya mengapa berjuang itu pahit,
jawablah.. kerna syurga itu manis dan indah...^^,


msj dari shbt MPM


Hope my sister getting well soon...