Monday, February 28, 2011 | By: sHamiLa...

Jangan Putus Asa Dengan Berdoa...

Alangkah ramai manusia yang bermohon kepada  Tuhan supaya dimakbulkan segala yang diinginkan, namun tidak jua dimakbulkan. Kemudian manusia mengeluh dan bersangka buruk kepada Tuhan, lantas putus asa mencari keredhaan-Nya. Itulah hakikat manusia saban hari.
"berdoalah kepadaKu, dan berimanlah agar kamu memperoleh kebenaran."
(surah Al-Baqarah:186)

Kita tidak berdoa pun Allah sudah sedia mengetahui segala isi hati manusia.
"dan Allah mengetahui apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu lahirkan."
(surah An-Nahl:19)

Jadi, mengapa masih perlu berdoa?
Berdoa sebagai tanda pengabdian diri kita sebagai hamba yang hina lagi dhaif kepada Allah, tidak ada tempat bergantung selainNya.
"cukuplah DIA sebagai tempat manusia bergantung harap dan tawakal."
(surah At-Taubah:129)

Tapi, mengapa masih tak termakbul juga doa?
Pandanglah diri sendiri, adakah kita lebih mencintai Allah daripada kesenangan duniawi? Cepat atau lambat dimakbulkan itu urusan Ilahi, kerana Dia Maha Mengetahui perkara yang terbaik bagi setiap makhluk ciptaan-Nya.
" dan apabila manusia ditimpa bahaya, Dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu daripadanya, Dia (kembali) melalui (jalannya yang sesat), seolah-olah Dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. Begitulah orang-orang yang melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan."
(surah Yunus:12)

Sekiranya kita tidak dapat perkara yang  dihajati, bersyukurlah dengan kondisi diri dinihari. Semakin dekat kita kepada Allah, semakin hebat dugaan. Itu membuktikan Allah sangat kasih kepada sekalian hamba-Nya, agar kita benar-benar ikhlas dalam mencari keredhaan-Nya serta tidak termasuk di dalam golongan yang lalai dan terbiar diabaikan.

Manusia yang diuji sedemikian rupa akan merasa manisnya iman, seolah-olah syurga sudah tersedia di hadapan mata, tapi ingatlah firman Allah dalam (surah Al-Baqarah:214) yang bermaksud:
"Ataukah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (dugaan) seperti (yang dialami) orang-orang yang terdahulu sebelum kamu. Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan dan digoncang (dengan berbagai cubaan), sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya berkata, "Bilakah datangnya pertolongan Allah?". Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat."


Sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, benarlah doa itu senjata orang-orang mukmin. Yakinlah dengan sepenuh hati. Dunia bukan syurga yang dicari, nikmat kesenangan dunia hanya setitis air di lautan sahaja.
- Artikel iluvislam.com

Kasihnya ALLAH pada wanita....

"Keistimewaan yang Tuhan berikan kepada wanita terlalu banyaknya". "Kasihnya Tuhan kepada wanita!" Itulah kata-kata yang paling mudah digunakan untuk menggambarkan 'layanan' istimewa terhadap wanita dalam Islam. Sesungguhnya, tidak akan ada mana-mana ajaran, ideologi, isme atau agama lain yang dapat melayan wanita dengan sebegitu baik sepertimana Islam melayan wanitanya. Malah, kalau bergabung pun kesemua wanita yang cerdik pandai, berharta dan berkuasa di seluruh dunia ini untuk menambah hak dan pengiktirafan buat mereka, mereka pasti tidak akan mencapai taraf kemuliaan serta layanan baik yang Allah SWT tawarkan buat seorang wanita di dalam Islam.


i) Gelaran bagi `isteri' di dalam Al Quran

Perkataan yang Allah SWT gunakan di dalam Al Quran untuk menunjukkan suami atau isteri adalah perkataan yang sama, sedangkan dalam bahasa- bahasa lain, perkataan untuk suami dan perkataan untuk isteri menggunakan dua perkataan yang berbeza. Misalnya, dalam bahasa Inggeris, perkataan untuk suami ialah `husband' manakala perkataan untuk isteri ialah `wife'. Sementara dalam bahasa Perancis pula, perkataan untuk suami ialah `mari' manakala perkataan `femme' untuk isteri.

Tetapi di dalam Al Quran, suami dan isteri tidak disebut dua perkataan yang berbeza `zaujuh' dan `zaujati'. Hanya satu perkataan yang digunakan untuk kedua-duanya iaitu `zaujuh' yang bermakna `pasangan'. Islam melihat suami dan isteri adalah pasangan, penutup dan juga pelindung buat yang lain. Mereka dilihat sebagai sepasang, bukan berasingan. Sudah tentulah ini bermakna yang kaum lelaki di dalam Islam tidak dianggap lebih mulia daripada kaum wanitanya. Apabila kita mengatakan sepasang kaca mata, sepasang stokin atau sepasang baju, tentulah kita menganggap mereka setara dan tidak dapat dipisahkan di antara satu sama lain. Dan sudah tentulah kita tidak menganggap yang stokin kanan lebih hebat daripada stokin kiri atau kaca mata kanan lebih baik daripada kaca mata kiri. Begitulah tamsilannya sepasang suami isteri di dalam Islam seperti yang tercatat di dalam Al Quran.

Namun, gelaran zaujuh ini hanya diberikan kepada isteri yang sama beriman. Bagi isteri yang tidak beriman, mereka tidak disebut zaujuh. Contohnya, isteri Nabi Lut dan isteri Nabi Nuh. Di dalam Al Quran, mereka disebut 'imraah', kerana isteri sebegini tidak dianggap pelengkap, pelindung atau penutup kepada suaminya. 

Bertuahnya bergelar wanita.... 

yang seterusnya......


bersambung........................
Sunday, February 27, 2011 | By: sHamiLa...

Bahaya Tidur Selepas Subuh

Kita telah ketahui bersama bahawa waktu pagi adalah waktu yang penuh barakah dan di antara waktu yang kita diperintahkan untuk memanfaatkannya. Akan tetapi, pada kenyataannya kita banyak melihat orang-orang melalaikan waktu yang mulia ini. Waktu yang seharusnya dipergunakan untuk bekerja, melakukan ketaatan dan beribadah, ternyata dipergunakaan untuk tidur dan bermalas-malasan.

Saudaraku, ingatlah bahawa orang-orang soleh terdahulu sangat membenci tidur pagi. Kita dapat melihat ini dari penuturan Ibnul Qayyim ketika menjelaskan masalah banyak tidur bahawa banyak tidur dapat mematikan hati dan membuat badan merasa malas serta membuang-buang waktu. Beliau rahimahullah mengatakan,

“Banyak tidur dapat mengakibatkan lalai dan malas-malasan. Banyak tidur ada yang termasuk dilarang dan ada pula yang dapat menimbulkan bahaya bagi badan.

Waktu tidur yang paling bermanfaat yaitu :

1. Tidur ketika perlu tidur.
2. Tidur di awal malam – ini lebih manfaat daripada tidur lewat malam
3. Tidur di pertengahan siang –ini lebih bermanfaat daripada tidur di waktu pagi dan petang. Apatah lagi pada waktu pagi dan petang sangat kurang manfaatnya bahkan lebih banyak bahaya yang ditimbulkan, lebih-lebih lagi tidur di waktu Asar dan awal pagi kecuali jika memang tidak tidur semalaman.

Menurut para salaf, tidur yang terlarang adalah tidur ketika selesai solat subuh hingga matahari terbit. Kerana pada waktu tersebut adalah waktu untuk menuai ghonimah (pahala yang berlimpah). Mengisi waktu tersebut adalah keutamaan yang sangat besar, menurut orang-orang soleh. Sehingga apabila mereka melakukan perjalanan semalam suntuk, mereka tidak mahu tidur di waktu tersebut hingga terbit matahari. Mereka melakukan demikian kerana waktu pagi adalah waktu terbukanya pintu rezeki dan datangnya barokah (banyak kebaikan).” (Madarijus Salikin, 1/459, Maktabah Syamilah)

BAHAYA TIDUR PAGI


[Pertama] Tidak sesuai dengan petunjuk Al Qur'an dan As Sunnah.

[Kedua] Bukan termasuk akhlak dan kebiasaan para salafush soleh (generasi terbaik umat ini), bahkan merupakan perbuatan yang dibenci.

[Ketiga] Tidak mendapatkan barokah di dalam waktu dan amalannya.

[Keempat] Menyebabkan malas dan tidak bersemangat di sisa harinya.

Maksud dari hal ini dapat dilihat dari perkataan Ibnul Qayyim. Beliau rahimahullah berkata, "Pagi hari bagi seseorang itu seperti waktu muda dan akhir harinya seperti waktu tuanya." (Miftah Daris Sa'adah, 2/216). Amalan seseorang di waktu muda berpengaruh terhadap amalannya di waktu tua. Jadi jika seseorang di awal pagi sudah malas-malasan dengan sering tidur, maka di petang harinya dia juga akan malas-malasan pula.

[Kelima] Menghambat datangnya rezeki.

Ibnul Qayyim berkata, "Empat hal yang menghambat datangnya rezeki adalah [1] tidur di waktu pagi, [2] sedikit solat, [3] malas-malasan dan [4] berkhianat." (Zaadul Ma’ad, 4/378)

[Keenam] Menyebabkan berbagai penyakit badan, di antaranya adalah melemahkan syahwat. (Zaadul Ma’ad, 4/222) 


http://uniqueummah.blogspot.com
Friday, February 25, 2011 | By: sHamiLa...

Golongan yang disukai oleh Allah swt..

Izinkan saya berkongsi lapan jenis mereka yang disukai oleh Allah swt:



1.Al-Muhsinun-golongan yang baik-baik

"Kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang suka berbuat kebaikan"-Al-Baqarah:195

2.At-tawwabun-golongan yang suka bertaubat

"Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertaubat kepada-Nya"-Al-Baqarah 222

3.Al-Mutatahhirun-golongan yang suka menyucikan diri kepada Allah

"Dan mengasihi orang-orang yang sentiasa menyucikan diri"-Al-Baqarah 222

4.Al-Muttaqun-golongan orang-orang yang bertaqwa

"Maka sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertaqwa"-Ali-Imran :76

5.Al-Sobirun-golongan orang-orang yang sabar

"Dan Allah sentiasa mengasihi orang-orang yang sabar"-Ali-Imran :146

6.Al-Mutawakkilun-golongan yang hanya berserah diri kepada Allah

"Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertawakal kepada-Nya"-

7.Al-Muqsitun-golongan yang berlaku adil

"Kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil"-Al-Maidah:42

8.Al-Muqatilun fi Sabilillah-golongan yang berjihad kepada jalan Allah

"Sesunggunya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agama-Nya,dalam barisan yang beratur rapi,seolah-lah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh"-As-Saff:4

Nota:Senarai diatas dipetik dari Buku Inspirasi Menuju Jalan Sempurna oleh Muhannad Ibrahim Salim.Terjemahan oleh Ustaz Zainudin Hashim

SEMOGA KITA TERGOLONG DALAM HAMBANYA YANG DISUKAI.. INSYAALLAH... =)


Wednesday, February 23, 2011 | By: sHamiLa...

RESEPI WANITA SYURGA..

Sememangnya mudah untuk kaum wanita untuk masuk syurga. Tidak perlu untuk terlalu bersusah payah kerana hanya empat resepi yang perlu dilakukan sebaiknya, sebagaimana dalam sebuah hadis Nabi menyatakan: 

Daripada Anas, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Apabila seorang perempuan mendirikan solat lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai." (Hadis Riwayat Ahmad)


 Jelaslah, 4 resepi ini adalah bukan sukar untuk dilaksanakan. Pertama, menjaga solat lima waktu dengan tidak sengaja meninggalkannya atau lalai dalam mengerjakannya. Kedua, berpuasa di bulan Ramadhan, dan ditambah lagi dengan puasa-puasa sunat yang dilakukan dengan ikhlas kerana Allah SWT. Ketiga, menjaga kehormatan diri. Dan keempat, taat kepada suami.



 RESEPI PERTAMA: Solat Lima Waktu

Solat merupakan perkara paling penting dalam menentukan seseorang itu calon syurga atau neraka. Dan solat juga merupakan perkara pertama yang akan disoal Allah SWT di akhirat kelak. Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda: 

"Sesungguhnya perkara yang pertama sekali dikira dari amalan hamba di hari kiamat ialah solat; sekiranya solat itu sempurna, maka beruntung dan berjayalah dia, dan sekiranya ia rosak, maka kecewa dan rugilah dia, kalau kewajipan fardhu masih kurang, Allah berfirman: Lihatlah adakah amalan-amalan sunat untuk menyempurnakan kekurangan tersebut. Demikianlah seterusnya dengan amalan yang lain" (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Apabila seseorang wanita dapat menjaga solatnya, maka telah luluslah dalam merencanakan resepi yang pertama ini.


RESEPI KEDUA: Berpuasa Di Bulan Ramadhan

Selain dari menjaga solat, berpuasa di bulan ramadhan juga merupakan langkah terbaik bagi menuju syurga Allah SWT. Memang tidak dinafikan, kemungkinan wanita untuk berpuasa penuh adalah agak sukar, namun tekad dan usaha untuk melaksanakan perintah Allah ini dengan penuh ketaatan, adalah lebih baik. 

Apabila tertunainya amanah ini, semakin mudahlah untuk wanita bagi memilih sebarang pintu syurga yang ingin dimasukinya.




RESEPI KETIGA: Menjaga Kehormatan Diri


Menjaga kehormatan diri adalah termasuklah mempunyai sifat malu dalam diri. Apabila suami tiada di rumah, isteri tidak boleh mengajak lelaki lain untuk masuk ke rumah tanpa suaminya. Selain itu, isteri tidak boleh mengucapkan sesuatu yang tidak baik, bahkan yang kurang sopan di hadapan suaminya. 

Apabila sifat malu dan sopan ini tidak ada dalam diri, maka akan akan hilanglah keimanan di dalam diri, secara tidak langsung gugurlah satu syarat untuk memilih pintu-pintu syurga Allah tersebut. Sebuah hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menyatakan bahawa: 

"Sesungguhnya sopan santun dan keimanan adalah saling berkaitan, jika salah satunya dikeluarkan, yang satu lagi juga akan hilang serentak." (Hadis Riwayat Baihaqi)


RESEPI KEEMPAT: Taat Kepada Suami



Setelah selesai menunaikan hak-hak kepada Allah, hak kepada suami juga tidak boleh diabaikan dan diambil mudah. Ini adalah tanggungjawab isteri yang perlu dilaksanakan dengan sempurna. Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam Bazzar Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: 


"Kamu sampaikan kepada perempuan yang kamu jumpa, bahawa taat kepada suami, dan mengakui hak-hak suami, sama pahalanya dengan berperang dan bertempur dengan musuh-musuh Islam di medan pertempuran, tetapi sedikit sangat daripada isteri-isteri yang menyempurnakan hak-hak suami mereka." (Hadis riwayat Al Imam Bazzar)

Dengan sikap inilah akan melahirkan suasana bahagia bersama suami dan anak-anak. Isteri yang taat kepada suami adalah lebih mudah untuk menjadi contoh ikutan buat anak-anak kerana isteri merupakan pusat rujukan dan contoh utama selain suami untuk diikuti oleh anak-anak. Isteri perlulah mempunyai kesabaran dan ketabahan yang tinggi dalam mengharungi liku-liku kehidupan berumah tangga. 



JANGAN JADI WANITA YANG RUGI


Lihatlah betapa besarnya ganjaran yang diberikan Allah kepada kaum wanita, hanya dengan menunaikan beberapa perkara, Allah SWT memberi peluang kepada wanita untuk memilih mana satu pintu-pintu syurga pilihannya. Dan yang paling penting, niat semestinya perlu tulus ikhlas, semata-mata bagi mencari redha Allah SWT.

Jangan menjadi golongan yang rugi, yang tidak mengambil iktibar dari peringatan Allah ini. Sesungguhnya Allah telah membuka rahmatNya seluas-luasnya kepada kita, hanya kita yang perlu mencari dan mensyukuri nikmatNya. Elaklah diri para wanita dari menjadi menjadi celaan Allah SWT di akhirat kelak, seperti yang diriwayatkan oleh Saidina Abu Bakar RA, bahawa Rasullullah SAW pernah bersabda: 


"Seorang wanita yang menyakiti hati suami dengan lidahnya, dia mendatangkan celaan dan kemurkaan Allah, para malaikat dan umat manusia." 

 Selain itu, Saidina Ali Radhiallahu Anhu meriwayatkan sebuah hadis mengenai setiap isteri yang tidak menghormati status suaminya. 
"Wanita yang berkata kepada suaminya yang tidak melihat apa-apa kebaikan pada suaminya, Allah menghapuskan segala perbuatan baiknya selama 70 tahun, walaupun dia berpuasa selama itu siang hari dan bersembahyang pada malamnya." (Hadis Riwayat Imam Majah dan An-Nasai)

 Wallahua’alam…

Sekadar Perkongsian…
maktabah-ilmu.blogspot.com  



AYUH KAUM HAWA..... JANGAN KITA MERUGIKAN DIRI KITA SENDIRI.. KELAK BINASALAH KITA...
TEGUHKAN HATIMU... JANGAN MUDAH MENGALAH.. SEBERAT MANA UJIANMU.. HIDUP MESTI DITERUSKAN....
PASTIKAN CINTA ALLAH... CINTA TERTINGGI DI HATIMU...^^, BAHGIALAH SENATIASA.. KERNA DIA ADA DISISI...
Thursday, February 17, 2011 | By: sHamiLa...

Penamaan Calon PRK MPP UMP


SAYA MERANCANG...
ALLAH JUGA MERANCANG..
SESUNGGUHNYA DIA SEBAIK2 PERANCANG...

Bismillahhirahmannirahim...

Melati kuntum tumbuh melata,
Sayang merbah di pohon cemara;
Assalammualaikum mulanya kata,
Saya hulur setulus bicara..

SELAMAT PAGI SEMUA WARGA DUNIA....

Untuk pertama kalinya saya memperkenal kan diri saya yg sebenarnya melalui perantaran dunia d hujung jari.....
dimana selama ni hnya d kenali Basirah Mawadah di medium sosial = FB...

STUDENT FACILITIES.. IS MY AIM!!! 

itulah perkataan yg hadir dari kotak pemikiran saya.... sempena KEMPEN PEMILIHAN MPP UMP

Dimana sy bertanding untuk fakulti kejuruteraan Elektrk dan Elektronik(FKEE)

SECARA RINGKAS TNTG SAYA....

Nama di beri.. Nur syakila Bt Jamal..
berasal dari kotamarudu, sabah..
berbangsa melayu...(sebab dilahirkan di perlis)
tetapi saya sebenarnya berbangsa bajau+bugis... (msti pelikkan?)
tp ramai yg judge sy.. berbangsa dusun... apa2 je la =)
saya mempunyai pasangan kembar yg sgt agresif Orgnya... Nursyasira Jamal
dimana, dia seorang NYDP di kolej tempatnya menuntut ilmu..
saya pelajar tahun 2 Dip EE..
sekarang menetap di pekan.. kdg2 loloskan diri ke gmbg (dsebabkn hal2 tertentu).
sebelum ni.. saya dilihat sorang yang...........................to be continue..

nak tahu lebih lanjut???
sila hadirkan diri anda,ke kampus pekan.. pd malam ni..... =p

sekian terima kasih....






BAS LAMBAT?? VS STUDENT LAMBAT??

Selama setahun pengalaman naik turun bas ni… n hampir kena hempap lampu dalam bas tu, sebab kecanggihan teknologi yg begitu tinggi… yg sy perasan la kan… bas lambat utk ambil student dlm 5, 6 kali ja…em.. bnyk x tu?
Tp.. kalau student yg lmbt… mybe in daily kot..he
Ok.. tenang2…cuba lihat situasi ni..


Di satu pagi yg redup di bungkus kesejukan subuh yg masih belum hilang disebab kan mndi terlalu lama…
Ada sorg budak ni.. berjalan dgn laju menuju ke destinasinya yg di lihat masih jauh lagi.. di sebabkan bas menunggu sebelahan msjd, sedangkn dia duduk d C1, kena melalui beberapa C lain…
Dalam anggarannya.. bas tersebut Cuma memerlukan 2 or 3 org lagi utk penuh.. ok..
Tiba2…
3 org budak cina yg turun dari C15, jalan terpusu2 juga.. dan mendahului nya.. “OHHH… IM late…” sight budak tu…
Jam di tgn menunjukkn tepat 7.30, kelas yg patut di hadirinya 8.30.. then dia pun naik la bas yg seterusnya.. yg dok parking kat situ tu… maknanya..dia ni org 1st la yg naik bas tu.. dan… dia terpaksa menunggu sekurang2nya hmpr setengah jam shingga bas tu penuh…
Ha.. di sini la keluh dn kesah mula terpancar di wajahnya…
Jd sekarang ni salah siapa?? =p

MANAGE YOUR TIME CORRECTLY... =) 

GALERIKU

FOTO2


no talent as much other people.. but try to that way....
gmbr2 kt sini, separuh ja ya.. kalau nak tgk sepenuhnya.. KLIK ja link yg diberi...^^

UKHWAH Fillah..







MELIHAT KEINDAHAN ALAM..








UMP






WALLPAPER ISLAMIC 










Tuesday, February 8, 2011 | By: sHamiLa...

Nota2 CINTA...


Andainya dapatku menulis
Nota-nota cinta buat diri-Nya
Ingin ku titipkan bersama
Semua kuntuman bunga
Yang indah berseri

Ku sembur haruman mewangi
Bersama kata-kata puji
Sedang Dia tahu kasih dan cintanya aku
Menjalin ikatan menuju ke Syurga

Cintaku kepada Dia
Rinduku hanya pada-Nya
Kasihku tulus buat-Nya
Setiaku balas kasih-Nya
Kasihku kasih yang setia
Pada yang punya

Dambaku pada Yang Esa
Pujian hanya buat-nya
Akurku kebesaran-Nya
Teragung Maha Suci-Nya
Taatku hamba yang hina
Pada Pencipta