Friday, January 28, 2011 | By: sHamiLa...

BISIKAN MU…

“Agghhhh……” 1 jeritan kuat yg datang dari diriku sendiri…
Ya Allah.. apa yg terjadi ni… saat ku celikkan mataku.. ku lihat  tangan ku penuh dgn darah yg mgalir… air laut yang menyisip di luka2, menambah kesakitan ku… ku cuba untuk bangun dari batu2 pantai yang tajam menusuk2 tubuh..

Kenapa dgn aku ni… aku bertanya sendiri….

 Rupanya,ku tahu.. aku baru saja terjatuh dari anak tangga yang tinggi ke bawah tepi pantai… ku bangun untuk melangkah walaupun dengan kesakitan yang amat.. ku cuba untuk menoleh ke belakang.. 


tiba2….
Aku seperti dalam lamunan.. ku bukakan mata melihat kiri dan kanan.. “kenapa aku seperti dalam penjara…. Aku tidak pernah ke sini…” .. kedengaran tidak jauh dariku ada seseorang lelaki yang wajahnya tidak ku kenali…  
aku semakin resah… kenapa lelaki ni berada di sini bersamaku…  kemana aku nak pergi.. macam mana aku nak keluar ni… tangan ku masih dipenuhi darah yang mengalir..

Lelaki itu datang mendekatiku… lalu berkata.. “kenapa kau kelihatan resah”.. sambil mengerutkan dahinya… “ialah.. macam mana x resah.. kita dimana sekarang ni.. dan kau kenapa di sini..? dengan muka kehairanan..lelaki itu menjawab  “kita kan dah mati… jadi itula kita di sini..tengoklah darah2 yang mengalir ditangan kau…

“haaaa….. mati??  Aku dah mati?? Maknanya selepas jatuh tadi.. aku mati dan di masukkan di sini..?
“em2..” angguk lelaki tu…

Aku bertambah resah…. Ke hulu dan ke hilir memikirkan apa yang terjadi… aku mati?? Meinggalkan dunia…. Dan…tiba2.. wajah suami ku terbayang…. Jauh di sudut hatiku.. mencari2 kelibat suamiku…. “Abang….  ”  
“tak boleh macam ni….. tak boleh…..” ku tahan air mata dari mengalir….
Lelaki tu hanya berdiam diri melihat ku.. dan bertanya.. “kenapa kau cakpa begitu....kita kan dah mati… apa nak risaukan..”



“tak boleh… tak boleh… aku tak jumpa suami aku…. Aku tak beritahu dia aku berada di mana sekarang.. dia mesti risau…. Aku tinggalkan dia begitu tanpa pengetahuannya…. Tak boleh…..tak boleh…aku mesti nak jumpa dia dulu…

aku semakin sebak… wajahnya semakin terbayang2…
Aku duduk tenangkan diri…… sambil menarik nafas panjang… menahan sebak….
“lepas tu, apa kita nak buat… suami kau kat mana…. Kalau aku boleh bantu..aku kan cari dia… kata lelaki tu..
Dalam keresahan ku… tiba2.. kedengaran suara lantang… 

“dalam 10 minit di beri masa..untuk keluar sementara…”
Aku tersentak…. ‘ha…ini peluang aku…’ aku nak cari abang….

Tiba2 aku bukakan mata…. “eh…aku kat supermarket….. ramainya orang.. macam mana aku nak cari, Di mana abang… aku tak punya masa yang banyak..” aku bermonolog sambil mata ku pinar ke sana sini melihat kelibatnya…. Lelaki tadi pun tidak kelihatan…

Dalam kesesakan orang ramai… datang seorang budak kecil yang datang memeluk kaki ku…“akak…. Akak ke mana… lama x jumpa….” Senyum lebar terukir di wajah anak kecil itu…. Tapi aku bagaikan tidak mengenali budak itu… siapa anak kecil ini, apakah aku pernah berjumpa dengannya....  aku tidak punya waktu…  ibu dan ayahnya mengambilnya dariku.. lalu bergegas aku pergi dari situ….
Fikiranku… masih mencari2nya… “abang dimana…..”

“Mak…baju yang ini bah…”…. Ku alihkan pandangan ku…  aku kenal suara itu…  alangkah gembiranya aku..melihat adik bongsuku yang sangat comel dengan gelagatnya yang lucu memilih-milih pakaian kanak2…
Mama…. Kakak..ajin…ayah pun ada….
Ya ALLAH…. Gembiranya aku…..
Tapi dimana suami ku….. kenapa dia tiada berdekatan….





Ku hampiri ayah….”yah… kamu buat apa sini…..” dengan perasaan sungguh sebak… kerana tidak menyangka aku di beri peluang untuk berjumpa mereka..

Ingin ku peluk ibu dan kakak kembarku yang menyerupai wajahku..Cuma dia mempunyai tahi lalat banyak dimuka yang membezakan kami… 

Ku makin hampirkan diri… “eh..siapa ni…. Kita kenal ka?? Tanya kakak dan mama…
Kamu tak kenal aku ka??... ni aku... c adik.... mak..kakak..ayah..ijam..ajin..." ku tahan lagi air mata…. Kenapa dorang tak kenal aku?? Adakah disebabkan aku ni telah mati… 

Tiba2 ku teringat…. Wajah yang mereka lihat itu.. bukan wajah sebenarku. Ya ALLAH…. Luka yang ku rasa.. lagi pedih dari ini…. Semuanya tidak mengenaliku….  Macam mana aku nak jumpa suami ku….



Masa yang ada semakin hampir..

Ku beranikan diri.. untuk bercakap dengan ayah… “ pak cik…. Maaf saya Tanya.. pak cik kenal boboy (nama kampong suamiku)kan…?

Ayahku menjawab…”iya…kenal… itu dia..” sambil menujukan arah jarinya tepat2 pada suami ku…..

“Abang…… Ya ALLAH… abang…….. ku gegaskan diri menuju ke arahnya yang sibuk memilih-milih pakaian… sambil tu hati ku berdetik.. “kenapa wajahnya tidak sedih kehilangan ku… aku baru saja meninggalkannya, abang….“
Kini.. aku betul2 berdiri dihadapannya……. Ya Allah adakah dia mengenaliku…. Ku renung jauh ke dalam matanya… dia hanya diam seketika….

Wlpn keadaan di situ sibuk dan dan sesak dgn orang ramai….
Melihat wajahnya membuatku tenang…. Sunyi..seperti hanya kami berdua berada…



Ku masih merenung ke matanya… mengharapkan kata2 darinya…. 

Tiba2… 1 senyuman yang sangat indah terukir diwajahnya….. “aku tahu…. Ini kamu ila…….abang kenal kamu....”

Air mata yang kini ku tahan…. Mengalir deras dipipiku….
Abang… abang kenal ila??.... ku tahu masaku telah sangat2 hampir…. Ku peluk suamiku…… erat…..
“abang… ila dah nak pergi….. abang tak cari ila…..??

Air matanya mengalir…. Menagis dalam pelukku….

masa ku kini beberapa saat lagi.....


Dibisikkan sesuatu di telingaku…… “Ila…. Jangan risau… nanti kita jumpa disyurga ya…..” air mata ku semakin deras mengalir…. Abang…..abang…...
Semakin erat ku dakap...
Tiba saatnya….Masa ku telah berakhir disitu......
Kini aku pergi dengan tenang…. Senyumannya membuat ku tersenyum….








 “haa…ha…. Ya ALLAH… astagfirullah… apa yang terjadi…..

 Ya ALLAH…Alhamdulillah… Kau masih beri ku peluang….aku masih bernafas…. Rupanya aku bermimpi… hanya mimpi…. memanjatkan ksyukuran yang tidak terhingga....


Namun, teringat bisikan dalam dakapannya.. mmbuatkan ku menangis… menangis sebak…. ku harapkan cinta kami mendapat Rahmat dariMU.. dan berkekalan hingga kesyurga nanti...

 Ya ALLAH… lindungi suamiku.. Engkau Yang Maha perlindung…
Alhamdulillah.. aku di beri mimpi yang sangat bermakna…
Ku rasakan bekalan ku untuk ke sana, masih tidak mencukupi… ku menginsafi diri…. Cukupla kematian itu 1 peringatan yang memberi kesan yang dalam… akanku manfaatkan masa yang ada..... 


Firman Allah (a.w): [Maksud: Dan Dialah (Allah (a.w)) yang mematikan kamu (yakni, menidurkan kita) di malam hari, dan mengetahui apa yang kamu lakukan siang hari. Kemudian Dia (Allah (a.w)) pula akan membangkitkan (membangunkan) kamu di siang hari itu, untuk menyempurnakan ajal (yakni, tempoh umur yang ditetapkan terhadap seseorang) yang telah ditentukan, kemudian kepadaNya kamu dikembalikan lalu memberitahukan kepada kamu semua yang telah kamu kerjakan.] [Ayat 60, Surah al-An’am] .

 Kematian mengingatkan bahwa waktu sangat berharga!!


renungan kosong pada tingkap hostel.....  
bermonolog sendiri lagi.."em...suami isteri....setelah di ijab kabulkan... .bercinta.... untuk mendapat keberkatan dan keredhaanNYA... .. tapi orang yang belum di ijab kabul tu.. bercinta..sebab apa ya..???
Wednesday, January 26, 2011 | By: sHamiLa...

Neraka Wail Bagi Orang Yang Solat


Mendengar atau melihat tajuk ni..pasti anda terkejut… dan mungkin ada yg berkata.. “em?  orang solat pun masuk neraka ka?
1st  impression la katakan…  =)  haa.. tapi jgn x percaya pula… statement tu jelas dalam Al-Quran.
Firman Allah s.w.t : “ Orang-orang yang sembahyang diancam dengan neraka Wail, iaitu yang melupakan tujuan sembahyangnya.. Mereka yang sembahyang semata-mata hanya kerana manusia dan enggan membantu orang lain, yakni dengan sembahyang tidak mampu mengubah sifat-sifat buruknya.” (Surah Al-Ma’un : 4)


Keterangan:
Sebenarnya sembahyang yang benar adalah sembahyang yang menunjukkan keperluan kepada Allah dan menunjukkan ketundukan hati. Sesungguhnya diperintahkan sembahyang itu semata-mata untuk kepentingan kita sendiri. Allah tidak merasa diuntungkan atau dirugikan jika kita mengerjakan sembahyang atau tidak.
Namun, Orang yang nampaknya sembahyang boleh juga dianggap tidak sembahyang. Bahkan sembahyangnya ditolak dan dia diancam masuk neraka. Itulah sembahyang orang-orang munafik dan inilah yang dimaksudkan dengan firman Allah tersebut..
Jesteru.. adalah sangat penting bagi kita untuk mengetahui solat/sembahyang yang tidak dikira sebagai amalan pertama kita yang akan dihisab di akhirat kelak..

SEMBAHYANG YANG TIDAK DIKIRA SEMBAHYANG

SEMBAHYANG YANG KURANG SYARAT DAN ADABNYA 
Seseorang yang hendak bertemu dengan raja atau ketua negara pasti memperhatikan adab kesopanan yang mesti dipatuhi. Begitu jugalah dengan hamba yang sangat kerdil pergi menghadap dan berdialog dengan Allah yang Maha Besar, hendaklah patuh terhadap syariat-Nya.

Jika menghadap raja sahaja pun sudah cemas dan gelisah, apatah lagi menghadap Allah. Semestinya seseorang hamba harus merasa lebih gelisah, takut dan penuh harapan apabila berjumpa dengan Allah melalui sembahyang.

MENJADIKAN SEMBAHYANG KEGIATAN BIASA
Jika kita memandang bahawa sembahyang adalah sesuatu yang biasa, maka kita tidak akan mendapat manfaat sedikit pun dari sembahyang itu.

Sembahyang yang baik dan benar ialah yang dikerjakan dengan hati yang ikhlas.

ORANG YANG MENCURI DALAM SEMBAHYANG
Rasulullah s.a.w bersabda :
“Seburuk-buruk pencuri adalah orang yang mencuri sembahyangnya (tidak menyempurnakan rukun sembahyangnya)”
Sembahyang yang tidak sempurana ialah apabila rukuk tidak sempurna kerana tulang belakangnya tidak lurus. Ketika berdiri, dia memalingkan kepala, melirik ke pelbagai arah, bahkan membaca tulisan yang melekat di dinding masjid. Semua itu dianggap pencuri paling jahat.

JASAD SEMBAHYANG FIKIRAN MENERAWANG DAN LALAI
Firman Allah s.w.t : “ Sembahlah Aku dan dirikanlah sembahyang untuk mengingat-Ku!” (Surah Toha: 14)

Bagaimana mungkin seseorang itu dikatakan sembahyang jika fikirannya mengingat selain Allah. Dan orang yang lalai dalam sembahyang itu dianggap celaka.
Firman Allah : “..dan janganlah engkau termasuk orang-orang yang lalai” ( Surah Al-A’raf : 205)


Kerana itu dalam sembahyang hendaklah kita memahami makna bacaan yang dihafalkan. Kerana makna bacaan yang terkandung memiliki maksud suatu “komunikasi” dengan Allah.


Allah Tabaraka wa Ta’ala berfirman : “..sampai kamu mengerti apa yang kamu ucapkan”






ILTIZAM SEMBAHYANG TETAPI SUKA MENGUMPAT

Jika orang iltizam mengerjakan sembahyang tetapi masih terus mempunyai kebiasaan berburuk sangka dan mengumpat (walaupun orang yang diperkatakan itu benar-benar bersalah atau berbuat dosa atau memang keadaannya buruk) maka apa yang dikerjakannya itu tidak bermanfaat bagi pembentukan akhlaknya.


SEMBAHYANG KERANA MENGHARAPKAN PUJIAN
Allah Tabaraka wa Ta’ala berfirman : “Maka celakalah orang yang sembahyang, iaitu orang-orang yang lalai dari sembahyangnya; orang-orang yang riya’.” (Surah Al-Ma’un 4-6)

Sungguh orang yang riya’ itu mempermainkan Allah. Ketika dia bermaksud beribadah kepada Allah, dia juga bermaksud pula untuk mencari pujian dari manusia.

SEMBAHYANG ORANG YANG MEMBIARKAN ANAK YATIM
Firman Allah s.w.t: “Sungguh orang-orang yang memakan harta anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu menelan api sepenuh perutnya dan mereka akan masuk ke adalam api yang menyala-nyala (neraka).” (Surah An-Nisa’)

Diceritakan pula bahawa nanti di akhirat ada seseorang yang diserahkan kepada orang yang lain. Orang-orang yang diserahi itu kemudian mencabuti janggut-janggut mereka. Sedangkan yang lain datang dengan membawa batu besar dari neraka dan memasukkan ke dalam mulut mereka. Lalu, batu besar itu keluar dari duburnya. Sungguh mereka itu adalah orang yang ketika di dunia berbuat zalim terhadap anak yatim.

SEMBAHYANG ORANG YANG BAKHIL DAN ENGGAN MENGELUARKAN ZAKAT

Firman Allah s.w.t: “Tahukah kamu (orang) yang mendustakan agama? Itulah orang yang mengherdikanak yatim, dan tidak menganjurkan memberi makan orang miskin. Maka celakalah orang-orang yang sembahyang, iaitu orang-orang yang lalai dari sembahyangnya, dan enggan (menolong dengan) barang berguna.” (Surah Al-Ma’un: 1-7)

Zakat dan sembahyang mempunyai kaitan yang sangat erat. Zakat dan sembahyang merupakan suatu tanda keimanan seseorang yang di dalamnya tersimpan ketaatan kepada Allah.

RAJIN SEMBAHYANG TETAPI TERUS MINUM ARAK
Al-Faqih memberi nasihat : Hendaklah berhati-hati jangan sampai dirimu minum arak, kerana ia mengandungi 10 macam bencana iaitu :
Pertama, menempatkan diri pada tempat yang gila serta menjadi bahan ejekan dan rendah di kalangan manusia beradab.
Kedua, bencana kemiskinan dalam kehidupan dan rosaknya akal fikiran serta tidak boleh berfikir waras.
Ketiga, bencana permusuhan dan perselisihan di antara keluarga dan kawan-kawan.
Keempat, terhalang untuk mengingat Allah dan mengerjakan smbahyang.
Kelima, bencana zina (dengan orang lain atau bekas isterinya).
Keenam, menjadi perintis atau pembuka kejahatan.
Ketujuh, menganggu malaikat Hafazhah (malaikat pembawa amal) kerana memaksanya ke tempat fasiq yang busuk baunya.
Kelapan, bencana hukum dera 80 kali pukulan dan disaksikan oleh orang-orang Islam (di negara Islam).
Kesembilan, amal kebaikannya dan doanya ditolak selama 40 hari (untuk minum sekali)
Kesepuluh, kemungkinan akan mengalami bencana yang luar biasa iaitu mati dalam keadaan tidak beriman.


SEMBAHYANG ORANG YANG SUKA BERBOHONG
Berbohong adalah perbuatan yang masuk peringkat dosa besar. Tetapi kita sering bermain-main dengan kebohongan itu. Selama ini ramai orang mengerjakan tetapi menganggap kebohongan adalah sesuatu yang tidak bererti dosanya. Sekecil apa pun kebohongan, tetap dianggap dosa besar.

Di belakang kebohongan itu akan muncul dosa-dosa besar yang dapat menghancurkan ibadah sembahyang.



RAJIN SEMBAHYANG TETAPI SUKA BERBOMOH
Bomoh (kahin) adalah orang yang mendakwa dirinya sebagai mengetahui perkara-perkara yang ghaib atau hal=hal yang tersembunyi.

Tukang ramal (‘aaraf) adalah orang yang mendakwa megetahui perkara-perkara ghaib menerusi cara meramal atau cara menghubung-hubungkan sesuatu.

Sabda Nabi s.a.w : “Sesiapa yang datang kepada bomoh kemudian bertanya sesuatu dan dia mempercayainya maka tidak diterima sembahyangnya selama 40 hari”

SEMBAHYANG ORANG YANG SUKA MENIMBUN HARTA

Firman Allah :
“Dan orang-orang yang menyimpan emas perak (harta benda), mereka tidak mendermakannya ke jalan Allah,maka ancamlah mereka dengan seksa yang pedih. Pada hari emas perak (harta benda) di bakar dalam neraka Jahannam, dan di dahi mereka pun dibakar, bersama lambung dan tulang belakang mereka. Dikatakan kepada mereka : “Inilah harta kekayaan yang engkau simpan untuk peribadimu, maka rasakanlah akibat harta simpananmu itu.” (Surah At-Taubah :34-35)

ORANG YANG MENGABAIKAN SEDEKAH

Abu Zhar Al-Giffari berkata : Sembahyang adalah tiang agama,jihad puncak amal, dan sedekah adalah suatu keistimewaan yang ajaib (diulang sampai tiga kali).


AKIBATNYA..... 




SEKSA KETIKA DI DUNIA
Usaha dan rezekinya tidak berkat, nur solehin lenyap dari-Nya, dan dibenci oleh setiap orang mukmin.

SEKSA KETIKA SAKARATUL MAUT
Dicabut rohnya dalam keadaan haus, sekalipun minum seluruh air sungai,keluarnya nyawa dirasa sangat pedih,dan dikhuatirkan akan mati tidak membawa iman iaitu mati su’ul khatimah.

SEKSA DI DALAM KUBUR
Sukar menjawab pertanyaan Mungkar dan Nakir, terasa sangat gelap di alam kubur, seluruh anggota tubuhnya dihimpit oleh kubur sehingga hancur luluh.

SEKSA KELAK DI AKHIRAT
Terasa sangat berat perhitungan amalnya, dimurkai Allah, diseksa oleh Allah dengan api neraka.

PENUTUP
Segala perkara yang dinyatakan dalam tugasan ini diharap dapat menjadi panduan serta pengajaran bagi kita semua terutama sekali untuk mereka yang kurang faham tentang betapa besarnya dosa dan azab seksa yang akan ditanggung di akhirat kelat ke atas orang yang menyia-nyiakan sembahyang. Lebih-lebih lagilah ke atas mereka yang meninggalkannya. Dengan itu, MARILAH sama2 muhasabah diri.. serta fikiran… buku catatan amalan kita ni takut2, bila dibuka diakhirat, kosong semata2… nauzubillah…berdoalah Semoga amalan ibadah kita diterima olehNYA..insyaALLAH..

Can Visit my blog: http://kasihmuamanahku.blogspot.com







Friday, January 7, 2011 | By: sHamiLa...

Kakakku..KEMBARKU...

Indah ciptaan Yang Esa
Jadikan semua penuh sempurna tiada beza
Kita manusia serupa
Beza pada warna
Hitam putih dan tutur bicara..

Kita Serupa: NowSeeHeart

1st impression tgk tajuk lagu aku ingatkan lagu utk org kembar..(macam aku la)tp rupanya x..he mgkn 1 hari ada lagu nasyid utk org kembar manakala liriknya berkaitan keunikan penciptaan Allah, menarik jga..he

REDHA ALLAH is our aim..







Kembarku kakakku..
Nursyasira dan nursyakila…
Nama yg d beri oleh seorang ustaz sewaktu lahir d negeri utara(kangar, perlis),  12.01minit, khamis,17oktober1991..nursyasira..awal 3 minit dari nursyakila..he

Kisah kelahiran….
Nenek aku cerita.. masa nurse tolak kami keluar dari wad bersalin, nenek xcam .. nenek siap ckp lg “aduk2..anak siapa ni kecik2..seja..kembar jga tu..macam cucuku nanti…” nurse tu pun berlalu mcm tu ja.. tiba2 kena panggil la nama nenek ku ni…  “sepia..ibu kepada saripah kan? Ini anaknya, kami terpaksa masukkan bayi ni dalam kaca selama beberapa hari..sbb bayi ni lemah (maklumlah x ckup bulan..7 bulan ja dlm perut mama)..” nenek pun blur2 jga.”weh..ni bayi yg aku tgk limpas tadi.. wedede… cucuku rupanya..”(slang bugis)
Lepas tu nenek tgk bnyk jarum2 yg di cucuk pada badan kami.. terutama aku la..sbb aku kecik n lemah ckt dari syira… nenek cakap menangis konok dia.. ialah bah..bayi lagi kan..d cucuk2 jarum.. org tua kesian la tgk.. bekas jarum tu masih ada lagi kat kepala aku..he tapi malangnya..nenek aku cerita smpai sini seja.. lepas tu aku pn xtau dah..he

Besor dah...=p

Org selalu tnya.. “eh, cm mna ya, rasa ada kembar?best ka?”..jwpn aku simple ja..”mcm2 ada..he”
Waktu kt sekolah dulu..form4 smpai form5 guru kelas aku, masih x dpt bezakan.. dia asyik panggil ja mana2.. tp dia xtau yg mana syira n mana syakila.. smpaikan dalam buku record markah exam kami tertukar-tukar… terpaksa cikgu tu kena betulkan balik..he


Aku teringat masa pegi kolej kaka aku jalan2..(suka g Kelantan..best)..time tu kampus aku cuti.. kampus kaka x.. so, aku masuk dgn selamba kat library.. sbb kaka aku ada kelas..dia suru la aku survey2 kt library mana tau ada buku yg menarik…. Sedang aku duduk2 tu, ada mamat yg bagi salam.. “assalamualaikum…” “wa’alaikumsalam…”aku jawab..tp aku x tgk muka dia.. aku tunduk ja sambil baca buku.. then dia cakap “oh..sombong eh ari ni… kenapa x masuk kelas lg? ponteng ek”.. aku pun pelik.. dlm hati ”sejak bila aku xsombong dgn dia…. Nak masuk kelas apa..aku tgh cuti...oh.. dia salah org ni…hee”.. aku hnya tersenyum..  macam2 la ya dia tnya.. aku angguk2 n snyum ja… ramai jga kawan2 kaka aku kt library tu ajak aku masuk kelas.. aku ckp ja..aku nak baca buku.. 

Lepas beberapa minit..
Kelas kaka aku dipercepatkan..dia pun keluar la awal..n menuju ke library.. dia buka ja pintu library tu semua orang tgk…. Dgn muka pelik… “oh..ada dua rupanya….”.. dorg becakap2 sesama sendiri… lelaki yg bg salam kt aku tu.. lagi buat muka terkejut.. “oh..aku salah org rupanya..”.. he.. lucu jga kalau ingat..
Apalagi time kaka aku p kampus aku pula.. classmate(solehah n fazira) mcm xpercaya tgk kami… balik2 dia ckp “wei..ada dua syakila..”(slang kedah), ada kwn aku yg cakap, Nampak macam kelibat aku la, pelik tgk sebab cepat sgt tukar2 baju, macam2 la.. that moment sangat best..he







Tapi sebenarnya nak cerita….. kelahiran pasangan kembar tu satu keunikan dan kehebatan kuasa ALLAH…
Alhamudlillah kami d lahirkan sempurna wlpn masa bayi x cukup nutrient n badan lemah..

Kalau kita tgk, biasanya la..kat luar Negara..ada kembar2 yg sgt unik kelahirannya xdpt d selamatkan.. oleh kerana perkongsian organ2 badan, pembedahan demi pembedahan yg di buat… tapi semua atas izinNya…so..marilah sama2 memanjatkan ksyukuran pada ALLAH S.W.T.. atas segala nikmat yg diberikan… tp tidak hnya dgn lafaz ya.. kenala dibuktikan dgn perbuatan… smoga kita tdk trgolong dalam org2 yg kufur…




All praise be to ALLAH






BERSYUKUR MENAMBAH KENIKMATAN, KEIMANAN, DAN KETAQWAAN PADA ALLAH..

                “Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis, kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Tuhan Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang. Maka lihatlah berulang-ulang, adakah kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang? Kemudian pandanglah sekali lagi niscaya penglihatanmu akan kembali kepadamu dengan tidak menemukan sesuatu cacat dan penglihatanmu itupun dalam keadaan payah.” [QS. al-Mulk (67): 3-4].

§  "Dan Tuhan melahirkan kamu dari perut ibumu tanpa mengetahui sesuatu apapun. Dan (kemudian) diberi-Nya kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur."

(QS, An Nahl 78).

JANGAN PULA NIKMATNYA DIGUNAKAN UNTUK KEMAKSIATAN..
§  "Jika kamu  bersyukur atas nikmat KU maka akan Ku tambahkan nikmat mu, namun jika kamu ingkar, sesungguhnya azab KU amat pedih..."

 (QS : Ibrahim : 7)"

 Jadi….SAMA2 LAH KITA BERDOA….^^,
Wahai Tuhanku, berilah aku ilham untuk mensyukuri nikmat-Mu yang telah engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua orang ibu bapakku, dan untuk mengerjakan amal saleh yang Engkau ridhai…” (QS An-Naml [27]: 19).



Wednesday, January 5, 2011 | By: sHamiLa...

Taubat di Pinggiran Hati...



Ketika kita sedang membaca tulisan ini, apakah dosa terakhir yang telah kita buat sebelum ini? dalam masa sesaat, seminit, sejam, sehari, seminggu, sebulan dan seterusnya sebelum ini, apakah kita telah melaluinya tanpa sebarang dosa pun yang terpalit di hati? Hakikatnya, kita semua pasti telah melakukan dosa, daripada sekecil-kecilnya hinggalah sebesar-besarnya. Ya, setiap bani Adam itu pasti melakukan dosa, sebaik-baik orang berdosa ialah mereka yang bertaubat. Persoalannya, adakah kita tergolong di kalangan sebaik-baik orang yang berdosa?

Sehebat mana maksiat yang kita lakukan, kita pasti membencinya tatkala kita kembali merenung dan bermuhasabah sendirian. Sepuas mana hati itu merasa dengan dosa yang kita lakukan, pasti ada tersudut perasaan benci, dan menyesal yang teramat sangat atas apa yang telah kita lakukan. Itulah fitrah yang telah Allah ciptakan dalam diri kita. Bukannya kita tidak merasa menyesal, tapi kita selalu menolak rasa penyesalan dan masih terus memenangkan kemaksiatan. Kita ingin bertaubat dengan sebenar-benarnya, namun perasaan ingin bertaubat itu tersisih di pinggiran hati.

Pun begitu, Allah memahami kita lebih daripada kita memahami diri sendiri. Allah itu terlalu besar pengampunannya buat hamba-hamba-Nya. Namun, kita selalu bongkak dan merasa bahawa dosa kita itu lebih besar daripada rahmat Allah dan tak mungkin terampun. Sombong, tidak mahu kembali kepada Allah. Lalu kita berputus asa daripada menagih keampunan dan Rahmat Allah kerana dibohongi perasaan sendiri, dipalingkan oleh syaitan, dikuasai oleh ego yang tidak selayaknya bagi kita. Kita mengeluh sendirian, “ah, aku terlalu berdosa, tak mungkin aku dapat kembali ke jalan yang lurus”, seolah-olah kita itu lemah dan patut dikasihani, namun sebenarnya kita itu sombong dan angkuh terhadap Allah! Sedarkah kita?


Lalu kita terus mengikuti dosa dengan dosa, sedangkan Rasulullah berpesan:

“Bertakwalah kamu kepada Allah di mana sahaja kamu berada, dan iringilah kesalahan kamu dengan kebaikan, nescaya kebaikan itu akan menghapuskan kesalahan tersebut dan pergaulilah manusia dengan akhlak yang baik.” (HR Tirmidzi)

Jelas bahawa seorang hamba itu tidak dapat lari daripada tergelincir ke lembah maksiat dan dosa, namun dia juga sentiasa dialu-alukan oleh Allah untuk memohon ampunan dan kembali taat. Maka tatkala kita merasakan bahawa kitalah yang paling berdosa dan terlalu besar maksiat yang kita lakukan, kita juga harus sedar bahawa tatkala itu, kitalah yang paling wajib untuk kembali ke pangkuan Ilahi, bertaubat sepenuh hati. Ya, taubat itu bagi seorang Mukmin bukannya satu pilihan, tapi satu kewajipan kerana dosa itu sesuatu yang tidak dapat dielakkan, besar mahupun kecil.

Itu satu sudut pandang buat mereka yang berdosa, agar kita tidak terjerumus ke dalam tipu daya syaitan yang menghalang kita daripada menagih keampunan Allah biar sebesar mana dosa kita. Jangan biarkan taubat itu tersisih di pinggiran hati, lantas hilang sebelum sempat ia memasuki hati. Namun, dalam satu sudut yang lain, tidak harus kita berangan-angan akan Rahmat Allah lantas selesa dengan berbuat dosa. Kita memujuk hati dengan mengatakan, “Allah itu kan Maha Pengampun, jadi tak ada masalah berbuat dosa berkali-kali.” Anggapan yang sebegini akan menjerumuskan kita lebih jauh ke dalam lembah kemaksiatan sehingga semakin sukar untuk kita kembali.

Maka, jangan tunggu dosa itu bertampuk dan semakin menggelapkan hati. Tatkala kita terdetik untuk bertaubat, teruskanlah taubat itu dan jangan lengah-lengahkan atau tangguhkan. Setiap kali kita tergelincir, bertaubatlah. Allah tak mengira berapa kali kita sudah melakukan dosa tersebut, tetapi Allah pasti menerima taubat setiap hamba-Nya yang ikhlas dan lahir daripada sudut hati yang sedar akan kekuasaan Allah.





Jangan biarkan taubat itu tersisih di pinggiran hati, masukkan ia ke dalam hati dan laluilah jalan yang diredhai Allah. Mudah-mudahan Allah tidak menyisihkan kita di hari perhitungan di pinggiran Neraka, bahkan di jurang api neraka. Na’udzubillah!

“Dan Allah hendak menerima taubatmu, sedang orang-orang yang mengikuti keinginannya menghendaki agar kamu berpaling sejauh-jauhnya (dari kebenaran). Allah hendak memberikan keringanan kepadamu, kerana manusia diciptakan (bersifat) lemah.”
(An-Nisaa’: Ayat 27-28)

Sumber: http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=2857